Hari ini Najwa ada temujanji dengan doktor gigi di Klinik Pergigian Loh, Sri Gombak. Gigi geraham bongsunya berlubang dan sakit sehingga gusinya membengkak dan bernanah. Ya Allah Tuhan sahaja yang tahu risaunya hati saya ni. Dua minggu lepas saya ke Klinik Gigi si A, katanya gigi najwa perlu buat rawatan Root Canal atau rawatan akar. Biasalah kalau gigi tengah sakit memang #apapuntakboleh ;). So Klinik A hanya boleh bagi ubat tahan sakit dan antibiotik.
Selepas seminggu saya bawa Najwa ke Klinik Pergigian Loh ni sebab klinik A ramai sangat orang dan saya tak sanggup nak tunggu. Saya tengok nurse kat KP Loh sangat peramah ko!! Suka pulak saya dengan penerangan yang diberikan. Sangat jelas dan terperinci. Biasa kalau kat klinik, doktor yang banyak cakap dari nurse, yang ni sama je. Baik nurse mahupun doktor, dua-dua suka bagi explaination which is saya sangat suka :).
Katanya gigi Najwa ni masih elok dan tak perlu buat root canal. So katanya untuk permulaan, mereka tampal sementara dan tengok gigi tu sakit atau tidak. Kalau sakit nanti memang kene buat rawatan akar, kalau tidak sakit, tampalan kekal akan dibuat ke atas gigi bongsu tersebut. Dan gusi tersebut bernanah kerana berlakunya infection di saraf gusi bila gigi dah berlubang tu, owh ok sangat faham ;).
Hari ini, syukur Alhamdulillah gigi Najwa tidak sakit dan prosedur tampalan kekal akan dijalankan bagi menggantikan tampalan sementara minggu lepas. Najwa ni dah beberapa kali jumpa doktor gigi so takdelah drama tangisan berlaku ;). Senang kerja ibu tak payah susah nak pegang bagai, pandai je Najwa serah diri kat dental chair tu hihi.
Ibu pun kecik-kecik dulu macam ni jugak. Bezanya ibu dulu pergi klinik gigi kerajaan je, korang dapat gi klinik swasta. Dan syukurlah entitlement untuk klinik gigi adalah RM500 setahun, jadi ibu pakai subsidi opis ibu jelah ;). Opis abah pun bagi RM500 setahun untuk rawatan gigi, jadi kita ada kuota RM1,000 untuk tahun ini. Syukur sangat2, so bolehla buat rawatan gigi sampai lebam ;).
Dah sembuh ye gigi Najwa? Barulah boleh makan sedap lepas ni..
Kemudahan zmn sekarang ni bnyk tak mcm masa kite dulu2 Aju..bebudak nih kira btuah sgt dah
P/s: teringat naik vespa ayah pegi hospital ,sambil berdiri kat depan sambil menangis sebab sakit gigi huhuhu
syoklah ada kuota rm1k utk gigi sahaja…:)
bagusnya anak tak takut jumpa doktor gigi
Klinik A tu nak manipulate awak je tu..kalau saya,saya siarkan saja nama klinik tu..hehe
Dapat rasakan macamana kesakitan Najwa..sakit gigi lah paling sakit…huhu..tak sanggup…
Memang merana kalau sakit gigi ni..harap2 Najwa cepat sembuh..
Oh… macam anak kakak yg kecik Aju. Memula dia tampal sementara tapi kena tunggu 2 minggu baru buat tampal kekal. Memang boleh aju..
Alhamdulillah..lepas ni najwa dah boleh makan macam biasa..
Kita yg dah tua ni pun tak tahan kalau sakit gigi..apatah lagi anak2..,
P/s..akak fobia ngan dr gigi..hehehe…
Siannya najwa, sampai bernanah yer. Lpas ni dah bley makan sedap2 lah.
Emm jump doktor gigi paling tak best sekali..emm bernanh tu pasti sakit yang teramat sangat..emmm semoga lekas sembuh yer..hehe
waktu kecil dulu yang saya paling takuti pergi ke doktor gigi, psti selalu di copot tu..
semoga sakit gigi putri anda lekas sembuh ๐
Berapa kena caj sis