Najiha, Najiha.. Anak ibu yang sorang ni memang ratu airmata. Tengok je badan semangat macam ni, tapi hati kecilnya mudah sangat tersentuh. Pantang nampak orang dalam kesusahan, contohnya peminta sedekah, pasti Najiha minta ibu dan abah hulurkan duit seringgit. Nasib baik mintak seringgit je ko ;), yang penting niat ikhlas ye, itu yang lebih afdal dan berpahala.
Sehari sebelum Teacher Mida pindah, Najiha ada bercerita dengan saya, katanya ada cikgu yang akan berhenti nanti bu. Saya kata mungkin teacher tu dapat kerja yang lebih baik atau dapat sambung belajar tempat lain kot. Tu yang teacher dah tak mengajar korang lagi. Najiha kata nanti ada majlis perpisahan teacher dan anak murid. Tak sempat pula kami nak belikan hadiah untuk cikgu.
Selepas saya pulang kerja, rutin harian ambil anak-anak dari rumah pengasuh. Najiha dalam keadaan yang ceria, tunjukkan cenderahati tanda ingatan dari teacher untuk Najiha. Katanya tadi dia salam dan peluk teacher. Sempat juga bergurau dengan teacher, kalau macam ni gayanya memanglah berat hati mereka nak berpisah kan.
Bagus dan kreatifnya teacher buatkan souvenir ni untuk anak-anak muridnya. Rajin sangat, cantik pulak tu. Siap bertali dan boleh digantungkan di dinding. Biasalah kerja dengan bebudak ni pasti sedikit sebanyak ada rasa sayang kan. Hari-hari berjumpa dah rasa macam ahli keluarga sendiri. Macam-macam kerenah masing-masing tu, biarpun nakal tapi mesti ada gelagat diorang yang mencuit hati. Marah dan tegas tu biasalah kan, biar ada rasa hormat murid terhadap gurunya.
Melangkah je dalam rumah, saya tak sangka Najiha terus baring dan tekup muka ke lantai. Rupa-rupanya Najiha menangis. Tersentuh hati ibu melihat Najiha menangis macam tu. Najiha rindukan teacher ye? Najiha nak jumpa teacher ke? Nanti kita telefon teacher ye. Sampai tersedu-sedu esakannya tu, makin dipujuk makin menjadi-jadi pulak ;). Takpe biarlah itulah ajelah cara dia nak melegakan perasaan sedihnya tu.
Buat Teacher Mida dan guru-guru lain, terima kasih atas tunjuk ajar cikgu. Semoga cikgu sukses dalam apa jua bidang cikgu ceburi. Ketahuilah olehmu Najiha amat merinduimu, terima kasih atas didikan cikgu ;). Selepas seminggu berlalu, Najiha semakin dapat menerima hakikat itu ;). Cuma saya tersentuh Najiha menyimpan elok kad pemberian cikgu, dan pastikan ianya digantung kemas di almari english style ibu hehehehe.
ya tuhannn aju ..
akak lak yg sebak ..
aduhhaiii sungguh terkesan di hati najiha bila cikgu berpindah yee
ini bermakna cikgu dah berjaya melayan anak2 murid dgn jayanya
sehingga anak2 murid rindukan dia ..
aduhh sebak akak huhu
akakpn tumpang sedih tok pic najiha menangis
ololo sian najiha…kalo rindu cikgi kena belajar rajin-rajin tau…
manjanya najiha dengan cikgu…susah nak cari cikgu yang baik macam tu lagi..
Alololo…daku yg baca ni pon rasa sedih tgk najiha nangis. Rindu cikgu yer.
Jangan sedih2 ye Najiha..mesti cikgu Mida pun rindukan Najiha & kawan2 juga..
Laa kesiannya. Syg betul dia dgn cikgu tu ye.
Pandai Najiha ni..bijak menghargai gurunya walaupun masih kecil
tahniah jugak pada Aju sbb berjaya didik Najhia menghargai gurunya
p/s-tiba2 teringat masa kakak cakap “abah, kakak rindu mama…”
Alahai..lily pun sedih tengok gambar Najihah nangis tu..sayang dia kat cikgu ye…
Tak lama lagi ok la tu.. ๐
Mesti dia rapat betul dengan cikgunya sehingga menangis macam tuh sekali,huhu
cian nye..tak pe nanti boleh jumpa lagi..adik bljr pandai2 nanti cikgu mesti bangga..salam kenalan dr zila..(“,))))))))0~
bagus didikan cikgu ni..mendalam sampai ke lubuk hati kanak2..i like this teacher…
Agak2 ada tak anak murid yg nangis mcm najiha kalau saya berenti nanti ….? Hihi..itu tandanya cikgu tu diterima anak murid, kehadiran mereka berkesan
mesti cikgu Mida dah banyak bantu Najiha tu yg dia syg sangat tu kot.
wahh..sampai macam tu sekali ye najiha..nangis lagi tuuu.
Sayang betul najiha kat teacher nya tu..
Mesti teacher tu pandai ambil hati budak2 kan..
bertuahnya ibu dapat anak yang lembut hati macam Najiha. Mudah-mudahan sifat ikhlas dan penyayang hingga dewasa. kecil2 dah pandai buat asset akhirat.