Selesai sudah mengundi untuk pertama kali

Alhamdulillah sudah selesai menunaikan tanggungjawab untuk menentukan masa depan negara. Ini adalah pertama kalinya saya memangkah calon-calon yang diharapkan boleh membantu membangunkan kawasan di mana saya membesar dengan sihatnya. Harapan saya mereka dapat menunaikan janji dan manifesto yang telah diwar-warkan sebelum ini. Banyak kemudahan yang masih kurang di kawasan felda ini. Semoga ianya nanti memanfaatkan setiap insan yang bermastautin di sini.

mengundi pru 13

Pertama kalinya nak mengundi amat mendebarkan, nervous saya tu macam hapa je. Saya dan hubby adalah di Pusat Mengundi yang sama, sekampung gamaknya ngeee. So senanglah kami balik raya bersama, balik undi pilihanraya pun sama. Kawan-kawan dan jiran yang sama ehhhhh, orang kata tak berkembang mindanya. Ada saya kesah? Dah jodoh kan, kami terima dengan hati terbuka ;).

Adam peneman setia saya, rengekan dan tangisan panas!!! cepatlah ibu!!! Tidak berjaya menarik perhatian polis di situ untuk saya memangkah lebih awal, mungkin kalau Adam melolong sambil hempaskan badan ke lantai bisa merubah segalanya hahahah. Takpe Adam sikit lagi, sikit lagi kita nak mengundi dalam bilik tu, pujuk saya.

Setelah dicalit dakwat biru di hujung jari telunjuk kiri, Adam terus mengekor saya untuk memangkah kertas undi dan boleh tak si kecik tu nak masukkan kertas tu dalam peti undi. Saya kata, takpe Adam tak sampai nak masukkan dalam box tu, let me do it for you, chehhh speaking London ko Jahhh!!! hehhehe gimik je tu…Sabor jela, syukurlah keadaan terkawal dan tiada undi rosak mahupun kekecohan berlaku. Sabar jelah anak sorang ni.

Then selesai mengundi saya tunggu suami yang beratur di saluran 3 manakala saya tadi di saluran 4. Siap mengundi kami pegi claim duit sorang RM30 plak, hmmm pastu pi makan ABC sebab cuaca very the hott!! Sehangat bahang pilihanraya umum ke 13. Chowwww!!!!

9 thoughts on “Selesai sudah mengundi untuk pertama kali”

  1. Hazmin Hamudin

    Selesai sudah proses undian di semua tempat. sekarang masa untuk menunggu keputusan pulak. Siapa la yang menang nanti ni kan kak.

  2. Tahniah sebab berjaya mengundi buat pertama kali..
    Sebut ABC terus rasa nak pekena jugak..

  3. semlm hubby mengundi kat SMK manjalara..tak menyempat nak menukar tempat mengundi..padahal sekejap jer kot kalau nak tukar tu kan..huhu..terpaksa menapak jauh untuk mengundi…menyempat jugalah cuci² mata kat KLCC..
    Lily lagi lah jauh..kat Sabah…tapi tak dapat balik lah.. 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: