Selamat Hari Abah, sambutan kecil-kecilan

Selamat hari abah dan bapa untuk semua bapa, ayah, dedi seluruh dunia. Semalam saya dan anak-anak mengadakan a little surprise untuk abah.

Seperti biasa Ahad kan suami saya selalu naik superbike dia. Dan pulang dalam jam 12 tengahari macam tu. So sempatlah pagi tu kami beli kek, pasang belon bagai. Anak-anak sangat teruja nak surprise kan abah diorang.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Siap belon bagai ni ha

Photobucket Pictures, Images and Photos

Kek untuk suamiku a.k.a abah

kek selamat hari ayah

Kek biras saya kpd suaminya

Kek beli kat kedai je senang

Simple je pun, seperti biasa, kek tu adalah menu wajib ye uols!! Saya tengok dalam fb memasing post gambar kek yang unik dan cantik. Tak sempat pulak saya nak cari kek cantik macam tu, saya beli yang ready made je.

Seperti biasa kedai kek Bakers Cottage menjadi pilihan kami dan yang penting ianya halal. Saya suka beli kek kat sini sebab harganya ok dan design kek tu pun cantik-cantik. Yang pasti rasanya sedap sangat!

Plan anak-anak sangat sweet

Plan kami macam ni, anak-anak yang bagi idea ni ;), ibu menyorok belakang langsir, nanti Najiha buka lampu, bila abah masuk Najwa jerit surprise, Adam pulak peluk Abah.

Ok2 set memang cantik idea korang ni hihi.

Pandainya diorg bagi idea, sweet sangat. Sambil tunggu tu sempatlah tiup belon guna pam basikal, nak tiup pakai mulut? Mau kembong dan sakit pipi dibuatnya ;).

Tapi bebudak kan, mana tau sakit dan penat. Sebab diorang nakkan abahnya happy. Bab-bab macam ni memang excited sangatlah diorang. Sayang betul kat abah ya. Jeles i haha.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Photobucket Pictures, Images and Photos

Abah dah balik lets surprise!!

Ok jam menunjukkan pukul 11:50 pagi. Bunyi motor abah kan kuat. Ibu! Ibu! Abah balik! Abah balik! Cepat-cepat nyorok, ambil tempat masing-masing. Senyap je semua ni. Nampak bayang-bayang abah nak bukak sliding door, abah masuk je….

SURPRISE, HAPPY FATHERS DAY, ABAHHHHHH!!!!!!

Suami saya dengan muka senyum berkata, eh kawan abah ada kat luar, kawan abah kat luar tu. Ek eleeeee!!! Tak menjadikla surprise ni, malu ngan kawan pulak dia, kesian kami, abah punya reaksi tak fully excited pun.

BACA  Gambar raya kami sekeluarga ;)

Kawan suami ada kat luar nak pinjam toolbox sebab nak ketatkan skru motor dia, cissstat betullah. Kuang asam betul 😆

selamat hari abah
Seronok yang lebih tu anak-anaklah nak potong kek

Selamat Hari Abah. happy wehh!!

Hahhaa apapun lepas kawan abah balik 10 minit macam tu, abah masuk rumah semula dan excited sesangat!! Cium semua anak-anak, terharulah tu kan…Ibu dia? Cium jugaklah kan hihihihi..

Buat abah, tq for being a good husband and father. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga kami seumur hidupmu. Terima kasih sebab bekerja kuat untuk kami anak-beranak.

Untuk arwah ayah dan arwah abah mertua, sekalung AlFatihah dan doa buat kalian di sana. Semoga tenang sentiasa dan dicucuri rahmat, Aju sayang ayahhhhh….Lama betul lidah ni tak sebut nama ayahh…..

17 thoughts on “Selamat Hari Abah, sambutan kecil-kecilan”

  1. saya tak sempat nak sambut hari dedi…mala baru balik sempat wish jer…
    samalah kiter ajue dah lamer tak sebut nama ayah…rindu nak sebut nama tu…sedih terinat arwah ayah…

  2. seronoknyaaa meriah dgn kek ..
    aah kalau kek halal , sedap dan menarik akan menjadi pilihan kita kan

    abah suke .. anak2 lagilah .. dpt kek ! 😉

    eppy fathers day buat hubby mu aju !

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: