Hadiah hari Ibu, terima kasih Abah!

Suami : Aju nak hadiah apa?
Isteri : Tak kisah, eii kata nak bagi hadiah mana boleh request??
Suami : Takpe kalau abang beli nanti aju tak suka pulak. Takpe abang belanja.

Belanja? Eii abang tau tak saya ni pantang dipelawa? Pantang tau!! Perempuan memang banyak pantang kan? Pantang lepas bersalin, pantang nampak jualan murah, pantang tengok mende free hehe… Ligat je otak saya ni memikir apa nak beli, uishhh panjang senarainya nanti hehhe. Cuba suruh pikir nak masak apa, sure time tu teringat kat Gerai makan sebelah Petronas opposite mamak Taqwa kwang kwang!!! Ok serius!! Kita utamakan yang perlu dululah ye. Perkara pertama yang terlintas ialah bedak nak gi keje dan kasut nak pakai dalam opis. Hehehe dalam opis je ye, sebab dari tempat parking ke opis tu pakai selipar Jepun je. Sayanglah heel rosak nanti menapak jauh-jauh tu huhu.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Photobucket Pictures, Images and Photos

Kebetulan Elianto ada buat promosi hari Ibu. Set di atas tu RM49 je. Dapat casing bedak dan sponge, pastu bedak two way cake foundation tu 2 keping, murah kan? Bagi saya pengguna setia produk ini sejak 5 tahun lepas, pasti tidak melepaskan peluang keemasan ini. Saya memang penggila produk Elianto, nasib baik Elianto tau bang, kalau penggila Tomei ke, Poh Kong ke mau botak kepala kan muahahahaha…Ehmmm kalau tiap-tiap hari adalah hari ibu kan bagus kan. Barulah rasa diri ini terasa begitu berharga ;).

Photobucket Pictures, Images and Photos

Saya dah lama tak beli kasut formal macam ni. Biasa pakai sandal yang open tu je, tak suka sangat yang bertutup. Dan kasut ini adalah pilihan saya formal peeptoe. Tak pernah pakai heel tinggi 2 inci macam ni. Sebab saya ni ada sakit pinggang sebab pernah terjatuh dulu. Dah lama rasanya penyakit tu tak datang, saya assume pinggang saya sudah sihat dan dalam keadaan yang baik ;). Kalau penyakit tu datang lagi alamat kita simpan kasut ni dalam lemari ye ;). Nak bagi korang ke? Tak bolehhhhh!!! Hihi..Peeptoe tu RM99 ye, setakat ni memang selesa dan tumit belakang tak melecet.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Tq abang, saya tak harap sangat hadiah ini, apa yang saya harapkan adalah perhatian, kasih sayang dan masa untuk kami anak beranak. Owhhh so suuuuwiiittttt!!! Hmmm so mood saya adalah dalam mood feeling dapat make up dan kasut baru. Owhh seminggu dua ini mood adalah sangat gembira dan bersemangat nak pergi kerja ;). Lihatlah saya dalam mood happy itu, ini gambar waktu gi Legoland hari tu, tetiap hari adalah mood happy untuk kelihatan lebih muda remaja.

#Feeling muda sebab pakai tudung bawal. Eh ada kaitan ke? Heheh nanti saya cerita ye ;).

12 thoughts on “Hadiah hari Ibu, terima kasih Abah!”

  1. Betul cntik ah kasut tu kak aju..dhlama tk beli yg bertutup..dlu kasut keje sokmo bertutup je..sejak keje sni terpengaruh dgn kwn opis..diorg ni semua pakai sandle tnpa tali je..heee

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: