December 1, 2020

Pengalaman Menunggang Di Litar Lumba F1 Sepang

Photobucket Pictures, Images and Photos

Orang kalau dah addicted memang macam ni. Selalunya suami dan geng-gengnya tu ride di jalanraya i.e. Lebuhraya Karak, Cameron Highland, Genting Highland dan sebagainya. Setiap minggu hari Ahad, diulangi Hari Ahad!! What the fish!!!!! Hehehe

Photobucket Pictures, Images and Photos

Photobucket Pictures, Images and Photos

Photobucket Pictures, Images and Photos

Nak dihalang, sudah menjadi minatnya sejak kecil. Nak tak nak, redha lah juga walau hati berat dan risau akan keselamatannya. Sebab tu saya cari minat saya sendiri, pergi event-event blogger, beli DSLR, layan anak-anak. Yang utama adalah anak-anak sebab saya taknak mereka rasa terabai dan terpinggir. Masa saya adalah banyak bersama mereka, saya taknak rasa rugi kalau tidak melihat perkembangan mereka setiap masa Inshaa Allah.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Photobucket Pictures, Images and Photos

So bulan lepas suami dapat peluang menunggang superbike di Litar Lumba F1 Sepang. “INI pengalaman yang amat bermakna, kerana mungkin sukar mendapat peluang seumpama ini di masa depan,” kata suami saya. Dalam hati saya, eleh semua ini POYO!!! 😉

Photobucket Pictures, Images and Photos

Dengan certain bayaran, suami dapat merealisasikan impiannya yang dirasakan sangat berharga. Ayat saya amat menjengkilkan kan hahahah. Sakit hati wehhh, bila difikirkan balik eloklah minat motor dari minat yang bukan-bukan. Yelah think positive, kalau banyak berkerut nanti muka cepat berkedut. Owh # tangandidadamatakeatas

Photobucket Pictures, Images and Photos

Saya dan anak-anak tidak ikut serta ke Litar Lumba Sepang ni. Bila tengok semua gambar-gambar tu, dalam hati berkata segak jugak suami saya ni hiks hiks tuihhh!! Ye betul smart and handsome bang!! Bonus tahun ni bagi lebih sikit ye hahahah. Yang saya suka adalah photographer yang ambil gambar tersebut, amazing and sharp!!! Suami saya tanya, “kamera Aju boleh buat macam tu?” Mulut saya hanya terlopong, baru pakai DSLR 3 minggu yang!!!

Apapun tahniah buat suami, ur dream come true!! Take care and ride safely. We love you forever and ever. Korang, sila jangan muntah hahahahaha

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

20 thoughts on “Pengalaman Menunggang Di Litar Lumba F1 Sepang

  1. aah segak dan menawan ! ekekeke

    untungnyeee dpt merasa bawa motor besar , di litar hebat lak ..
    aah dikk biar dia suke macam nie dari dia suke yg bukan2 kan 😉

  2. Perghhh…. eden yang hari-hari lalu F1 nie pun tak pernah masuk kat track tue….bagi lelaki yang minat motor ianya adalah suatu kepuasan…..

  3. ok tu, dari dia minat benda lain.. cuma, sbgai isteri, mmg keselamatan tu sikit sebanyak mesti risau kan.. huuhu..tak pe, doakan yg terbaik utk dia.. nape takikut? macam best jer.. hehe.. bukan senang nak gi sepang ni..

  4. Kalau dah minat, takleh halang dah..jadi kena benarkan dan beri sokongan…hehe

    terbaiklah gambar2 ni..nanti aju yg snap sendiri..baru melopong en abg…hehehe

    ayat POYO mmg best…hahaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: