Apabila si bujang rajin melipat kain

Heheheh tajuk buat muka saya ada senyum woaaa!! Bukan nak cerita tentang Encik Bujang, bukan juga orang bujang sebelah rumah, tapi anak bujang saya yang tahun ini 3 tahun umurnya. Sedang saya melipat kain malam tadi, si Adam datang menunjukkan kerajinannya dengan membantu ibunya melipat kain. Tak sangka anak ibu ni ada bakat melipat macam tebar roti canai kuah kari banjir ;). Nallarekekkkkk amma!!!

Photobucket Pictures, Images and Photos

Saya ambil kamera terus snap aksi-aksi comel Adam. Suami saya tersenyum simpul tengok gelagat Adam, comel dan sweet sangat!!! Sejuk peyot ibu mengandungkan Adam. Tak sangka banyak perangai saya menurun ke dia ni, semalam mabuk balik kampung, hari ini lipat kain, kawan baik ibu dia ni ;).

Tengok langkah demi langkah ye, tebarkan kain yang nak dilipat tu, lepas tu lipat kiri dan lipat kanan. Taraaaa!!! Dah siap!! Kalau lipat elok molek takpe juga ini senget sana sini dah macam rupa murtabak pun ada ;), dan kalau kita betulkan marah pulak tu aishhhhh!!! Sampai kene tunggu si Adam leka baru saya akan lipat semula kain tu. Alahai ingat bila tolong lagi cepat tapi lagi lambat jadinya heheheh.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Photobucket Pictures, Images and Photos

Anak dara saya tu pulak yang suka menolong adalah Najiha. Najwa tu tidak menampakkan ciri-ciri surirumah. Memang bising mulut saya ni mintak diorang tolong kemas rumah, buku, susun jadual buku sekolah, nanti dah kawin biar pandai buat kerja rumah kan, sebab kecik-kecik dulu sekolah rendah dah bolehla masak sikit-sikit.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Inilah rupa kegembiraan dan kepuasan dapat menolong ibu lipat lepat hehehe. Terpancar nur keriangan di wajah Adam bila semua orang tepuk tangan dan puji kerajinannya tu. Padahal saya tak sabar nak lipat semula kain yang dilepatnya tu hehehe.

19 thoughts on “Apabila si bujang rajin melipat kain”

  1. Alahai…rajinnya…anak teruna sapa la ni…boleh buat calon menantu ni…hihihi…seronok dia kan kalau kena puji… teletah anak2 ni kadang buat buat kita stress kadang boleh buat penghilang stress…

  2. Hazmin Hamudin

    Budak-budak ni suka memerhatikan apa yang ibu ayah dia buat. Lepas tu mesti dia praktikkan pulakkan.

  3. rajinyer dia melipat kain..semangat nak nolong ibu yer…tak kemas pun tak per…janji rajin…
    tolong lipat kain umah auntie boleh?

  4. ala rajinnyaa… bertuah mama…

    teringat ank bujang sy dulu pun mcm ni lah… tiba2 rajin melipat.. tp sekali dua tu je le…

  5. Anak saya yang bongsu pulak,pantang nampak baju yang dah berlipat..seronok je dia sepahkan semula..

  6. alah2 … dia dah berjaya tolong lipat dia pasti akan gembira dan bangga kan .. nak2 kalau kita puji atas usaha dia .. itu yg terbaik !

    sekurang2nya dia ada effort utk bantu , itu yg kita nak .. ini akan buatkan dia ingat sampai dia besar untuk rajin dan ringgan tulang 😉

    ajaran ibu dan bapa itu adalah yg terbaik buat anak2 mereka kan aju 😉

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: