Tajuk pendek yang memberikan banyak makna dan manfaat kepada saya sekeluarga. Saya pasti ramai yang mendapat undangan menghadiri majlis kenduri kahwin hujung-hujung minggu ni. Kiranya para ibu boleh cuti masaklah kan ;). Selain mendapat pahala, dapat juga menambah kenalan dan mengeratkan hubungan silaturrahim.
Ini adalah kenduri kahwin kawan suami saya. Sempoi je saya hari tu. Anak-anak pun hanya berseluar jeans dan t-shirt. Janji menutup aurat sudah. Nak dipakaikan baju kurung rasanya cuaca agak panas. Dan kat situ pulak ada taman permainan. Saya dah boleh agak diorang mesti nak berlari dan lompat bintanglah lepas makan kenduri tu kan, dan sangkaan saya memang tepaatttt. Naluri seorang ibu amat menyerlah di situ hehehehe.
Nampak gambar tu macam saya dan Najwa/Najiha tak makan je kan. Padahal kami sudah melantak habis sepinggan. Emmm waktu tengah makan tu tak sempat nak capai kamera hihi. Terbaiklah masakan kenduri ni. Tengok ajelah si Adam yang berselera makan tu. Sian lapar agaknya, tapi pagi dah sarapan tau uollss, saya agak lelaki memang cenggitu nafsu makannya hehehe.
Nahh dan siap melantak, salamlah kaut dan amik door gift. Ha lepas je gambar naik tangga ni, anak-anak saya berkejar naik buaian kat taman permainan ni. Hmmm bagi peluanglah kat diorang nak bersuka-sukaan kan. Takpelah hari-hari mesti happy maaaa ;).
Budak-budak kalau dah jumpa taman permainan memang laju je la nak bermain. Hehe.. Nak melarang pun tak boleh. Kita pun dulu macam tu jugakkan.
wah patut senyum2 tghri mama tak perlu turun ke medan dapur bersilat kungfu bagai 😉
lepas mkn mesti jln2 utk lenggangkan perot heee.mmg ctik hujung mmg blh rehat2 ptg sama2 kluga sok kan cuti lgi
Bestnya makan free..huhu
comel tengok Najwa & Najiha pakai tudung…harini saya baru balik dari kenduri….memang best kan makan lauk kenduri…
Lily dah lama tak p kenduri kahwin..ada juga dapat jemputan..tapi tu lah tak kena dengan cuti hubby lily..biasa majlis buat hujung minggukan..hubby plak cuti dia setiap khamis & jumaat..selalu lah terlepas peluang nak p majlis² kawin ni…
kat sini pun ada kenduri tapi tak pergi pun, batuk-batuk malas nak pergi.
dah lama pulak rasanya tidak makan lauk kenduri kahwin…
tulah .. kat sini pun banyak kenduri dik ..
sakan makan kenduri kalau sabtu ahad nie 😉
haaa bila dgr taman permainan aje lajuu aje kan 😉
salam kak aju .. lamanya tak komen di sini. alhamdulillah rezeki hujung minggu, boleh la mak nya cuti ke dapur hihhihihihihihi
ha’a…tgh2 bulan ni lah nak ade jemputan kawen…sabtu dgn ahad lepas ade 2 bijik rumah..
BUI DH LAMA X G KENDURI ORG KAWEN..DH LAMA JUGAK X MAKAN FREE..:)
tadi kat bloglist aanie tajuk lain…ni keluar cite lain lak…
yg best time g kenduri, ibu xyah masak la kan….:)
ala sambil2 rehat selepas makan tu…
wahhh..rajinnya makan kat kenduri..
Promosi Rainbow Al-Quran & Ribbon Watch! Sehingga 23 Mac 2013, ready stock.
http://bit.ly/cd2aQx
rezeki tu..dpt makan2..tema ungu ke..sbb gambar nmpk keunguan belaka..hehe
Bebudak klo nampak playground memang tak senang duduk lah.