Assalamualaikum dan salam hari isnin korang!!
Mulakan hari anda dengan senyuman ye, korang mesti taknak layan sangat Monday Blues tu kan, apa kata meh layan gambar-gambar bunga api ni. Jerebu aritu sempat jugak singgah di Floria Putrajaya 2013. Sabtu, 23 Jun 2013 tu kan Majlis Peramiannya, kitorang tiba di sana jam 9 malam. Memang ramai sangat orang tapi takdelah sampai bersesak berlaga punggung. Semua pun teruja nak tengok bunga-bungaan segar berwarna-warni. Jerebu pun ramai orang, yelah bukan selalu pun kan aktiviti macam ni kan.
Jerebu pun jerebulah hehehe. Teruk betul saya kan, punyalah addicted nak bergambar dengan Nikon, cuaca tak elok pun redah jugak. Syukurlah anak-anak ok, lepas seminggu ke sana barulah nampak kesannya, selsema dan batuk silih berganti. Dalam entri ini takde gambar kitorang pun, takpe bagi korang layan gambar bunga api dulu ye. Besok barulah boleh tengok muka tuan belog ;).
Budak-budak dapat tengok bunga api suka sangatlah kan. Mata tak berkelip sambil mulut ternganga. Mana taknya dekat je dapat tengok bunga api tu meletop-letop atas kepala masing-masing ;), seronoknya lah diorang sampai besok tu pun tak habis cerita lagi.
Sumber photo : Hakmilik www.ajumohit.com cap Nikon D3100 ๐
Ok dah puas cuci mata? Ok korang boleh sambung buat kerja semula :). Tq buat suami sebab sudi layan kami tengok bunga api, pandai bahagikan masa antara motor dan kami hehehe.
penuh warna-warni gitu..bunga apinyer tu…maknyer yang seronok yekkk
Cantiknay munga api. Tak berkesempatan nak ke sini.
Hamboiii cerah mata yg mengantuk ni Aju… mmg cantik n mmg best. Kat sini x ada la event besar2 gitu. Nak tengok bunga api tunggu mlm merdeka..tak pun tunggu raya puasa ni tengok anak main bunga api cap kucing hitam yg dlm peket tu huhu
pandai bahagikan masa tu tak menahan tu…hikhik….
cun la gambar bunga api dgn nikon…kalo kamera biasa takdenya dpt gambar camni….
Cantiknye bunga api..warna warni…^^
Cantik bunga api nya….
dah ajak suami pergi…tp biasalah dia kalau tempat orang ramai…tak mahunya…hehehe..tgg tgk kat rumah jer..
Event yang bagus ni untuk dinikmati bersama keluarga maupun pacar… ๐