Alhamdulillah masih teringat lagi saat-saat melahirkan anak ibu yang kedua ini. Bersalin secara normal pada jam 3.15 pagi, 23/4/2007 dengan berat 3.20kg. Mudah sahaja untuk melahirkan Nurain Najiha bt Zairul Hamedi dengan hanya 2/3 teran.
Ibu, abah, kak long dan Adam, doakan semoga Najiha menjadi anak yang solehah, mendengar kata dan berjaya dunia akhirat. Sekarang Najiha membesar dengan sihat, semua orang tegur Najiha makan apa sampai badan sihat macam ni? Jawab saya, beras Jati Super Tempatan hehehe.
Ibu doakan Najiha akan jadi kurus sikit macam yang Najiha mahukan tu. Katanya nak puasa sebab nak kuruskan badan. Tau-tau je tengahari dah minta nak makan nasi hehehe. Takpelah nak, janji kamu sihat tanpa sebarang penyakit kan. Tak kisahlah orang nak panggil kamu apa, janji anak ibu sihat-sihat sahaja.
Yang paling tak boleh terima, si Adam pun boleh cakap macam ni “Eii gemuknya orang ni macam Najiha je”…Eiii Adam ni, tak baik cakap macam tu , kesian kat kak Ngah lah..
Hari ini ibu ambil cuti separuh hari untuk sama-sama potong kek di sekolah Najiha. Biasalah bila tengok kawan-kawan sambut hari lahir potong kek dia pun nak jugak, takpelah layankan ajelah. Janji anak ibu gembira ;).
Ibu nak anak ibu ada kenangan yang menggembirakan untuk dikenang. Bolehla korang buat benda yang sama untuk anak-anak korang pula nanti.
Saya seronok hantar Najiha ke tadika little caliph ni sebab cikgunya sangat baik dan mesra. Najiha pun happy sebab bila balik sekolah ada je ceritanya. Budak tengah petah berborak. Ada je cerita sensasi dibawanya hihi.
Tengoklah betapa seronoknya diorang mengadap kek ramai-ramai. Ibu seronok nak, janji anak ibu happy. Ibu akan buat yang terbaik untuk korang kenang.
nakal ek adam nih usik kakaknya….
hepi besday najiha….semoga jadi anak yg baik….
Selamat Hari Lahir Najiha.. ๐
happy birthday najihah…moga panjang umur murah rezeki dan jadi anak yang solehah yer…
happy birthday to you ..hehe..
Selamat hari lahir Najiha. Semoga membesar sebagai anak yg solehah, bijak pandai dan sihat tubuh badan.
bertuah Aju ada anak perempuan.. besar nanti tentu mirip ibu. Hepi birthday untuk Najiha ye, insyaallah nanti bila besar sikit, tau la dia menyelimkan dirinya… ๐ budak pompuan kan
happy birthday najiha..
semoga jadi anak yang solehah dan berjaya ya.
auntie suka la nga budak2 tembam ni..rs cam nak peluk2 je..
SELAMAT HARI LAHIR BUAT NAJWA
SAMA UMO ATHIRAH NI..:)
moga najiha membesar cemerlang dunia akhirat..
selamat hari lahir najiha..
moga terus sihat dan menjadi anak solehah..
p.s. ni kalau sebelah rumah, uncle dah belanja najiha aiskrim…hehe
Selamat hari lahir..semoga menjadi anak yang solehah yer..hehe