MIHAS datang lagi!!! Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2013 (MIHAS) anjuran MATRADE memang sudah menjadi acara wajib setiap tahun di Malaysia. Ia merupakan pameran produk serta perkhidmatan dalam bentuk makanan, minuman, farmaseutikal dan produk herba, kosmetik, pembungkusan, penjagaan kesihatan hinggalah kepada perbankan Islam, pelaburan dan insurans takaful dari pelbagai negara contohnya Thailand, Belgium, Hong Kong dan banyak lagi.
Saya dan rakan sekerja ditugaskan untuk meninjau keadaan di sana. Dah macam reporter kekdahnya. Saya seronok mencuci mata, kalau jaga booth bercinta gamaknya hahahhaha. Kami ke sini pada hari pertama pembukaannya dan biasanya ini merupakan hari untuk “food tasting” dan bukan untuk dijual. Hmmm rasa makanan? Mestilah nak kan hahahaha.
Saya waktu tu agak malas-malas manja nak ambil gambar. Yang saya rasa saya berkenan je baru saya snap. Boleh gitu? Tapi taklah bawa my Canon tu, just pakai Iphone jek. Banyak booth seh!! Kalau korang msuk dalam ni kira kalau keluar dari hall tu terus kenyang la. Hehehe setiap booth tu rasa sikit-sikit makanan dan minuman dia lama-lama jadi kenyang haha.
Saya sempat melihat cara membuat coklat ni. Kalau korang nak belajar cara-caranya boleh refer di Rahsia Coklat Buatan Tangan ni ye. Simple je, ambil bar coklat tu, cairkan dan dinyahkan butiran udaranya dan dimasukkan dalam acuan. tapi semua tu ada cara-caranya. Nak tahu kenelah belajar.
Tapi paling best, saya singgah di Booth Kopi Hang Tuah ni, it’s real man!! Kira Duta kopi Hang Tuahlah ni kan. Sempat jugak duk mengacau pakcik tu, tapi dia duk tegak berdiri tanpa senyum, bercakap mahupun menggaru-garu. Saya sempatlah bergambar dengan pak cik ni. Tugasnya hanya berdiri tegak selama 2 jam, dan bayarannya? Agaknya mesti masyukkk kan…Tapi tak tahu berapa sebab tanya pak cik tu dia pun senyap je ;).
Jalan punya jalan terjumpa pulak produk minyak kelapa dara. Saya dah lama mencari minyak kelapa dara ni.. Yang ini saya beli dengan harga RM32 untuk 100ml. Dari penceritaan kakak tu, memang banyak khasiatnya untuk kesihatan kita. Saya beli ni sebab kami sekeluarga ni ada tonsil, anak-anak selalu juga demam, so sebagai ikhtiar, cuba dululah makan minyak ni. Kalau nak tahu lebih lanjut khasiatnya, bolehla rujuk di sini ye. Emmm itu sahaja gambar-gambar saya di MIHAS, nampak malasnya kan, bukan apa, berjalan jauh sampai sakit pinggang, jadinya mood pun melayang-layang hehehhe.
hari ni hari terakhir pameran MIHAS kan?
tak sempat nak pergi 🙁
Waa..respek la kat pakcik tu..dua jam berdiri tak gerak2…macam patung la jadinya..
dasatnya pakcik tu, mgkn sbb dia minum kopi hang tuah kot, itu le bak patung tak bernyawa jer menegak kat sini, aju tak beli ke?
ingat patung hang tuah tadi…hehe
Cayalah pakcik tu! 🙂
wah..tabik spring kat pakcik tu..macam patung..tahan jugak dia berdiri tak gerak² macam tu…
hebatlah pak cik tu…hehe…
tak sempat nak pi Mihas ni…
ingat nak gi jugak…
Skrg byk betul kn brand myk kelapa dara ni kn..mmg betul rmai ckp khasiat kelapa dara ni byk..dlu mkn vco..tp naik jerawat plk
wah..wah..sejak ada kamera ni macam2 event pergi ye..