5 cara senaman mudah yang kita boleh buat hari-hari | Owh sudah lama rasanya tidak berkongsi tips penjagaan kesihatan bersama anda semua. Saya ada terbaca tips mudah untuk bersenam yang boleh dilakukan di rumah ketika melakukan aktiviti harian kita.
Aktiviti mudah je pun
Aktiviti rutin yang kita anggap biasa ini rupa-rupanya boleh dijadikan cara mudah untuk mengeluarkan peluh. Bayangkan hari-hari basuh pinggan, sapu sampah, mop lantai, sidai kain, lipat kain, tukar cadar, ligan anak-anak hehhe, banyak dah step kita tu. Kita je yang tak perasan dalam pada buat semua benda tu rupanya kita dah bersenam.
Mentaliti kita sudah dibiasakan, asal sebut bersenam mesti berlari kat taman or padang kan. Asal bersenam je mesti kene follow instructor kan depan yang buat tarian ala-ala poco-poco kan, rupanya sangkaan itu meleset. Oklah tak mo cerita panjang, kita baca satu-satu tips ini dan kita praktikkan ye.
1. Ketika membasuh pinggan
Cuba untuk berdiri dengan sebelah kaki sahaja. Cara ini dapat mengukuhkan kawalan saraf sekitar buku lali, lutut dan pinggul. Ia turut membantu anda dalam menstabilkan tubuh badan sendiri.
2. Ketika menyapu sampah atau mop lantai
Aktiviti ini sangat berkesan dalam membuatkan badan anda berpeluh. Tukar gaya menyapu anda. Lakukan step tarian mudah yang anda ingat sambil menyapu atau mop lantai. Anda juga boleh mainkan muzik kesukaan untuk menjadikannya lebih seronok. Hehhee menari sambil menyapu ye, ni kene buat bila orang takde, silap-silap dikatanya kita buang tabiat la pulak hehe.
3. Ketika memberus gigi
Untuk memastikan anda tidak mengantuk dan segar pada pagi hari, senaman cangkung atau squat boleh dilakukan ketika sedang memberus gigi. Dengan cara ini, kekuatan lutut anda dapat ditingkatkan selain mengurangkan risiko artritis. Mulakan dengan bilangan yang sedikit seperti 6 hingga ke 7 kali setiap hari. Apabila sudah menjadi kebiasaan, tingkatkan bilangan sedikit demi sedikit.
4. Naik turun tangga
Bagi rumah yang mempunyai tangga, anda sangat beruntung. Senaman naik turun tangga boleh menggantikan senaman seperti berjoging di rumah. Senaman ini juga berkesan untuk mencantikkan pinggul wanita. Lakukan senaman ini selama 10 ke 15 minit setiap hari.
5. Ketika menonton Televisyen
Banyak jenis senaman yang anda boleh lakukan semasa menonton televisyen. Contohnya, anda boleh cuba naikkan kaki setinggi boleh ataupun paling kurang sehingga 45 darjah dari lantai dengan menggunakan kekuatan paha. Selain itu, anda juga boleh melakukan senaman tangan dengan menggunakan dumbel. Anda pasti tidak akan merasa kepenatannya sambil dihiburkan dengan rancangan kegemaran anda di kaca televisyen.
So tips yang saya biasa praktikkan adalah 1,4 dan 5. Sikit-sikit lama-lama kita jadi sihat. Nak-nak orang perempuan, kita ni banyak persaingan, jadi nak menambat hati suami nak taknak kita memang kene jaga badan dan sahsiah diri. Banyak lagi tips kan, takpelah kita cuba yang ini dululah ye. So mudah kan tips bersenam kali ini. Jadi apa lagi, selamat beramal lahhhh ye ๐
hihhihi… memang banyak persaingan =)
ye dik tips paling mudah !
tq sharing dik ๐
boleh dipraktikkan ni…thank aju for sharing
Wah! Bagus2 semua tips ni..masa menonton tv pun boleh bersenam ye?
memang sesuai dipraktikkan nie sebab ianya boleh dilakukan semasa melakukan kerja rutin.
tips yg menarik… tak terpikir pula kan ๐
Nanti sis nk try yg nombor 1 tu dulu sblm buat tarian penyapu hihi
hoho..tapi kalau badan dah besar gedempol..memang takkan terbuatnya senaman yang mudah-mudah ni..
KEMAS RUMAH PUN BOLEH JADI SENAMAN KAN..CUMA KITA JER TAK SEDAR..
Yang no 2, tu memang seronok bila dipasang lagu dangdut ke..hehe..baru semanagt nak senam dengan mod lantai tu..hehe
senam dgn cara mop lantai tuh memang best la, bukan senang tuh nak pulas mop dan mop satu rumah. bpe kali bhenti baru siap mop.
ternyata berbagai aktivitas harian bisa di kombinasikan dengan latihan/senam, pasti menyenangkan dan perlu di coba ni
nice share ๐
Salam…mohon utk share panduan senaman di Buletin…sy student usm, sedang praktikal di JKKN…