Bila suami berbuka awal dari biasa

20130712-135241.jpg
Naik MAS ada hiburan mata 😉

Berbuka awal? Abang ni dah kenapa? Kalau bebudak baru nak belajar puasa tu bolehla terima kan. Hehe bukan sebab terlupa atau tak sengaja, tapi suami saya outstation ke Kota Kinabalu, Sabah selama 2 hari. So diorang kat sana kan berbuka lebih kurang sejam awal dari kita di Semenanjung ni. Punyalah seronok berbuka awal ye bang, bila bersahur tu di rumah kami, seawal jam 5 pagi dah keluar sebab nak kejarkan flight pukul 7 pagi. Hujan renyai pulak waktu tu, bukannya boleh drive lelaju pun kan.

20130712-135228.jpg

Inilah pemandangan di hadapan hotel tempat suami menginap, lupa pulak saya nak tanyakan nama hotelnya tu. Sibuk ko tengah nak masak untuk berbuka, time tu suami waassup gambar-gambar kat sana. Rindu le ttuu kan hehehe. Sapa tak rindu, berjauhan kejap pun rasa macam setahun isk isk isk gedik nak kene lempang hehehe.

20130712-135249.jpg

20130712-135259.jpg

Seronok kan dapat lihat suasana yang menenangkan macam ni, semoga negara kita sentiasa aman sentosa. Dan doakan juga saudara seislam kita sentiasa dilindungi Allah, terutama negara yang sedang bergolak dan dilanda peperangan. Semoga suami saya selamat pergi dan pulang. Tak sabar nak berbuka sama-sama malam ni. Take care dear!!!

BACA  Kenduri sepupu di Dewan Guthrie

19 thoughts on “Bila suami berbuka awal dari biasa”

  1. Kat sana mmng berbuka awal kan…tapi sahur pun awal…
    AmbOiii dik, ni kes rindu lah ni….dah balik nanti boleh lepaskan rindu ya…

  2. penah sebulan puasa kat sabah dulu.. best oo, sahur mmg awal juga, tapi masuk kerja still pukul 8, balik kerja kejap je tunggu dah boleh berbuka.. tapi yg tak bape best, barang mahal sikit, dan pasar pun makanan tak tahu nak beli apa.. hehe.. taste berbeza..

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: