Jumaat lepas, selepas pulang kerja, saya dipaksa oleh suami supaya temankan dia bawak balik motor kesayangannya tu. Dah hantar pergi servis pasti nak berjemput pulak, macam tuan besar ko ye motor!! Oklah untuk tidak menghampakan beliau saya pun ikutlah. Kami datang berkereta, bila pulang suami menunggang motornya saya pula memandu kereta. Wah asyik kene gilap je ye ko ni bike. Jeles plak saya dengan motor sebab perhatian suami dah lebey kat dia ni. Sabar banyak-banyaklah Jah, bila ditegur jawabnya minat, dulu suami minat saya, sekarang saya dan motor bersaing.??uiksss?? Ishhh
Sebab tu dalam entri senaman harian mudah saya kata perempuan ni banyak persaingannya. Dengan sesama manusia, benda tak bernyawa macam motor ni, basikal ke, memancing ke. Sakit dada tengok motor tu. Grrrrrrr!!!! Lapar terus perut ni, saya memang macam ni spesisnya, kuat makan memanjang. Masa sekolah asrama dulu saya digelar pelahap. Jahat betul kengkawan saya tu, takde sivik memasing hehe. Tapi kalau baru balik keje memang macam itulah rutinnya. Lapar, lapar, laparrr…Kebetulan memang ada 1 restoran je di kawasan tersebut. Oklah better than nothing.
Saya dan suami memilih untuk duduk di meja di luar restoran sambil menghirup angin malam. Dan sepantas kilat menu pun datang. Tengok menu, wah harganya boleh tahan juga ye. Kami dah duduk kat kerusi tu dan waitress datang nak ambil order takkan nak bergegas blah angkat kaki je kan. Malu plak rasanya ;). Takpelah order ajelah sebab kalau tak cuba kita pasti tak tahu rasanya kan. So saya order Mee Bandung dan suami pula Nasi Lemak Ayam Goreng. Minum pula milo panas dan suam.
Dalam pada menunggu makanan saya duk toleh kiri kanan. Tetiba mata terpandang pada pelakon Riezman Khuzaimi dan Kartina Ayub yang waktu tu berada di dalam restoran!!! OMG kene ambil gambar, wajib ambil gambar nak masuk dalam blog hahahah!!! Bila saya lihat signboard kedai rupanya ini adalah restoran milik kedua-dua pelakon suami isteri ini. Bagusnya mereka sudah ada perniagaan sendiri kan.
Saya dan suami duk bisik-bisik, eii tak sangka ye makan kat kedai artis, bang, pasni ambil gambar dengan diorang tau heheh, ku kik ku kik ketawa hhehe gediks betul bergosip dengan laki ku itu. Dan makanan yang diminta pun sampai. Hmmm food presentation nice!! Its time to taste the food, emm memang sedap!! Baik nasi lemak mahupun Mee bandung, pada saya boleh bagi 4/5 bintang, kalau murah sikit pasti 5/5 bintang ;). Berbaloi jugak rasa dengan harganya ;). Tak tengok kiri kanan dah makan tu, tengoklah saya tu amboi pelahap kan hehehe.
Seronok sangat Jah dapat bergambar dengan artis ye ;). Hari Jumaat 7/6/2013, saya makan di sini, tengok suratkhabar hari Ahad 9/6/2013 kedai diorang ni keluar Harian Metro pula, promosi sebab restoran diorang ni baru beroperasi 2 bulan macam tu. Oklah kepada sesiapa yang nak mencuba makanan di sini, bolehla mencubanya dengan pergi sendiri ke alamat yang tertera di bawah. Untung-untung diorang ada di kedai, bolehla bergambar gedik sakan macam kami ni hihi. Oh ye total makan waktu tu dalam RM28++, tak ingat exact figure sebab resit hilang lariiiiiikkkksssss…
RK Recipe Cafe & Catering
B7-G-2 Lorong Selangor
Gaya Commercial Centre
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
03-4162 6440
Wah, sedap caknye tu..
wah mkn restoran artis..siap dpt posing lg…pernah nmpk rizman & family kt jusco setiawangsa
UNTUNG LA..DH LAH PERUT KENYANG DPT BERGAMBAR DGN ARTIS PULAK TU..^_^
Wahhh glamer gitu….
oh dia dah ada restoran yer…
Tak jauh dari rumah, bolehla try lepasni…
Wahhh best arr dekat ngn rumah..hehe
Tak pelawa pongggg..hahaha
tertunai juga ambil gambar ye.. hehe.. boleh try ni, menarik nampak.. cuma jarang pergi area situ la.. huhu..
dulu dok asrama mana?
tak sangka pulak kedai makan dia…boleh tahan harga dia ๐
oklah tu. yang penting lu happy.
Makanan sedap tak?
hai aju..lama tak jumpe kat alam maya kan..wh..fieda nmpk aju kuruih la…betul tau..
owhh dia dah ada rest .. hurmm dia pun nampak susut kan .. dah lama x tgk dia dlm drama nie … sebuk di rest agaknyee
wife dia pun nampak susut …
nampak sedapp je apa yg aju makan ๐ apar akak tgk ekeke ๐
waa bestnyer siap makan kedai artis lagik glamer uolls…
mee bandung tu sedapnye…
kedai makan retis mestilah mahal…hihihihi
Food presentation pun sempoi…patutnya arrange la buat food review dengan geng blogger…..
wah…menarik hidangan makanannya..terliur sy…
yummy… pasti lezat sekali makanan2nya
selamat menikmati ๐
Alaaaa… tak nampak pulak gambo2nyaaaa…. ๐
wah…3 in 1 ni….nampak sodap tu…
Dpt bergambar dgn retis tu โบโบ.