Assalamualaikum
Tajuk entri tu bukan pantun dua kerat ye korang, tapi gabungan nama makanan dan ucapan selamat berpuasa buat korang semua ๐
Ha dah macam sabut pulak timbul tenggelam saya ni. Tak sempat nak publish entri baru, kelam kabut kengkononnya ;). Semalam saya keluar visit ke Pahang. Uishhh letih ko!! Sebelum nak menyambut Ramadhan ni selesaikan tugasan luar dulu, kalau tak letih juga nak outstation di bulan puasa kan. Kalau bulan tak puasa ni, bolehla singgah mana-mana port makan sedap tu hihi. Macam semalam kami singgah makan di Temerloh yang femes dengan ikan patin masak tempoyak. Uishhh nallerekek kata ko!!! Singgah di Gerai Makan Pak Usop yang terletak di sebelah kedai jahit mesin Singer. Ha wajib ingat landmark tu jangan korang cari mesin jahit jenama lain ye ;).
Kiranya ini pertama kali saya makan di sini, nama je orang pahang kan, ish malu kat member saya yang sorang tu, dia yang dari KL pun tahu tempat makan ni. Memang Temerloh ni sinonim dengan ikan patin ni, tapi tak sangka pulak ada air yang meletop tu, Air Jagung slurpppppp!!! Maaf ye kalau korang terliur, saya nak gambarkan kesedapannya tu ngeeee.
Harga pun berpatutan, ikan patin tu kami ambil separuh dan share berdua dengan kawan perempuan saya tu. Kalau lelaki saya rasa pelahap dia lebih, so mungkin separuh untuk korang sorang jelah kot hehehe. Sedap, terbaik dan nyummy untuk ikan patin dan air jagung tu. Rasa macam nak pergi lagi muahahahaha. Orang ramai toksah ceritalah kan, benda sedap!! Mestilah kene beratur nak ambil ikan dan nak makan pun kene tunggu giliran. Semalam tu takdelah tunggu lama sangat, yang dah siap makan tu pandai-pandai je angkat montot sebab nak bagi peluang kat orang lain pulak nak makan ;).
Saya tak sempat nak snap gambar banyak-banyak untuk tatapan korang. Pemalu pun ye, ishh seganlah kat orang Temerloh hehehehhe. Tak boleh jadi blogger JJCM lah saya ni ;).
Oklah selesai bab makan ye korang, besok kita dah nak berpuasa dah. Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat berpuasa buat semua. Saya juga nak memohon kemaafan jika ada tersalah dan terkasar bahasa yang tidak saya sedari. Semoga Ramadhan ini memberikan rahmat dan keinsafan buat semua.
Gambar Raya Tahun 2011
saya tak makan ikan patin, atau ikan sungai..ntahlah tekak takde selera.
wahhh bestnya dapat mkn ,nyumnyumm dah lame x mkn
Sedapnya.
Salam ramadhan & selamat berpuasa aju.
Air jagung tu memang menggugat selera saya..
selamat berpuasa buat Aju sekeluarga yer…:)
Sedapnye air tu…tergda tengok.. ๐
Salam Ramadhan Aju..Moga ramadhan kali ni memberi seribu makna buat kita..^^
Ini buat rasa nak berbuka esok dengan ikan patin…heee
selamat menyambut ramadhan dan mula berpuasa esok.
Wowww!! air jagung tu nampak best sangat ๐
Lizz kalo balik pahang ader gak singgah makan sini…tapi x pernah minum air jsgung tu…Selamat berpuasa ajue…
Akak kalau air jagung biasa2 tu memang tak leh jalan…tp nengokkan yg kat sini, fuyoo bikin kecur air liur. Patin tempoyak memang marvelous ,suke sgt
1st time rasa patin masak tempoyak, sedap juga…
siap angkat kaki lagi tu laki bini. haha..
tahun lepas kaler hijau..tahun ini kaler apa pula..hahaha..laju jer tanya pasal tema raya…Selamat Berpuasa Aju
bukan setakat air, ikan patinnya pun, macam sedap aje.. hehe. aduh, puasa ni.. hehe
tak sanggup tgk lama2…scroll terus sampai bahgaian komen…
air jagung tu marvelesnye!!!!!
Auuu so sweet..hehe..semoga berbahagia sellau yer..ikan tu nampak best..memang dugaan di tengahri ni..hehe