16 Mac 2013, Plaza Alam Sentral
Hai uollsss!!! Semua sihat? Saya dan keluarga baik-baik sahaja. Hehehhe introduction hari ini begitu ceria kan? Hari ini nak cerita tentang anak-anak saya yang suka sangat masuk pertandingan mewarna. Kebetulan dua minggu lepas kitaorang ada singgah ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam sebab IT Fair kat situ. Sebenarnya ktorg nak cari power bank! nak cari power bank!
Jalan punya jalan, ada pulak pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Dia announce bila kami betul-betul depan stage tu, nak ngelak pun tak boleh dahhh. Bebudak ni pantang dengar acara macam tu, nak join sesaja. Menang atau tidak, itu belakang kira, janji warna okeh ehehheh. So mak paknya redha je, joinlah bebudak oiii!! Sambil-sambil anak-anak mewarna, mak paknya dengan si Adam cuci matalah kat sekitar situ.
Gigih mereka ni mengaler, seronok tengok kan, sesekali diberi pendedahan macam ini, boleh membina keyakinan diri dan memperbaiki cara mereka berkomunikasi kan. Sian kaler sampai nonggeng-nonggeng memasing ni, takpe kecik-kecik nonggeng takpe kot kan. Kalau yang dah besar-besar ni kalau nonggeng elok disekeh kepalanya.
Jom Join Seminar Buat Duit Dengan Blog
23 Mac 2013, Masjid Al-Khairiah Sri Gombak
Ha ini pula pertandingan mewarna di Masjid Al Khairiah di area taman perumahan saya anjuran Kedai Ana Muslim Sri Gombak. Tau je ada aktiviti ni terus Najwa dan Najiha bising nak pergi. Tiap-tiap hari tanya bila nak kaler bu? bila nak kaler bu? 23hb Mac tu berapa hari lagi? Aishhh jenuh nak menjawabnya. Bila dah tiba hari kejadian ha kalerlah sepuasnya. Saya agak budak lelaki kurang sikit dengan aktiviti macam ni kan? Sebab si Adam tu buat tak reti je heheheh
Suami kebetulan cuti masa ni sebab plan nak balik kampung lepas aktiviti ni. Syukurlah suamiku ada, boleh bagi idea untuk anak-anak mewarna. Dan dalam pada masa yang sama dapat mengawal pergerakan Adam yang semakin hari semakin baik budi pekertinya hehehe.
P/S : Gambar di atas adalah menggunakan Iphone, besok entry dengan camera Canon tau ;).
anak-anak koi bagi pensel warna tak sampai sehari dah tak kemana perginya..sebatang bawah kerusi, sebtang bawah meja, kat dapur, kat bilik…dan tak mainlah kaler kat buku…dinding maaa….ala ala mural gitu
ok la tu aju dia nak masuk pertandingan mewarna….jgn dia mintak nak masuk menyanyi sudehhhhh….hahaha….
x sabar nak tgk kamera baru…..fuyyyyoooo….
wah jauhnye berjalan. dah lama x pegi sini sejak benti keje dari sana.
macam anak ema suka mewarna..
salam.wah best2 baru tahu sis ada 3 cahaya mata..dah tu menag ker idak nie?
anak-anak saya hari join gak tapi separuh jalan dah tertido…
bagusnya, semua semangat
mesti anak2 Aju peminat seni. kemas aje gambar yang diwarnakan tu..
hahah ingatkan pic dari gadget baru hihih….kalo nengokkan emaknye, macam tak caye dah anak 3
Tak sabar tunggu entri guna kamera baru.. ๐
alahhh comelnyee mereka
bukan main suke ..
anak2 akak pun kalau ada pertandingan macam nie
suke sgt nak joint specially si kakak ๐
akak pun memang suka teman bebudak bertigas ni kalo ada pertandingan mewarna. sronok
rajinnyer dierang ni mewarna…cantik pulak tu
leh jadi orang seni nanti..
hehe..cutenya..adam pun nk join mewarna sama..sure menang ni..
Rajinya…bersemangat plak tu.
wah, tak tahu pun ada.. kalau tak leh join bawak anak sekali.. huhu