Bayangkan Najiha yang gebu ni pakai peplum!!! Heheheh mesti comel kan!! Saya teringin nak tengok diorang ni bergaya sakan raya tahun ni. Dengan kegilaan tahap gaban pada kain cotton, saya belikan 2 pasang untuk Najwa and Najiha. Biasanya memang saya suka mereka pakai baju kurung dengan corak dan warna yang sama sedondon. Almaklumlah sepasang kain tu 4 meter jadinya cukup untuk baju kurung mereka berdua sepasang seorang.
Bila dah pakai baju sama color dan corak, ramai yang tanya kembar ke? Lagipun diorang ni beza setahun lebih je umurnya, memang orang akan ingat diorang ni kembar. Huhu terus teringat masa nak besarkan mereka, yelah rapat-rapat lahirnya, memang jerih sikit nak menjaga tu, bila dah besar elok je ada kawan nak bermain kan hihihi seronok pun ada.
Sementara tempahan untuk hari raya masih dibuka, saya tidak berlengah membawa anak-anak untuk ke kedai jahit yang biasa saya kunjungi. Upah untuk jahit baju kurung peplum kanak-kanak ialah RM40, manakala baju kurung adalah RM30. Emm boleh tahan juga ye upahnya, rugi rasanya tak pandai menjahit. Nak pulak saya dan anak-anak memang suka berbaju kurung. Upahnya sahaja dah boleh dapat sehelai kain pasang. Kalau ikutkan macam senang je nak belajar jahit baju kurung tapi biasalah urat malas bersimpul hehehe.
Kepada yang ingin tahu dan belajar cara untuk menjahit baju kurung, anda boleh mendapatkan caranya di Panduan Jahit Baju Kurung. Langkah yang ditunjukkan memang mudah difahami dan anda boleh menambah pendapatan sampingan juga tau!! Setiap langkah seperti mengambil ukuran baju, melukis pola dan memotong kain akan diajar secara terperinci sekali.
So dah settle tempahan untuk baju raya anak-anak perempuanku, baju saya dan suami beli siap sudahlah. Lagipun hadiah dress Maybelline kan ada hihihi. Suami dan si Adam of course beli ready made cap Jalan TAR or PAS Shah Alam.
Tidak lupa anda boleh mencuci mata di Butik Alianajiha yang sentiasa di kemaskini dengan stok-stok baru. Seperti biasa penghantaran pos laju adalah percuma ke seluruh Malaysia ;). Selamat membeli belah!!!
wah, beraya sakan la anak dara 2 org ni thn ni.. baju peplum lagi.. mesti comel! ๐
qaysara pun ingat nak tempah jugak…kalo sempat kalau tak beli siap jerla…
aku yg jahit merapu2 ni pun ramai duk tny nk tempah peplum. mak tak mampu nak.. parkinson tgn mak buat peplum kehkehkeh!!
MURAH SANGAT UPAHNYA TU AJU
KALAU DI KUCHING NI UPAH BUAT BAJU KURUNG BUDAK SEKITAR RM90
TP ITU KALAU DI KEDAI,KALAU UPAH DENGAN ORANG DALAM RM50..
Betulkan Aju..untung kalau pandai jahit baju sendiri..jimat blnja..tapi akak pun sama ngan Aju..urat malas tersimpul..kiih kih kih…
belajar sendiri Ju, nanti boleh buatkan anak..
hai. aida kemas bloglist. patut la blog lama ajumohit tak naik-naik, rupa nyer da tukar ke tempat lain… sib baik aida rajin ari ni klik kat blog2 yg tak ber update. i follow u sini la ๐
Sy tak ada lah menempah-nempah… Tak sompat lai… Beli dekat PAS Shah Alam je akhirnye…
Emm awal buat baju raya..hehe
sy buat sendri alahai untung ada rn lebih blh htr kedai …
ema tak risau sebab MIL tukang jahit…hehehe
amboi amboi adik-adik ni. memang bergaya habislah depa raya nanti! tak sabar nak tengok hasilnya ๐
ps.mungkin mak diorang ni boleh buat satu peplum jugak? hehe
Dear…boleh tahu hantar jahit baju anak kat mana?area mana ye..tq…