Surprise anniversary yang tak berapa nak menjadi

Salam Jumaat yang barokah buat semua pembaca ;). Semalam adalah Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 9 buat saya dan suami. Alhamdulillah dan terima kasih buat semua yang memberikan ucapan dan doa, amin semoga kita semua mendapat rahmatNya dan kekal bahagia hingga Jannah, amin.

Nak story tentang surprise saya buat suamiku yang tak berapa nak menjadi tu. Kawan-kawan pernah hantar bunga yang dibeli secara online buat pasangan anda? Bagi yang belum tu, kita serupaaaaa!!!! Bagi yang dah, anda memang romantik aummmm hihi. Bukan apa, kalau tengok harganya tu tak berbaloi dengan bunga dan coklat yang beberapa kuntum dan jambak tu. Saya ni kerja akaun, memang berkira bab duit, tapi bukan kedek atau nama panjangnya kedekut ye, cuma memikirkan dengan harga sebegitu kita boleh dapat benda yang lain lebih baik dan sepadan dengan harganya ;). Contohnya pergi makan kat kedai ke kan lagi berbaloi-baloi hehe.

Ok fine, dah 9 tahun kahwin dan ini pertama kali nak bagi bunga, apalah sangat kan. So saya letak tag nama akaun tu jauh-jauh dan saya pejam mata, tapi time nak buat payment tu bukalah mata-mata silap-silap tak jadi pulak nak buat surprise nanti ;). So saya google flower online. Yang keluar adalah website Flower to you, Blooming, dan saya buat perbandingan harga.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Cari harga yang murah plak tu hihi. So saya decide nak beli dari Blooming. Nak cari harga bunga yang RM50 ke bawah memang tak jumpalah Jah. Memula itulah budget saya, last sekali cari yang RM150 ke bawah tetapi biarlah rupa paras gift tu semenggah dengan harganya. So cari punya cari jumpalah yang macam gambar di bawah ni. Langkah-langkahnya mudah sajok. Kita kene daftar dulu, isi semua maklumat yang diperlukan seperti nama, emel, alamat dan nombor telefon. Dah siap daftar masukkan details si penerima dan waktu penghantaran. Then settle semua terus buat payment ;). Gigil juga tangan nak membayornya hahaha.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Saya letak kat situ waktu penghantaran adalah pada “bila-bila masa” sebab suami saya selalu balik lewat. So saya assume tak kisahlah kalau dapat bunga tu lewat petang pun kan ;). So apalagi debaran bermula hahaha, orang tak pernah bagi bunga online katakan!! Suami pula tak telefon or sms kata dah dapat surprise saya sampailah saya whatsapp suami.

Rupanya suami saya pergi site visit pulak dah muahahahaa. Padan muka saya heheh nak buat surprise tapi tak menjadi ;). Tapi saya ada call receptionist di pejabat suami sebab nak confirmkan diorang ada terima tak bunga yang saya hantar tu. No telefon ofis suami pun google kat internet ko, hehee apa punya isteri daaaa hehehe

Saya : Halo nak tanya, ada terima bunga untuk Zairul Umbrella tak eh Zairul Hamedi tak? (Heheheh sorry memain je tu)

Receptionist : A’ah ada, tapi Zairul dah keluar so saya pas bunga tu pada colleague dia

Saya : Ic, ok takpe nak confirmkan je

Receptionist : Siapa ni ye?

Saya : Sebenarnya saya isteri dia ( em dah macam tajuk drama tv3 ari jumaat pukul 9 malam kan hehehe)

Receptionist : oooo Happy Anniversary ye

Saya : Hahahahha Tq2 malu saya hehehe (betullah bunga dah sampai sebab dia tahu anniversary saya)

Haaaa gitulah ceritanya surprise saya yang at the end saya pulak yang surprise ;). So balik rumah semalam, saya buat tak tahu lagi. Saje nak tengok reaksi suami nanti macamana agaknya. Dalam hati tu penuh bunga-bunga sebab tak sabar nak tunggu suami cakap “owhh sooo sweetttt!!” abang dah dapat bunganya!!! hehehe gediks!!

Photobucket Pictures, Images and Photos

Dan pagi ini, inilah reaksi dari suami saya hehehe. Hehehe oklah suami suka, saya gembira 🙂

14 thoughts on “Surprise anniversary yang tak berapa nak menjadi”

  1. hahaha..sabar aje lah..ni pun dah kira surprise gak..tapi untuk diri sendirilah…hahaha..memang tergelak skan gak bila kejutan tak menjadi..

  2. Woooo…so romantic.. 🙂
    Selamat hari ulangtahun yang ke-9..semoga berpanjangan hingga ke akhir hayat..

  3. wawaaaaaaaaaaaaaaa wooooooooo

    lomantik nyeeee

    wish2 sayang2 layieee dlm msg !

    jeles2 … bahagiaaaaaaaaaaa ;))

    hubby akak x pandai bab2 nie .. hari jadi akk punn dia x ingat

    mujur anak2 ingat huwaaaaaaaaaa ngehx3

  4. Tak pe, dah kira suprise jugak tu…sweet sangat…
    Aju, spnjng perkahwinan akak tak pernah terima bunga dan tak pernah bagi bunga kat suami …huhuhu..

  5. hehehe..ok la tu….mesti dia seprais gak tu….tp aju lagi seprais kan….haha…

    sebenarnya sy isteri dia tu yg x tahan…hahah..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: