Entri ini entri bergambar dari Kamera Nikon D3100. Jangan bosan ek hehehe.
Jumaat lepas suami dan saya bercuti bersama, sesekali mengambil kesempatan untuk meluangkan masa berdua-duaan kan. Sungguh manis hihihi…Anak-anak? Kuhantar ke rumah pengasuh seperti kebiasaannya.
Bagilah chance kan kat ibu dan abah ni ngeee. Selepas hantar anak-anak jam 7 pagi, pertama sekali saya fikir, nak gi mana ye? Mana nak pergi dating ni ekk?? Owhh macam-macam nak buat, tengok wayang, shopping, makan-makan. Last-last….Inilah aktiviti kami….
Suami saya ni suka sangat masuk hutan dan mendaki bukit bukau. Untuk kesihatan badan sebab katanya kalau berjalan dan berlari tu peluh yang keluar lain macam. Lain macam? Bau mashaammmm adalah bang hehehe, jangan marah bang gurau jek.
Jadinya tanpa berlengah suami ajak saya panjat bukit canopy walkway di FRIM, Kepong. Ok jugak, saya pun suka aktiviti mencabar macam tu tapi ok ke? Kalau merayau kat shopping complex jauh mana pun takpe kan hihi
Ok dah siap sarapan, kami memulakan perjalanan. Perghhhh daki bukit tinggi kata kauuu!!! Mengah sangat2 Cik Senah ni. Mula-mula mendaki ok lagi, bila start panjat anak-anak tangga tu, lutut mula goyang. Letiihhh sangaaatttt!! Oksigen! Oksigen!!! Kiranya asal penat je mesti duduk sat berehat.
Ramai jugak yang duk senaman mendaki bukit ni seawal jam 6 pagi. Sorang-sorang je pulak tu, ishhh beraninya perempuan itu, yelah dalam hutan ni banyak binatang, babi hutan pun ada tau. Yang mendaki tu pulak tak kira muda ke tua ke semua ada, cuma kedai runcit je takde dalam hutan tu.
Apalagi kata kamera baru kan. Ha posing sesajelah, jalan sikit amik gambar, asal melangkah je paparazzi mesti snap photo hihi. Ini kira cubaan menembak pertamalah ni dengan Nikon D3100. Taklah pandai sangat nak adjust kasi cantik gambar tu, tapi pelan-pelan belajar.
wah.. mendaki ni lebih buat jiwa kita tenteram sebenarnya daripada nak tengok wayang dan sebagainya.. hehehe
Waa…try kamera baru nampak..hhmmm..banyak lagi teknik nak kena belajar ni..hehe..
wah..sy pun dh lama x daki bukit bukau..zaman anak dara dulu ada la..skang x larat nak bawak badan dah..hehe
Banyak mendaki jantung bertambah sehat
bestnyeee daki bukit.. dah lama tak wat aktiviti ni.. last masa study dulu.. daki bukit larut kt perak.. memang tersangat lah penat dan tak ckup oksigen, tapi berbaloi sebab sempat sampai puncak.. seronok sangat.
wow..kamera baru…ini mendaki bukit ke posing kat atas tu? kehkeh..
hoho..banyak rajin berjalan ek..
ABANG TAK SUKA BERGAMBAR EH?
bini dia lebih-lebihan pulak kan hehehe
Petik jer kamera tu bagi biasakan dulu…ni manual ker auto?
auto bro, itulah petik jelah dulu, pastu zooomm 😉
byk lg kena bljr ni kak. sy pon sama. EH, lama tak daki bukit 🙂
wah..bestnye aktiviti macam ni..aktiviti yg sihat tu…macam tinggi jer bukit tu kan..kalau mendaki seorang² mcm seram jer…
Bestnya aktiviti mendaki macam ni. Dah lama tak mendaki. sebab badan dah makin naik. jadi cepat semput. Hee
tetiba terasa nak pi memanjat ni hehe
Sayangnya kak NUrul xleh view gambar tu,mesti cantikkan view situ.
waa bestnyer pi mendaki…dapatla keluar peluh sikitkan..yang best dapat snap guna kamera barukan…
Wah.. tahniah dah ada dslr. Bertambah geng nikon. Boleh rujuk blog ejad photopoyo utk belajar dan fahami dslr.
haa.bagus juga cuti sekolah dah reda mesti org kurang ke sana..sesekli date tak eprh eh.klu sllu ok what 🙂
dasat tahap gaban pastu joging pi mana plk hee..ker makan pastu blik umh tros boom heee
semenjak dah ada kamera ni…
Amboi…mentang2 lak camera baru. Bestnya dpt dating berdua ☺☺