Minggu lepas sekolah Najwa ada meraikan sambutan Isra’ Mikraj di sekolahnya. Cikgu dah pesan awal-awal supaya memakai pakaian sukan kerana ada aktiviti riadah yang akan dijalankan. Oklah kira ringan sikitlah beg anak ibu hari ini ye.
Cikgu juga ingatkan anak-anak muridnya bawa #selipar jepun, uiksss nak main baling selipar ke diorang ni? Dalam hati yelah tu kot kan, pakai pakaian sukan bawa selipar jepun. Sah-sah aktiviti baling seliparlah ni, confirm!!!
So saya bekalkan air masak 500ml seperti kebiasaannya. Najwa tanya, selipar jepun tu macamana bu? Hahahah siannya… Alahai jakunnya anak ibu, betullah kan.
Kalau korang suruh anak-anak pakai selipar, jepun tu korang tak disebutkan sekali kan? Saya kata selipar yang Najwa pakai hari-hari tulah selipar jepun sayang heheheh. Kelakar rasanya bila diajukan soalan macam tu ngeeee.
Bila pulang dari sekolah, dari luar dah jerit nama ibu!! ibu!! Najwa dapat hadiah ni!! Alahai saya yang dalam rumah ni tak sabar nak tengok apa hadiah yang Najwa dapat tu. Dulu dapat juga hadiah tapi tu masa join aktiviti sukanena tahunan sekolah.
Ni Najwa dapat buku sebab dapat jawab soalan ustaz. Ustaz tanya berapakah jumlah nabi dan rasul yang namanya disebutkan di dalam Al Quran? Najwa jawab 25, ustaz kata kene cakap kuat sikit sebab takut cikgu lain tak dengar.
Lepas tu Najwa ulang lagi 25 orang. Beria-ria bercerita, senyum ibu mendengarnya. Ada 15 hadiah je bu, waktu tu ada perhimpunan Darjah 1, 2 dan 3. Alhamdulillah tahniah ye Najwa ;). Antara yang bertuahlah ni ye, yang ibu nak puji adalah keberanian dan keyakinan Najwa menjawab soalan, kalau tak yakin bukan senang nak bercakap bila ditanya kan ;).
Mesti Najwa ni mengikut gen saya ni hehehe, suka naik pentas, Alhamdulillah waktu sekolah dulu antara pelajar yang boleh dibanggakan, hehehe. Siapa lagi nak puji diri sendiri ye dak ;).
Petang ini, ada sesi perjumpaan Ibu Bapa dan Guru di sekolah Najwa, nak sign report card kata ko!!!. Hmmm tak sabar nak dengar apa komen cikgu tentang Najwa. Kalau cikgu kata Najwa dalam kelas kuat borak dan main, siap nanti balik ibu rotan kaki dia ;).
Tahniah Najwa.
Seronok bukan main dapat hadiah. Dia gembira si ibu pun rasa gembira juga kan Aju.. Tahniah Najwa.
Gitu le senaraio di sekolah kalau Aju nak tau yg kami cikgu2 ni lalui setiap hari..hadiah galakan agar anak2 kecik ni boleh fokus…
P/s: rotan, jgn tak rotan…hihik. Rotan utk mendidik,bkn nak dera
dah tiba mas autk ibu dan bapa tersenyum bangga utk ank2 mereka.
3 hadiah dapat soalan jawab satu hee..tahniah ya utk anak aju tu ๐
wah bestnya najwa dpt hadiah..mesti seronok
SYABAS KAT NAJWA..
LUCU PULAK BUI BACA GEN SUKA NAIK PENTAS TU..HAHA
Emm anak saya kenal selipar jepun..begitulah anak-anak..tak tunjuk mana satu selipar jepun tak kenal sungguh lah si anak ni..hehe..wahhh main boling selipar..seronoknya..
pandailah anak Jun..
tahniah najwa…pandai la dier…