Saya memang meminati lakonan gandingan Tiz Zaqyah dan Remi Ishak. Pertama kali menyaksikan lakonan mereka ini dalam Drama Nur kasih juga arahan Kabir Bhatia. Emmm suka sangat diorang ni sweet!!!
Drama bersiri Cinta Jangan Pergi yang bakal menyentuh hati dan perasaan penonton setia TV9 ini mula disiarkan pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam bermula 6 April hari ini.
Cinta Jangan Pergi menampilkan pelakon lelaki terbaik filem ASK 2011 Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sebagai watak utama. Keserasian mereka berdua sebagai pasangan kekasih, dalam drama dan filem Nur Kasih, telah mencetuskan idea pengarah berkaliber, Khabir Bhatia untuk meneruskan rantaian keserasian mereka menerusi drama bersiri yang mengandungi 26 episod ini.
Cinta Jangan Pergi ini tidak hanya bersandarkan pada kekuatan kedua pelakon itu sahaja, malahan turut dibantu oleh Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob yang menjadi penguat kepada jalan cerita drama ini.
Drama 26 episod yang berlatar belakangkan tempat-tempat menarik sekitar Eropah dan Malaysia ini menjanjikan kelainan hasil gandingan hebat pengarah Kabir Bhatia bersama isterinya, Amira Mustaffa selaku penulis skrip. Pemilihan pelakon-pelakon yang pernah menerima anugerah berprestij seperti Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Nadiya Nisaa pasti akan menjadikan Cinta Jangan Pergi drama yang dinanti-nantikan pada tahun ini!”.
Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri.
Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Kalil akan membuktikan cintanya bukan hanya untuk semusim dan cintanya hanya untuk Lea. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil.
Apakah kesudahan janji cinta di antara Lea Soraya dan Kalil? Pastikan anda sudah bersedia untuk menantikan siaran episod pertama drama Cinta Jangan Pergi yang membariskan ramai pelakon kegemaran anda pada April ini hanya di TV9!.
Kalau orang rumah layan cerita ni,mungkin saya pun akan terikut2 layan sekali..
Kaum-kaum ibu dan wanita suka la tengok drama-drama ni kan. Hehe
sy tak done tah tidak hee..kalau ada masa pulang rumah cepat bolehlah layan sllu mmg tak smepat pun heeee
nampaknya admin benar2 teruja tu
Dlu suka gak remy berlakon tp bila filem amukan azazil dia ngn DD tu trus rasa geli kt remy..haihh
Tak sabar nak tgk sambungannya.
Cerita ni memang best.. tak sabar tunggu esok