Alhamdulillah tahun ini syarikat tempat saya bekerja mengadakan Hari Keluarga di Legoland, Johor Bahru. Kalau korang perasan, mentang-mentanglah cuti sekolah bermula, hari-hari iklan Legoland tu duk berputar-putar di TV. Bebudak ni apalagi, tak sabar-sabar nak ke sana. Syukurlah syarikat sponsor semua, jimat duit poket mak paknya hehehe.
Jumaat, 23 Mei 2013
Anak-anak mudah sahaja nak dikejutkan dan mandi pun cepat je memasing ni, berbeza betul kalau dikejutkan nak pergi sekolah tu. Takde langsung bunyi uk, ek, tak nak!!! Mudahnya ye. Kalau hari-hari macam ni kan best. Kami bertolak seawal jam 7 pagi dan kemudiannya singgah bersarapan di Hentian Rehat Nilai. Ramainya orang tapi masih terkawal lagi sebab kami sampai tu dalm jam 8:15 pagi, masih awal. Biasalah, nama pun cuti sekolah, masing-masing ada rancangan tersendiri.
Kemudian memulakan perjalanan dan kami adalah bersemangat kerana suami ajak singgah di Johor Premium Outlet. Ramai seh orang!! Nak pulak waktu tu Coach Outlet tu sedang buat sales 20% + 30%, huisshhh beratur tu macam nak makan free je heheh. Tapi saya tidak terjebak lagi sebab si Adam super duper aktive ko!! Tak dapat ibunya nak pusing-pusing tengok dalam kedai. Si Adam melompat-lompat sambil baring kat lantai. Hehhehe takpelah takdelah kering poket abah kan ;).
Kemudian meneruskan perjalanan ke Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru. Kami tiba jam 3.30pm then check in. Huishhh leganya badan dapat baring di katil empuk hotel ni. Yelah sehari perjalanan memang memenatkan biarpun saya hanya duduk relax di sebelah pemandu hehehehe.
Jam 7:30 malam, kami bersiap untuk acara kemuncak Hari Keluarga 2013. Tema malam itu adalah berpetak dan berjalur. Jenuh juga duk mencari attire untuk sedondon kan, saya dan suami memang suka bab melaram macam ni. Memang sesuailah kami dan mengikut tema kekdahnya ;). Makan adalah acara yang paling ditunggu-tunggu sebab memasing dah macam kelaparan sangat!!
Anak-anak dah besar jadi memasing dah boleh bawak diri sendiri. Hmmm tenang ibu abah nak mamam hehehe. Biasalah kalau dinner macam ni mesti ada banyak aktiviti menarik. Biasalah kalau ada lucky draw saya memang tak pernahnya lucky hehehe. Ada juga acara musical chair. Kesian Najiha, tak dapat nak masuk acara tersebut, tempat adalah terhad dan syukurlah Najiha tidak menangis di situ. Nampaknya Najwa begitu bersemangat di situ ;). Acara untuk para ibu pula adalah tiup belon paling besar.
Nampaknya ibu hanya mampu mendapat tempat kedua sahaja. Oklah dapat hadiah cadar untuk katil queen. Syukurlah kan ;).
wah, tahniah.. dapat jugak pergi legoland.. lau nak pergi sendiri, kopak duit.. haha
Best tu family dah kat legoland โบโบ
BESTNYA..MESTI ENJOIII KAN..ANAK2 LA PALING SERONOK..^_^
Enjoi maaa… Tak dapat bercuti -_-
seronoknya family day. kalau jabatan ainey…family day dkt nga kawasan opis negeri je..boring…hehe….kalau jejauh mcm ni nak gak pergi..hehe..apa pun yg penting fully sponsored ya dak..
hensemnya adam..siap pakai tie lagi…..
bestnya family day aju…kitorg ni xdenya buat best2….tiap2 thn kat bangi aje lah…
Akhirnya dapat jugak pegi ke sana ye. Happy kemain lah ye budak2.
waa jelita ajue…sesuai pakai skirt tu…lawo
Tahniah dapat hadiah lagi tu. Tak dapat no 1, no 2 pun jadi la.
Wahh meriahnya..hehe..seronok kan dapat berkumpul dalam acara sebegini..hehe
untunglah sponsor, saya duk jb pun tak dapat pergi lagi..
seronoknya…saya pun tak berkesempatan nak pergi sana lagi…mesti best
Wah bestnya! Tak tahu la agaknya bila saya berpeluang ke sana ~
ps. salam ziarah dari Cairo ๐
Bestnye family day kat Legoland…dekat jer hotel tu ngan tempat ktorng…tapi time ni lily masih cuti kat KL..kalau tak boleh jumpakan…Legoland mmg best berbaloilah ngan harga tiket… ๐
Tak pernah merasa pergi sana lagi..bila lah bleh pergi ni..huhuh