Finding Nemo @ The Pet Safari, Ikano Power Centre

Photobucket Pictures, Images and Photos

Ini my first visit to The Pet Safari, Ikano Power Centre. Ini pun gara-gara adik ipar yang dah lama duk mencari ikan laut untuk letak dalam akuarium di rumahnya. Hmm nak cari nemo! nak cari nemo!!

Photobucket Pictures, Images and Photos

Bukan kat semua kedai ikan ada jual ikan laut masin ni. Hanya sesetengah outlet je sebab bukan senang nak maintain ikan ni, nak jaga PH air, suhu yang sesuai, kemasinan air yang mantap dan macam-macam lagi. Hmm adik ipar saya ni lelaki, hmm suka pulak dengan mende comel cenggini ye ;), patutlah wife dia pun comel jugak hahahahah.

Photobucket Pictures, Images and Photos

So misi finding nemo diteruskan ke The Pet Safari setelah beberapa kedai apek kami terjah sebelum tu. Melihat kepada kecomelan nemo ni, teringin pula saya nak membelanya. Tapi disebabkan renyah pula nak jaga, saya batalkan niat murni saya. Sedangkan bela bunga ros pun mati, apatah lagi ikan secomel itu ;), dari ianya mati, biarlah dia berenang-renang dalam akuarium santeekk tu ;).

Anak-anak sudah tentulah lagi teruja. Nak di ramas-ramasnya ikan tu kalau dapat. Nasib baik tak dapat ;). Nak-nak si Adam yang beberapa kali duk goyang akuarium. Risau saya kot-kot jatuh pulak mende alah tu nanti. Dalam hati saya, cepatlah balik! cepatlah balik ;).

Photobucket Pictures, Images and Photos

Photobucket Pictures, Images and Photos

Akhirnya nemo oren itu menjadi pilihan adik iparku. RM8 seekor, its soooo cute!!! Lil nemo!! finally we got ya!! Bukan seekor, tapi 4 ekor ikan comel yang bertuah telah dibawa pulang. Owhh panjangkan umurnya ya Allah hahahaha.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Memang sungguh menenangkan fikiran tengok si ikan berenang bebas sambil kejar mengejar sesama diorang. Mahal juga kos nak bela ikan air masin ni ye. Kalau dah minat apa nak dikato!!

18 thoughts on “Finding Nemo @ The Pet Safari, Ikano Power Centre”

  1. tunggu besar sikit baru boleh beli kat anak2 kot…
    anak saya hari tu kiteorang ader beli ikan gak adik nakkan sangat lepaih tu dalam sehari je idup lepas tu habis mati…
    lagipun renyah jugak nak jaga ikan2 2…

  2. Budak budak sangat suka tengok ikan kecil di akuarium,sebab itu saya berencana untuk memelihara ikan dalam akuarium.

  3. cantik nampak ikan2 dlm aquarium tu kan
    hurmm akak nie dah ada semua nie di rumah
    tapi bila malas melanda , ikan entah kemana ekeke
    bela ikan nie nak kena rajin cuci kan huhuh

  4. bab membela ikan ni kena serah kat en. abah dia mmg minat. tapi yg slalu kena dera cuci akuarium, si ami la. tension aje budak tu tiap kali hujung minggu, sah2 sesi cuci akuarium

  5. Bela ikan laut
    lebih senang dari ikan sungai.

    Lebih cantik, lebih jernih.
    dah 6 bulan saya tak tukar air aquarium.

    Tetapi yang susah nak bela adalah Coral.
    Pokok separa haiwan yang perlu bagi makan udang.
    ada spesis yang sensitif dan ada yang macam puyu.. lasak (ikan semilang) hahah.

    jangan la bela yang susah. bela nemo senang. cantik pun cantik.
    kehidupan laut sangat kompleks. menunjukkan hebatnya Allah mencipta.

    kalu nak join group whatsapp bela ikan laut. agar ikan x mati.

    email: fqh2all@gmail.com
    sekadar suka2. hiasan dan terapi.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: