Berbuka puasa di Kelab Darul Ehsan, Ampang

Berbuka puasa di Kelab Darul Ehsan, Ampang

Hai hai hai

Salam Ramadan semua.

20130730-094505.jpg

Pernah berbuka puasa di sini? Macamana rasa dan hidangan lauknya? Sepanjang Ramadan, inilah kali pertama saya menikmati hidangan di luar. Kebiasaannya masak sendiri je sebab air tangan ibu adalah yang terbahek untuk keluarga yang tercinta.

Lagipun saya tengok harga lauk pauk kat bazar ramadan mahallah, ayam seketul RM5, ikan pun macam tu jugak, baik saya masak lagi berbaloi-baloi sangat dan tahan sampai ke sahur.

berbuka puasa di kelab darul ehsan

20130730-094522.jpg

berbuka puasa di kelab darul ehsan

Saje je kali ni saya nak belanja suami dan anak-anak sebab selalu asyik pow suami je kan, kali ni pow ibu pulak kan. Terbahek punya powww!! Hihi. Tempat ini recommended by my hubby’s friend.

Sedap agaknya kan. Sementara tu jom layan gambar-gambar ini. Pertama kali jejak kaki ke sini, tempatnya luas. Ada swimming pool, syukurlah bebudak tak sibuk nak ajak mandi.

20130730-095156.jpg

Saya pilih untuk duduk di luar dan dekat dengan makanan hahaha. Anak-anak ramai so better kat suasana yang bising-bising dan senang nak berulang ambil makanan, air dan pencuci molot ;).

Kita memang kene book awal bagi mengelakkan kene bersila tepi pool, takla mana-mana tempat pun kene tempah awal kan, so senang diorang nak manage tempat kita tu. Senang je, just call diorang book tempat then bayaran dibuat sewaktu korang tengah makan tu. Diorang akan datang meja ke meja untuk kutip bayaran.

berbuka puasa di kelab darul ehsan

berbuka puasa di kelab darul ehsan

Memang banyak menu yang disajikan dan kambing golek itu adalah terbaik. Anak-anak siap boleh lari-lari lepas makan, nak bagitau selesanya tempat kat situ. Surau pulak sebelah je dengan tempat makan kitaorang. Hmm terbahekk pilihan makanan kat sini. Rasa macam nak lepak sampai sahur je hihi

20130730-095214.jpg

20130730-095224.jpg

Si Abah sedang memerhatikan Adam yang sampai menjilat mangkuk eskrem tu ha. Sedap sangat ye adam? Pencuci mulut pun banyak kat sini. Daripada buah hinggalah ke kek, agar-agar, puding dan aiskrim, nyummy!!
Di bawah ini adalah harga buffet tersebut. Sesekali cuti dari memasak sangat-sangat melegakan. Tapi balik berbuka tu masih juga masak ringan-ringan untuk sahur le pulokk!! Itu sahaja cerita kami berbuka puasa di Kelab Darul Ehsan. Koranag berbuka apa tu?
harga buffet berbuka puasa di kelab darul ehsan

14 thoughts on “Berbuka puasa di Kelab Darul Ehsan, Ampang”

  1. Rambang mata tengok semua makanan tu..kalau boleh nak rembat semuanya..hihihi..
    Sesekali berbuka kat luar, mmng bestkan….

  2. waa bestnyer….kemain sedap nengok kek tu…senangkan kalo ader tempat anak2 boleh bebas tempat solat pun dekat tu yang penting…boleh ler lepak lelama kan…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: