Tadi saya temankan pengasuh anak-anak ini ke kenduri kahwin di Jalan Bayam, Seksyen 24 Shah Alam. Yeay yeay!! Tak perlu masak hari ini hihi. Dasar femalas kan, jemu jugak nak duduk di dapur tu, biasa memang duk dapur setakat basuh kain dan masak air nak buat susu si Adam je, itu pun dah rasa jemu sangat ngeeee!!! Lagipun taknak hampakan permintaan pengasuh nak suruh saya jadi driver dia nak ke kenduri tu. Takpelah orang dah minta tolong, tak baik kita hampakan permintaannya ;).
Nak minta tolong saya yang konon-kononnya serba serbi tahu jalan di Klang Valley ni hihi. Lagipun aplikasi waze kan ada, dah tiada alasan untuk kata #sayataktahujalan ye ;). Jadi bertolak dari rumah jam 11.20 pagi. Sedang eloklah kan, lagipun tengah lapar ni. Hari panasnya, tekak rasa haus je, dah terbayang air sirap kenduri yang sejuk nyaman lalu di tekak ;). Yang jakunnya air dia warna biru sehh, memang ikut tema!! Hihi
Ok bila kami sampai, tetamu majlis kenduri tidak berapa ramai lagi. Senanglah nak menceduk lauk buat kami semua. Anak-anak dah pandai suap sendiri, senang keje mak korang ni hehe. Banyak juga lauk dan pemanis mulut yang dihidangkan untuk para tetamu. Pelamin memang cantik dengan warna tema biru putih. Sejuk mata memandang, cuma bila panas terik tu, mata ni duk melilau cari air sesaje ;). Eh eh ada cendol lah!!! Bestnya, memang berkali-kalilah menambah air dan cendol. Adam pun dah pandai ambil air sendiri, aii tak sangka anak-anak ibu dah besar ;). Lagi sekali senang keje mak ko hehe.
Tapi yang tak bestnya bebudak ni tak sporting pulak nak bergambar di pelamin. Puas memujuknya, masing-masing lebih berminat nak merenjis dengan beras tu. Ehmmm dari ianya tumbang baik saya bawak diorang pergi dari tempat tu. Kang tak pasal-pasal kene halau dengan tuan rumah ;). Gambar di atas pula ialah gift dari tuan rumah untuk kanak-kanak, sweets seperti biasa, aduiyai bebudak memang suka sangatlah. Balik ni hangpa semua kene gosok gigi naaa!!!
P/S : Untuk tatapan en suami yang memang kerja hari Sabtu, jangan jeles bang!!!!
air kaler biru, perasa apa ya?
Salam Aju….k.atie pon sbk ngan kenduri kawen ari sabtu/ahad ni..Bestnya brtemakn BIRU..sukerrr
siapa yang kahwin aju? keluarga pengasuh ke? dah lama tak gi mana-mana kenduri… rindu pulak nak makan nasi minyak..
Diaorang import Cendol Banting ke?
Wahh nasi beriani..memang sedap..hehe..amboi.pemalas ke?haha
lebih seronok layan goodie dari ambil gambar…hehehe
mesti diorang malu nak bergambar….hahahah
wah..meriahnya lauk kenduri..