http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/
Alhamdulillah, mulai 16 Julai 2013 yang lepas, ibu bapa yang telah mendaftarkan anak mereka untuk penempatan tahun 1 bagi sesi 2014, sudah mula menyemak nama anak di laman web Jabatan Pelajaran mengikut negeri masing-masing. Saya juga tidak ketinggalan kerana mulai tahun depan, anak ke 2 saya akan mula bersekolah darjah 1. Semakan dibuat melalui laman web Jab Pelajaran Negeri Selangor dengan klik semakan status permohonan.
Hanya masukkan no My Kid, dan paparan berikutnya akan ditunjukkan. Alhamdulillah permohonan Najiha telah diterima. Lega rasanya kerana Najiha akan bersekolah sama dengan kakak sulungnya. Perasaan? Sudah tentulah gembira dan teruja sama seperti Najwa memasuki Tahun 1 pada tahun 2012. Pada masa yang sama risau akan keselamatan mereka menaiki dan turun bas. Risau jika terus melangkah turun dan tak toleh kiri dan kanan. Saya yakin semua ibu bapa pun punya perasaan yang sama kan.
Bukan apa, bayangkan bila pergi dan pulang dari sekolah, penuh dengan motor, kereta, van dan bas depan sekolah tu. Mulut pasti bising mengingatkan anak-anak elok-elok berjalan, tengok kiri kanan, jangan berlari, jangan leka nanti tertinggal bas. Risau risau risau setiap hari. Tidak seperti zaman dulu-dulu, pergi sekolah jalan kaki, melenggang kangkung dan kadang-kadang naik basikal.
Tak sangka anak-anak saya dah besar rupanya. Umur pun semakin meningkat. Semua orang bertanya, anak-anak dah besar, bila nak tambah lagi? Nanti tak larat nak jaga malam, baik ko beranak muda-muda ni. Ye ye ye, nantilah ye, kalau dah ada saya bagitahulah ye hehehe, badan baru kurus semula, lama juga ambil masa nak turun berat ni, 3 tahun ko!!
Ok, dah selesai bahagian penempatan sekolah, dan jangan lupa pula untuk buat pengesahan ye. Maksudnya nanti bawa surat dan sahkan penempatan anak kita tu dengan pergi ke pejabat sekolah. Bawalah dokumen berkaitan untuk pengesahan tu nanti. Selesai bab 1, bab 2 pulak menyusul nanti, apalagi nak beli keperluan sekolah la pulak kan ;).
Tahun 1 pom kena isi online jugak ke kak?
Salam Aju…Bila anak2 dah mula brsekolah,br terasa anak2 kita sebenarnya dah besar.Semoga Najiha menjadi pelajar yg pintar nanti….jgn meragam hari pertama persekolahan nanti,dah la yer.Aaminn
wah… darjah satu pun daftar online…. malaysia maju.
ohh..baguslah. tahniah. tahniah..
tahniah buat Najiha…mesti dia dah tak sabar nak bersekolah dah tuh…hehe
Dah nak masuk darjah satu dah ye Najihah…cepat jer masa berlalukan…
Qis plak tahun depan nak masuk tadika..risau gak macamana nanti dia kat skool..dahlah tak pernah berpisah ngan mamanye ni…huhu..
puan aju ada berapa org cahayamata eh?
Saya tak check online lagi. Tapi dapat surat last week.
Hehe..selamat menempuh alam persekolah yer dik..jangan nakal2..rajin2 lah belajar yer..hehe
tahun depan najihah darjah satu…seronok la dier kan…kejap jer dah nak darjah satu…
Tentu najiha dah tak sabar2 utk ke sekolah bersama kakaknya..
Aha! nak kena semak pendaftaran anak saya juga. Terima kasih beri peringatan.
alaaaaaaa bestnya
tahniah najiha ….
akak lak deboor zahrien nie huhuh
alhamdulillah,,tahniah untuk najihah.
Seronok la Najiha sekolah sama dengan kakak dia..
Memang macam tu lah jadi ibu…risau tu tak pernah surut. Masa kecil risau keselamatan mereka, bila dah besar risau mereka terlibat hal2 tak wajar pula…
P/s: eloklah tambah Aju sementara muda ni….kalau sikit macam akak, esok2 tak de peneman kat rumah.
seronoklah nanti najiha bersekolah rendah..dpt kawan baru
selamat ke sekolah,semoga menjadi anak yang pandai
Aju, ni sekolah 1 ke 2? hehe