Umum Misi mencari rak tv simple di IKEA termakbul June 4, 2013

Spread the love

Sudah lama benerr inginkan rak tv yang ringkas tetapi menarik. Rumah saya biasa je dan tidaklah seanggun mana. Cuma minat tu memang sentiasa ada dan tidak pernah pudar. Cheh ayat bajet retis kengkonon ;).

Banyak idea dalam kepala ni, dan kadang-kadang tak terjangkau dek akal, entah apa-apalah imaginasinya kan, suruh bayangkan rak tv simple tapi dah duk merapu menda lain pulak haha.

Ok mula-mula saya cari idea macamana nak buat almari atau rak TV yang simple? Saya duk google juga, at least nak dapatkan idea kan. So saya dapatkan beberapa gambaran untuk realisasikan projek DIY kali ini.

Bermain dengan pilihan warna adalah imaginasi yang sangat indah. Saya suka warna terang dan ceria. Seperti contoh dalam gambar ini. Kan ceria warna dia tu kan?

Bila dah dapat bayangan dan idea, apa lagi its time to serbu Ikea lah kan hehe. Saya belum pernah beli barang dalam Ikea ni melainkan barangan yang simple maksudnya tak perlu ke rak yang tinggi-tinggi dan usung semua benda tu dalam troli. Pertama kali ni, memang tak tahu macamana nak mula 😉 ish nervous hahahha tak boleh blah.

Mudah je rupanya. Mula-mula kita jalan je macam kita ni tahu. Ambil pensil dan kertas yang ada disediakan di situ. Nak ambil banyak pun takpe, bagi anak-anak tu sekali, biar diorang senyap sikit, sebab kalau mengekor kita tu ada je isunya. Nak panjatlah, nak baringlah, nak tekan suislah.

Bila dapat pensil dan kertas adalah aktivitinya kan. So korang jalan je tengok dekorasi bilik yang ada tu, tengok apa yang berkenan dan tulis setiap kod no., bahagian mana, rak no. berapa. Tulis je kat kertas tu, nak taknak belakang kira kan :). Harga jangan lupa tulis kang lari budget, Jah tak bertanggungjawab ye hehe

So bila dah dapat apa yang kita nak dan menepati citarasa, tiba masanya nak pergi ambil semua barang yang kita dah tulis tu. Senang je turun je ke tempat warehouse ikea yang mana sama level dengan cashier counter tu. Alahai yang korang tengok barang menggunung dalam rak tinggi tu, dapat bayangkan tak ;).

dapat sudah apa yang dicari

TIPS DEKORASI IKUT BAJET ANDA

So kat situ kita pergi cari barang tu mengikut no bahagian, no rak dan no rujukan seperti yang kita dah tulis di kertas tadi haaaaa!!! Korang yang dah lama tahu tu janganlah gelakkan saya ye. Semangat seh sebab first time wat keje ni, ianya semudah ABC je kan ;).

So dah dapat rak tv yang simple je untuk rumah saya, next entry saya cerita pulak ye ;), bebudak ni kemain aktifnya duk dalam troli ni, mana nak letak barangnya, mana nak letak diorang ni pulak. Layankan ajelah 😉

 


Spread the love

Tags : , , , , , , , , ,

15 Comments

  • fiza posted on June 4, 2013 at 10:23 am

    Akak amik yg merah tu ke? Ceria lah ntiiii..hehe brapa rm kak rak ikea? Haitu usahr semua blh thn gak rege dia kn

    Reply
  • aanie posted on June 4, 2013 at 10:48 am

    eh eh adam…kemain panjat troli tu…

    aanie pun x penah beli brg besar kat ikea ni….sb mcm susah je…hehe….
    aanie recently posted..Nak kongsi kegembiraan…….^_^My Profile

    Reply
  • BUI JUNAIDI posted on June 4, 2013 at 11:19 am

    JELES TAWW SBB DI KUCHING TAKDER IKEA
    KALAU ADA KAN BEST…
    BUI JUNAIDI recently posted..Petua Hilangkan Batuk AnakMy Profile

    Reply
  • kak ieda posted on June 4, 2013 at 11:22 am

    suke yg merah tuu dik

    haaa x sabar lak nak tgk hasilnya nanti 😉

    Reply
  • Fiza Rahman posted on June 4, 2013 at 2:13 pm

    Cantikllah kaler merah tu. Dah pasang ker? Tungjuk lah gambarnya ☺☺
    Fiza Rahman recently posted..SERUPA…tapi TAK SAMA – Part 2My Profile

    Reply
  • lizz posted on June 4, 2013 at 2:53 pm

    waa tak sabar nak nengok hasilnyer tu…deko2 raya ker…hehe
    lizz recently posted..Amanda budak paling comelMy Profile

    Reply
  • hafiz posted on June 4, 2013 at 3:24 pm

    memang suka barangan ikea ni…
    hafiz recently posted..Mesin jahit sudah diperbaikiMy Profile

    Reply
  • sohoque posted on June 4, 2013 at 3:57 pm

    simple tapi amat menarik!!!
    sohoque recently posted..Applikasi Mesti Install: EvernoteMy Profile

    Reply
  • Alin Marlini posted on June 4, 2013 at 4:13 pm

    saya pun sada beli rak tv di ikea….memang brg di ikea kena DIY semuanya…

    mohon vote Alin Marlini di http://alinmarlini.com/tips-buat-duit-dengan-blog-dari-seminar-denaihati/
    Alin Marlini recently posted..Jom Buat Duit dengan Jomniaga.ComMy Profile

    Reply
  • titan posted on June 4, 2013 at 5:09 pm

    sampai panjat memanjat ni dibuatnya..
    titan recently posted..5 Tips Buat Duit dengan Program AffiliateMy Profile

    Reply
  • Myra Jay posted on June 5, 2013 at 10:55 am

    Yg pepel tu I Like 🙂

    Kak, nanti dah siap pasang tangkap gambar k 😀
    Myra Jay recently posted..WW : FINAL EXAM = Final YearMy Profile

    Reply
  • Ibu Mifzal Arsyad posted on June 5, 2013 at 11:34 am

    seronoknya dpt membeli belah di ikea..sy teringin tp kat sini x de ikea..nak g sana..jauh plak..
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Wordless Wednesday : MagnumMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on June 5, 2013 at 4:51 pm

    Emm meriah lah nanti rumah aju..hehe
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #54 – Yeahh I Know, Im Not Your ChoiceMy Profile

    Reply
  • Sheila posted on August 15, 2015 at 9:42 am

    Suke jugak brg ikea. Tp bl ajak husband pegi mesti x maw. Jenuh nak kena pusing 1 ikea klau nk kua. Nasib bek ade mbr yg mmg kaki shopppibg ikea, blg la kirim dia..

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge