Tak tahu nak letak tajuk apa hehehe, kira bolehlah tu ekk. 2 minggu lepas suami saya dapat jemputan dari kawan ridernya bagi sambutan birthday untuk anak perempuannya yang berumur 5 tahun, Danisha if i’m not mistaken.
Suami saya kan join rider bagai ni, jadi kawannya sudah mula bertambah. Sian sebelum ni asyik keje je kan, sekarang nilah dapat mula bermasyarakat ;).
Saya pada mulanya agak malas nak join sebab bila tanya event kat mana? Di kondo Pantai Hillpark. Ada swimming pool tak? Suami kata “ada”. Hmm saya bukan apa, anak-anak kecik ni tau jelah kan, pantang nampak air, nampak air je nak mandi, nak cecah kakilah, nak cecah jarilah.
Kalau kita tak bagi nangis, bila diorang nangis kita jadi malu, bila malu kita pulak rasa nak terjun dalam kolam tu hihihi. Geget kang baru tau. So setelah pikir2 takpelah pergi jugaklah.
Sampai di sana orangnya sudah mula makan, tuuu dia nampak sudah swimming pool. Saya apalagi, dalam hati terus berdoa, Ya Allah janganlah budak2 ni meroyan nak mandi, janganlah diaorang buat perangai manis tu. Ya Latif Ya Latif Ya Latif. Hmmmm time tu lidah ringan benor berzikir hihihi.
Syukurlah diorang takde minta nak main air. Sebab takde orang yang mandi, nak pulak ada clown, so tarikan mereka lebih kepada clown tu. Yang bestnya ada pula aktiviti permainan untuk kanak-kanak.
Hmmm bagus2!! sebab saya dan suami dapat makan dengan aman sambil melihat mereka play the games with other kids hihihi.
seronok nampaknyaAnak-anak tanya bila kita nak buat birthday party? Emm takpelah nanti kita bagi goodies bag dan potong kek kat sekolah macam biasa kita buat tu ye ? 😉
meriah busday wat tepi pool cuma anak2 ler kena jg2 kn p terjun plak
mesti banyak jajannya
wah meriahnya…teringin nak buat mcm ni gak. tp rumah tak de pool. cane tu…
bila ada party mcm tuh budak2 lah yg paling seronok kan…
meriahnya akak tengok
Meriahnya. Kek ada 2 tuh ☺☺. Bebudak seronok lah.
nasib baik dia tak meronta nak mandi.. haha.. oklah tu, at least dapat berkawan.. anak kami, lau tgk clown tu, konfem tak nak dekat.. hihi..