Korang yang setia membaca blog ini perasan tak saya agak rajin join event tahun 2013 ini kan. Ada ke pembaca setia? #tangandidadamatakeatas :).
Hari Selasa 2/4/2013 yang lepas, jam 2:30 petang saya ada menghadiri majlis Pelancaran Produk Terbaru iaitu CC Cream anjuran Farmasi Colour Cosmetics (FCC). Actually diorang ada announce di FB siapa yang berminat nak join event tu, so saya pun email diorang, dan luckily i was invited. Wah!! Biasalah Jah, kalau ada event mesti sorang-sorang je peginya. Owh ya, hari Selasa tu saya ambil 1/2 day leave. Eh kalau bos baca blog ni sah-sah kantoi di situ muahahhaha. Alahai saya letak reason cuti tu : Annual Leave, kata cuti berlambakan hihi.
Sambung balik. So dari ofis di KL Sentral, saya gunakan Aplikasi Waze untuk menunjuk arah yang benar untuk saya ke Ara Hill Club House, Ara Damansara. Suami saya kata, orang yang tak biasa memang boleh sesat, eh apa punya statement lah suamiku ini, cer bagi sokongan sikit kan. huhuhu sian Jah dahla sensorang, pastu kebarangkalian nak sesat tu lagi tinggilah kan.
Takpe jangan putus asa. Saya on kan Aplikasi Waze, tetapkan destinasi dan letak iphone cute ku di depan. Ha waze ni siap bagi arahan bersuara ko. Senanglah kan, idokla mata saya melilau nak tengok HP dan nak tengok jalan kan. .
Ok memula tu memang saya rasa risau je nak redah, tak pernah sampai lagi Ara Hill Club House ni, yelah mana pernah pergi clubbing kan hehehe. Tak kisahlah, kita redah je. Mana tahu dapat free BB Cream Farmasi tu ke kan, ini sudah berbaloi-baloi hahahha. Alhamdulillah sampai jugak kat sana!! Wah macam tak percaya je saya berjaya wehhh!!!.
Di atas ini adalah, Ili Zawani Datuk Ismail yang mana beliau merupakan Pengarah syarikat yang mengimport dan mengedar barangan kosmetik dari Timur Tengah ini. Muda lagi kan, seronoknya sudah punya perniagaan sendri. Kalau diikutkan di Malaysia, kosmetik Farmasi ini baru tiga bulan di pasaran, tetapi sambutan yang terima amat menggalakkan. Untuk semburan pewangi, krim mandian, minyak dan krim badan, ia telah mula dipasarkan sejak dua tahun lalu.
Untuk pengetahuan korang, produk Farmasi ini adalah dari Istanbul, Turki dan anya disahkan halal dan tidak mengandungi bahan terlarang seperti lemak haiwan, gelatin atau bahan kimia.
Mahal ke tak? Pada saya harganya adalah berpatutan dari serendah RM6.90 sehingga RM70. Cer tengok budak pompuan cantik ni, memang suka sangat tengok make over fomfuan ni, very the cute!!!! Saya tak make over? Hahahha saya seganlah, biarlah muda-mudi je yang make over, saya jadi pemerhati je dahlah.
Eksklusif untuk pembaca ajumohit.com, inilah pengacara majlis petang itu. Hehehe nak je saya bisik di telinga Shasha Saidin ni, bila Zain dan Che Ta nak kahwin? Kalau edar kad jemputan kahwin jangan lupa jemput saya sekali tau hahahha
Yang di atas ni pula Nurfarahin Jamzari bekas pengacara TV3 dan Ayu, penyanyi One in A million. Seronoknya jumpa artis, bergambar sakanlah kan.
Yang di atas ni pula kawan-kawan yang saya jumpa di event tersebut. Memang peramah dan baik-baik belaka. Even ada yang datang all the way dari UPSI. Korang memang sportinglah. Rasanya diorang ni dah berpunya kot. Kotlah ada yang pembaca yang nak berkenalan kan hehehe.
Ha di bawah ini adalah produk terbaru mereka iaitu CC Cream. Ia adalah compliment to BB Cream. Dan yang bestnya saya dapat PERCUMA!! Kalau ikutkan harganya adalah RM49.90. Dan two way foundation tu pulak saya beli dengan harga RM45.90. Owhh pegi event duit pun terbang hehehhe.
Kalau korang nak beli product FCC, silakan bertanya tentang lokasi retails outlets mereka di seluruh Malaysia di Facebook Fanpage : FCC ( Farmasi Color Cosmetic ) or 03 – 51911510/2192 or email at marketing@naturalifesolution.com. Sesiapa yang berminat nak jadi pengedar boleh PM FB mereka.
Suami makin sayang la ni..cantik sokmo..
waa bestnyer pi event..
lain beno tengok muka syasya tu…
Bestlah Aju dpt p event2 mcm ni….dpt bergambar dgn shasa tu…:-)
ramai juga blogger review ttg produk ni…nmpk muda pengarah sykt tu..untunglah…muda2 dah jadi boskan..:-)
tak pernah pergi mana2 event lagi…huhu
sy rasa wanita dn kecantikn mmg tak blh dipisahkan he..at list secoelk di bibir dh mmpu bt eanita tersenyum tu llki mudah cair nghee…
blh tahan gak harga dia satu percubaa yg mrik heeee. mujur sis ada bwa rm lebih blh shoping eh heee
apa sahaja produk , janji halal dan elok utk kita dah memadai buat akak .. 😉
seronok jumpe artis nie ..
nak2 shasha .. jumpe live .. haven ! 😉
wah syoknya..jika ada event lagi annti bisik-bisik kan lah yer…hehehe
tulah..semalam tetina off comment. ingatkan dah tak perlukan pengkritik.
untunglah anak dh besar..sy tringin nk join event mc ni..tp bila fkir susahnya nk tgl anak2 tk dptlah nk join..sobss
ye betul, semalam tak leh komen.. hehe..
yg seronok, part dapat free tu.. hihi
yg bestnya bila dapat gift tu kan..berbaloi sbb leh tahan gak harga dia.
Cantiknya muka Sasha, cekang elok je 😉
Kak, nape tak ckp je kat Sasha jemput masa Zain kawen..heheee
Wah, best betul nengok aju kat situ… emm, kalo lah dekat, boleh jugak akak tumpang sekaki. Buat make over skli, mesti gebu nih…kalah syasya hihihih
Rajin nya aju join event.
Greetings from Turkey. Very nice 🙂 thanks for sharing.
Wow, CC cream, dia punya formulation lain sket dari BB cream ni. 😀
Farmasi danışmanı olmak için Farmasi’ye Kayıt Ol, Farmasi ürünlerinin satışını yaparak ek gelir elde edebilirsiniz.
thanks for have shared your experience. i usually prefer farmasi too
Very nice ? thanks for sharing…
https://farmasiuyelikblog.wordpress.com/
Thanks for sharing…
http://www.farmasiuyelik.club/
Thankss.. 🙂
Farmasi Üyelik
FARMASİ ÜYELİK & BAŞVURU DANIŞMANLIK
HELAL SERTİFİKALI KOZMETİK ÜRÜNLERİ
% 100 YERLİ SERMAYE FARMASİ
SAĞLIK BAKANLIĞI ONAYLI KOZMETİK MARKASI
WhatsApp yardımı ile de ulaşabilirsiniz
DR . CEVDET TUNA ÜRÜNLERİ
FARMASİ ÜYE KAYDI VE KARİYER İMKANI SUNMAKTAYIZ
farmasi üyelik, farmasi kayıt, farmasi üye ol, farmasi kataloğu, farmasi