Macam inilah si Adam kalau balik Pahang

Photobucket Pictures, Images and Photos

Saya memang akan balik ke Pahang sebulan sekali, korang pun maklum saya dan suami sekampung. Dari rumah kami di Gombak memang terus keluar ke Tol Gombak dan masuk ke Highway Karak. Dan kami akan melalui jalan pintas bila tiba di Pekan Karak. Masuk je jalan pintas ni si Adam dah mula pening-pening dan mabuk.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Mana tidaknya, jalan bengkak bengkok sejauh 35km. Jangankan si Adam, ibunya yang dah berpuluh tahun lalu jalan yang sama pun masih pening lalat lagi. Mulut saya pasti bising mengingatkan suami supaya perlahankan kenderaan bila tiba di setiap selekoh. Rasa nak terkeluar isi perut ni.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Biasanya saya dah standby plastik andai kata Adam bagi isyarat peningnya tu. Dan yang pasti Adam akan duduk dekat dengan aircond yang kesejukannya tahap maksima. Tak siapapun boleh rendahkan level sejuk aircond tu, sure mengamuk sakan si Adam. Suami saya dan anak-anak perempuan nampak relax je, Adam je yang mengikut perangai ibunya hehehe.

Kata orang alah bisa tegal biasa. Lama-lama nanti biasalah si Adam ni. Kalau dulu saya tak sediakan plastik dalam kereta, baju sayalah menjadi mangsa muntah si Adam. Aiyakkk baunya buat saya pulak nak muntah!!! Macam-macam hal kan, kalau yang tinggal di pantai timur pula dengan kisahnya berjam-jam perjalanan gara-gara kesesakan. Itulah alkisah balik kampung si Adam. Emm terfikir jugak saya, kenapalah diorang tak buat jalan tu lurus je kan, lepas tu kepada wakil-wakil rakyat silalah tunaikan janji anda mana tahu dapat highway dari Karak ke Kemasul ke kan hihihihi.

BACA  Aktiviti Mendaki Canopy Walkway Bukit FRIM, Kepong

19 thoughts on “Macam inilah si Adam kalau balik Pahang”

  1. Dulu selalu balik ke raub ikut jb-segamat-bahau-simpang pelangai-bentong..skang ikut temerloh..jauh sikit takpelah asalkan anak no 2 koi tak muntah2…

  2. ajue kat pahang belah mana….lizz balik kampung pun jalan kemain berlengkor sib baik anak2 ok jer…ajue dah dapat kan no akaun lizzkan…

  3. saya pun mcm tu lah bila pulang ke kampung…kalau balik ke kampung mesti lalu bukit putus..lebih kurang jgk situasi dia..:)

  4. hehehe..pandai Adam ni konker aircond tu..bila dah sejuk, agaknya kuranglah sikit rasa pening2 tu..kan adam kan? hehe

    en abg tu dah biasa korner leper, tu yg kat selekoh tu leper jer..hehehe

    gitulah aju..mmg bila kami balik ganu, biasanya mmg makan 6 jam paling kurang..kalau raye, 8 jam biasalah..kalau jem, 12 jam dalam kereta…

  5. boleh imagine lah camane keadaannya… dulu masa anak2 Sis kecik pun begitu.Maklum saja bagaimana laluan Lebuhraya Timur Barat..Tp dah besar ni, ok je perjalanan 12 jam tak ada masalah.Cuma lenguh n sakit2 bdn sebab jauh sgt…fuhh

  6. hehe..biasa la tu..lama-lama nanti biasa lah..hehe..seronok kan kerja jauh dari kampung..sebulan sekali boleh drive jauh2 balik kampung..emmm seronoknya..

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: