Mengukur baju di Butik Nurita Harith

 

Butik Nurita Harith

Tak pernah bermimpi nak memperagakan baju rekaan fashion designer. Alhamdulillah kiranya baju raya tahun ini glamour dari tahun sebelum-sebelumnya ;). Bolehla pakai masa majlis dinner ofis plak nanti hehehe. Nurita Harith bagi saya seorang yang simple dan mudah nak dibawa berbincang, dan yang pasti permintaan saya untuk tidak memakai dress terlalu ketat dah disampaikan kepadanya.

sweetnya
Ukur mengukur

Sewaktu saya sampai di butik, mata terpaku melihat wedding dress yang nampak elegant dan cantik sangat. Semua baju yang ada tu nampak eksklusif dan hmmm dapat bayangkan berapalah harganya kan. Setiap ruang dan sudut pasti akan menarik perhatian mata yang memandang, lagi-lagi kami yang tak pernah langsung menempah baju di butik ini. Nak pegang dress tu pun risau hehehe.

Nampaknya cerita saya tentang Nurita Harith ni seminggu pun tak habis-habis kan hahahaha. Kenangan berharga sepanjang hidup, sebelum ni duk baca kat majalah dan internet je, itulah namanya rezeki. Nampaknya rekaan beliau untuk baju raya tahun 2013 pun sudah siap dijahit. Kalau nak tengok bolehlah ke Facebook Nurita Harith.

Bagi yang ingin menempah dan datang sendiri ke butik, silalah ke alamat di bawah ini ye. Kat bawah butik ini ada butik pelakon Fazura, Doll tu.

Nurita Harith
10-2, Telawi 3,
Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur

Telephone : 03-22824387 / 03-22018689

BACA  Punca saya sakit belakang

15 thoughts on “Mengukur baju di Butik Nurita Harith”

  1. Memang glamer habis la raya tahun ni kan kak.. Rasanya kalau ada tag mau tayang luas2 biar semua tau baju siapa. Haha

  2. Assalam sis. Dah lama teringin nak tempah dress dgn Nurita Harith. Tp takut harga mahal sgt. Berapa price range dia eh sis? 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: