Sesi Bergambar Bersuka Hati

Photobucket Pictures, Images and Photos

Tak tahu dah tajuk apa nak letak, puas fikir, so saya letak je tajuk riang ria ni. Baca tajuk pun mesti dah rasa gembira dan nak baca entry ini hihi ada ke yang sudi nak baca?

Photobucket Pictures, Images and Photos

Alahai dah lama tak cerita tentang my Nikon kan. Apa guna beli kamera kalau tak dipraktikkan ye dak. Tapi biasanya saya takde kesempatan ini sebab hujung minggu banyak menghabiskan masa di rumah je dengan anak-anak dan suami pula dengan motornya.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Jadi bila dapat kesempatan untuk mencuba skill menembak ni, (skill lah sangat kan) ;). Saya pun menggunakan peluang sebaik mungkin. Suami ajak kami semua beriadah ke Tasik Putrajaya. Kenapa tasik ini? Sebab view di sini cantik dan suasana mendamaikan sangat. Banyak port menarik untuk diabadikan di dalam kamera ini. So saya pun terujalah sangat, macam baru lepas keluar dari perintah berkurung gamaknya ;). Saya suka view alam sekitar, pokok yang menghijau, bunga-bungaan segar, memang menenangkan sangat!!

Photobucket Pictures, Images and Photos

Jadi sementara suami melayan anak-anak berbasikal, saya buat hal sendiri. Hehehe atau lebih spesifiknya syiok sendiri. Saya petik kamera sesedap rasa, konon nak membiasakan diri dengan gadget ini. Saya suka gambar clear and blur macam contoh di bawah. Ada juga niat nak join kelas basic fotografi ni tapi mengenangkan anak-anak saya tangguhkan hasrat tu dulu. Sebab biasanya kelas adalah di hujung minggu kan tu yang rasa masa untuk lepak-lepak di rumah sekejap sangat je nanti.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Photobucket Pictures, Images and Photos

Photobucket Pictures, Images and Photos

Nampak kat sini tuan blog yang hoverrr kan, hmmm biarlah kalau bukan kami modelnya siapa lagi kan. Masa ni semuanya belum mandi kecuali saya. Hehehhe takpe dalam gambar tak bau hashheeemmmm. Saya sukakan gambar saya dan anak-anak, kalau ada peraduan yang berkenaan saya akan sertainya dengan mempertaruhkan gambar tersebut. Menang atau kalah belakang kira, janji ada kepuasannya.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Pada pendapat korang ok tak hasilnya? Lepas tu bila dah ambil gambar, saya akan rasa malas nak transfer dari memory kad ke komputer owhhh apakah?? Hihi…So sekali sekala angin rajin datang baru saya akan transfer semua gambar ke komputer. Tengoklah, watermark pun tidak diletak di setiap gambar, alahai. Melihat kepada gambar-gambar tersebut terasa kepuasannya.

22 thoughts on “Sesi Bergambar Bersuka Hati”

  1. mentransfer gambar adalah perkara yang melemahkan..pastu bila takde gambar..mood nak blog pun tah ke mana. tu yg kekadang ambik gamba pakai henpon jer. senang nak transfer

  2. suka kalau bergambar ramai2 mcm ni…. tambah sekarang ni susah nak capture satu family lengkap…. mesti tak cukup sorg… 🙂

  3. cantik2 …
    inilah yg berlaku pada akak juga
    memang suke amik dgn dslr nie .. pic cantik2 ..
    nak usung tuu malas tuu ekke
    dan bila bab nak transfer tuuu
    ya tuhannn malas tul
    tuu akibatnya banyak pic disimpan dan bila transfer entah bile2 punyeee kekekek …
    skrg dah cadang nak beli yg compact pulakkkk huuhu

  4. A’ah kan.. Kamera canggih dah beli dah. Tapi kurang beraksi pulak kak. Lepas ni boleh la buat entri gambar lak.

  5. Waa….happy family…..gambar2 Ju yg begitu Clear…dan cantik bangat…
    saujana jap mata memandang…
    God Job…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: