# DIY 3 | Rak TV simple dari Ikea

Hmmm dah lama saya tak update segmen DIY ni kan. Baru masuk episod 3 rupanya ;). Saya memang suka bab menghias rumah kecik molek saya ni. Bagi saya, rumah perlu sentiasa kemas dan perabot di dalamnya sentiasa dalam keadaan tersusun agar kita berasa seronok tinggal di rumah sendiri.

Yelah setelah penat seharian bekerja, bila pulang mesti kita nak rehatkan badan dalam keadaan tenang kan, so inilah tips nya, rumah pun mestilah ceria ;).

Photobucket Pictures, Images and Photos

Rumah saya tidaklah segah dan secantik rumah di dalam buku Anjung Seri, rumah saya simple sahaja, biasalah kain menggunung dalam bakul, kadang-kadang tunggu mood datang baru rajin nak lipat. Ingat tak Adam tolong saya melepat kain? Hheeh suuuuwiiitt sangat ;).

Buku anjung seri ini pula saya pinjam dari Library di opis saya tu. Saya suka belek-belek je, then kalau ada pun refer kat laman web ikea. So memang takdelah saya nak simpan buku ini di rumah ;).

Photobucket Pictures, Images and Photos

Ingat tak entry saya pergi ke Ikea minggu lepas, inilah hasilnya setelah pulang dari membeli perabot yang saya maksudkan itu. Memang ringkas sangat-sangat. Sekadar dua rak panjang yang berwarna merah yang dilekatkan di dinding ruang tamu.

Maaflah jika ianya tidak seperti yang anda bayangkan ye ;). Rumah kecil saya lebarnya 14 kaki, jadinya perabot mestilah seminimum mungkin agar kawasan rehat kami tidak terlalu sempit dan padat. Saya belajar dari pengalaman.

Sebelum ini saya gunakan rak TV yang biasa terdapat di kedai perabot. Melihatkan ianya terlalu memakan ruang, jadinya saya dan suami decide untuk merubah ruang tontonan tersebut.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Itu pula almari hiasan yang saya makeover dulu. Saya beli kotak-kotak di Ikea yang berwarna putih dan pink. Semuanya perlu dipasang sendiri ye hehehe. Tapi pada saya kalau dah minat tu apapunboleh ;).

BACA  Pertama Kali ke Litar Antarabangsa Sepang

Dalam kotak tu pula saya letak barangan yang taknak dipandang mata, contohnya stationery anak-anak, kamera Nikon dan seangkatannya. Ada tangan-tangan yang dah ambil barang tapi tak reti nak letak balik di tempat asalnya.

Membebel sakanlah saya, tong sampah depan mata pun masih lagi buang merata-rata. Apo nak dikato? Syukur juga rumah kecik molek, itupun masih tak dapat nak kemas hari-hari :).

Sumber rujukan menghias kebanyakannya dari majalah Anjung Seri dsb, taklah saya copy sepenuhnya cuma suka membelek dan ambil idea gitu-gitu je ;). Dan harga untuk projek DIY kali ini adalah sekitar RM60 untuk rak tv dan RM25 untuk sepasang kotak besar tersebut, saya tak ingat sangat jumlahnya sebab resit pulak sudah terhilang. Oklah dah siap entry DIY kita kali ini, hehehe so simple kan, sekian.

18 thoughts on “# DIY 3 | Rak TV simple dari Ikea”

  1. aah lah bgus rak gini..jimat byk space kn..kitorg guna perabot yg dulu2 je..hajat hati nk tukar tp hucband ckp guna jelah selagi tk rosak..haha

  2. Emm memang seronok kan bila rumah kemas..balik rumah badan penat pun jadi segar bila melihat keadaan ruamh yang selesa..tahniah to aju sebab berjaya mengemaskan rumah dengan sempurna..haha

  3. Simple tapi cantik….
    Akak suka tengok kotak2 tu..cantik bila diletakkan atas rak….muat2 pulak tu…yg penting dapat masukkan apa saja yg menyemak pada pandangan mata….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: