Alhamdulillah berakhir sudah seminar yang dinanti-nantikan semua. Ini kali kedua saya berkunjung ke Hotel Singgahsana untuk event yang dianjurkan oleh Denaihati.com. Penuh informasi, sempoi, terhibur dan berbaloi. Hari ini baru sempat nak update, biasalah Jah, nak transfer gambar dari Nikon ke komputer pastinya berchhinnntaaa sesangat kan. Jadinya saya copy je gambar-gambar ni dari rakan-rakan yang turut serta di seminar ini, minta izin ye semua ๐
Banyak info dan maklumat menarik yang dikongsikan sewaktu seminar ini. Antaranya bagaimana membuat duit dengan Ads contohnya Nuffnang dan Affiliate Program. Panel forum jemputan seperti Nisakay, Titan, Amanz.my dan bro suhaimy dari Wang Cyber sedikit sebanyak memberi semangat dan galakan untuk terus berblogging. Kata Nisakay, dia dulu bermula dengan suka-suka berblog, sebagai diary harian katanya. Nisakay minat fesyen dan blog beliau dikemaskini dengan gambar-gambarnya dan dari situ pihak advertiser mengenali Nisakay. Hmmm bilalah pihak advertiser nak mengenali haku nih hehehehhe.
Gambar tak banyak untuk dikongsikan di sini. Dan yang pasti seronok berjumpa dengan rakan blogger yang lain. Saya paling tertarik dengan affiliate program ni, bagi saya kene rajin dan yang penting usaha anda perlulah tidak sekerat jalan. Semalam saya semak program EQurban, rupanya pernah dapat income RM15 beberapa bulan lepas, tapi saya boleh tak perasan pulak. Jadi bila tahu pernah dapat komisen, terus saya bersemangat nak naikkan entry untuk Equrban ni.
Yang pasti seminar ini tamat jam 2:30 petang dan saya adalah bergegas untuk pulang ke rumah. Menyahut panggilan Ilahi untuki solat Zuhur dan juga panggilan orang rumah yang beberapa kali tanya bila nk balik? Kata nak belanja roti canai kuah banjir?? Eiii laki aii ni, kul 3 roti canai apanya bang? Kita makan ikan bakar la derrr….hehehhehe
Hehe..tak pasal2 boleh makan ikan bakar..banyak ilmu yang aju dapat kat sana tu..hehe..apa-apa pun tahniah sebab dapat ilmu dari panel yang hebat2..hehe
MULA2..BLOG DH BERWAJAH BARU LA..^_^
BEST JUGAK IKUT PROGRAM MCM NI KAN..BERTAMBAH2 PENGETAHUAN KITA SEBAGAI BLOGGER
Berdasarkan gambar last, rasanya macam pernah nampak hari tu.. ๐
Bro Titan berkasut futsal la. Hehe.. Mesti meriahkan.
Bagusnye ikut program macam ni kan…Banyak ilmu yg diperolehi…
rugi tak dapat join hari tu…banyak sangat benda nak kena buat last minit…harap dianjurkan lagi seminar2 mcm ni..
arahan dari gua. sila belanja encik asben. Bukan senang dia kasi lepas tengok repekan gua. haha..
kecewa den tak dapat join seminar tuh…huhu
nampak best je… byk ilmu yg kak aju dpt kan… lps ni leh lbh masyuk ๐
haaa..dah tak boleh berpisah mmg susah hee..amacam best tak ?
Heheee, koi 3 pun nak layan roti canai banjir ke? hehee ๐
Apapun sronok berkenalan dengan akak, pada mulanya tak kenal, lepas akak perkenalkan diri baru perasan.. hehehe ;D
Bestnya. Dapat byk ilmu.
Bolehlah share ilmu sikit-sikit kan? Sharing is caring… Hari tu plan nak g tapi macam xde geng nak g… Rupa-rupanya sahabat aku sorang ni join program ni..
Memang best program SBDdB13 ni..rugi kalau tak pergi..sapa yang tak pergi tu, lepas ni kalau Tuan DH anjurkan lagi,cepat2 daftar la ye?..hehe
Seronoknya dapat ikut program mcm ni….
Bila nak kongsi ilmu2 tu dgn kite kite yg kt jauh ni Aju…?
untungnyer dpt pergi..
ciktom join jgk aritu duk barisan ke 4…hehe..
aju ke 2 ek skali dgn myra..
sminar kali ni limited xckup ms..xsmpt nak berkenal2an dgn blogger lain..
ciktom smpt pi tgur myra je..
Ohh. Ini rupanya owner ajumohit. Perasan-perasan ๐
Hai cik aju.slm kenal. Seminar yg bermanfaatkan.
ruginya tak join hari tu
rugi tak dapat join kali ni.. de hal berlaku sikit.. sabtu tu ada sukan si kakak, ahad encik abng sakit perut, kesian pulak nak tinggalkan.. huhu
Semoga saja seminar buat duit macam ini juga diadakan di Indonesia
Trims dah share infonya ๐