Hehehe hai korang!! Ada yang jemu ke dengan entry Legoland saya yang berhari-hari ni? Hehehhe janganlah jemu ye, ini adalah bagi mengisi entry di kala kekeringan idea dan inilah penyelamatnya. Semalam selamat sebab WW kan? So korang tengoklah gambar anak-anak saya berani naik roller coaster tu. Saya memang belum pernah nak mencubanya, gerun dan seriau, tapi kalau flying fox dan seangkatannya tu saya OK hehehe.
Cuaca di Legoland adalah sangat panas, dinasihatkan anda semua menyapu sun block ye. Kalau yang ada anak kecil tu silalah bawa stroller sebab memang sampai satu masa diorang dah rasa penat dan nak mengamuk je kerjanya. Jadinya kalau ada stroller takdelah diorang ni nak berdukung sepanjang hari di sana. Ada gambar di bawah ni yang membuktikan tahap ketidakselesaan diorang ni setelah seharian berhempas pulas main permainan tu.
Bayangkan beratur je dah 1/2 jam, sekadar nak main game yang tidak sampai pun 15 minit. Kalau tak percaya tengoklah keadaan kami yang beratur nak naik train tu ;). Penat kan? Serius penat. Kata orang, alang-alang dah sampai dari jauh ni, merondalah satu Legoland tu sampai ledam dan keletihan. Pada saya memang berbaloi kalau pergi bila anak-anak dah besar dan boleh ke sana ke mari tanpa didukung.
Tengoklah si Najiha yang mulanya bertudung, dan bila matahari mula memancar, tudungnya pun dah terbang hehehe. Memang lakulah jualan air di gerai-gerai tepi tu. Kering je tekak ni rasanya. Di sini juga ada menyediakan perkhidmatan menyewa stroller ye kawan-kawan, harganya adalah RM30 for single and RM45 for two kids.
Oklah itu sahaja bebelan untuk kisah kami di Legoland. Pengalaman yang menyeronokkan sebab dapat tiket free hehe. So tahun depan kalau ada rezeki bolehla ke USS pulak ye bos hahahahha. Kat bawah ni gambar si Adam mengamuk sebab kepenatan, tapi lepas dipujuk dan dukung, suasana kembali ceria. Dan yang paling best adalah……malam tu kami semua terbongkang tidur keletihan hehehhe.
x jemuu punn ekkee
nak pergi x tahu lagi bile
soo seronok tgk pic dan baca sikit2 kisah aju nie .. ๐
Kalau buat trip macam ni, part bila anak dah letih dan mula buat perangai yang tak tahan tu..sebab kita pun sama letih masa tu.. ๐
Tak apa aju pennat pun..bila lagi boleh ke sini kan?hehehee
bestlah…hero2 saya selalu tanya bila nak pergi legoland
free sapa tak mau pergi heee lagi2 tempat baru di buka heee
seronok dapat bawak anak berjalan-jalan dekat sini ๐
Tak jemu membaca dan tengok gambar tapi meningkatkan rasa jeles nak pergi juga -_-
musim cuti sekolah mmg beratur panjang la kan….tp dah alang2 free, main la sampai lebam…hehe…
suka nengok gambar ajue n anak2 kat sana…best..teringin jugak nak kesana…
wah3..bestnya…fuh3…macam kat genting tapi ni lego
Memang syokkkk kan Aju…tapi terbakar kulit oooo…cuaca panas terik..huhu…