Selamat Hari Guru diucapkan buat semua cikgu-cikgu di seluruh dunia. Saya agak sambutannya diadakan secara serentak di semua sekolah hari ini kan. Fuuuuuhhhhhh lega sungguh bila hadiah buat cikgu yang mengajar anak-anak saya ini sudah siap di beli dan dibalut rapi. Bila ditanya dengan anak-anak hadiah apa nak beri pada cikgu? Masing-masing cadangkan tudung, selendang which is over budget mak ni ha. Kata cikgunya ramai kan.
Puas memikir apalah hadiah nak diberi dan sesuai dengan citarasa cikgu-cikgu ni ye? Setelah berhari-hari memikir positif dan negatifnya, akhirnya selesai sudah kegusaran di hati anak dan ibunya. Tahun lepas lepas saya menghadiahkan brooch tudung buat cikgu-cikgu, tahun ini taraaaaaaaa!!! Puas fikir tau!!! Timbul dah idea ni, kata maknya member Avon kan, jadi cikgunya pulak perempuan, jadi hadiahnya haruslah wangi-wangi gitu ;).
Mula-mula saya dah fikir nak bagi deodorant, tapi nanti takut cikgu ingat perli ke apa kan. Terus saya tukar dengan bedak ni. Bau pun sedap dan lembut je. Saya harap cikgu anak-anak saya akan gembira menerima hadiah ini. Kenelah budget jugak kan, ini je yang termampu nak diberi apapun janji keikhlasan di hati, itu lebih afdal ;).
Anak-anak pun pasrah je dengan hadiah yang saya beli ni. Siap sama-sama tolong balutkan sekali ;). Selesai sudah agenda memikir hadiah untuk Hari Guru ;).
Tema Hari Guru 2013 ialah GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
ala…lambat tgk, kalau tak dah beli 3 botol kasi kat cikgu kakak..
tahun depan boleh guna idea ni..hehe
Wah.. Wangi la lepas ni cikgu dekat sekolah. hehe.. Selamat Hari Guru..
ok jugak idea ni…pening jugak nak pk hadiah utk cikgu ni kan….
Wahhhhhhhh untungnya cikgu depa..dpt bedak wangi lg..syiok bdk zaman skrg..kita dlu mmpu bg sabub mandi je kt cikgu..hahaha
WAH,BAIKNYA ANAK2 AJU..SIAP PAKAT DGN IBU NAK BAGI HADIAH..MMG TERBAEK..^_^..
Mesti cikgu yang dapat hadiah ni wangi2 je lepas ni..
ala maknya tokeh avon apa salahnya..
Ehh ubat ketiak jangan berikan..nanti timbul isu pulak..tengok kepada hadiah tu nampak ramai jer anak aju..hehe
ok apa..
tudia ! ..
wangi2 lahh cikgu2 ๐
ok la tu…tanda ingatankan…
lizz tak sempat beli apepun hadiah…uwais baru jer baru masuk sekolah 2 hari…bagi kad jerla….
byk bedak dia hee nak2.
x tahan tang deodorant tuh, hehehe
Ok juga hadiah tu Aju…mesti cikgu2 anak Aju suka..wangi..:-)
Beruntung cikgu2 dapat hadiah ๐
Tak beli lagi hadiah utk hari guru. Kimi sibuk nak bagi hadiah โบโบ
wah,mesti suke abis cikgu2 anak Aju nanti… Sis pernah dapat hadiah perfume AVON yang harganya mencecah ratus dari sorang anak murid ๐