Assalamualaikum
Sebelum saya meneruskan penceritaan saya ini, keizinan sudah dipohon dari encik suami untuk memaparkan kisah tragis yang sungguh sedih dan menyayat hati ini. Kesedihan yang membawa kepada kemurungan dan membuatkan suami saya tidak lalu makan dan tidurnya juga tidak selena dahulu. Pheww susah saya nak mulakan cerita ini. Tapi kalau korang tengok gambar kat bawah ni mesti korang faham macamana perasaan tuan punya kereta kan.
Ceritanya bermula begini….(sambil menarik nafas untuk memulakan cerita)………..Suatu pagi tu, suami saya memandu keretanya untuk menghadiri mesyuarat di Putrajaya. Jalanraya tidaklah sesibuk jalan di Kotaraya Kuala Lumpur. Suami memandu di lorong tengah sambil mendengar lagu raya di radio. Tiba-tiba mata suami terpandang akan sebuah kereta yang sangat laju di lorong kanan. Dari lorong kanan, kereta tersebut masuk pula ke lorong tengah dengan kelajuan 140 km/j. Giler laju kereta tu, suami tidak sempat mengelak atau berbuat apa-apa. Semuanya berlaku sekelip mata dan akhirnya kereta tersebut telah menghentam belakang kereta suami.
Bila dihentam kuat tu, suami saya memperlahankan kereta dan berhenti di tepi lebuhraya. Kereta hilux hitam tersebut juga memberhentikan kenderaannya di belakang kereta suami. Suami tidak terus keluar dari kenderaan, sebaliknya menunggu si pesalah keluar terlebih dahulu. Bimbang jika ianya kemalangan dirancang atau motifnya untuk merompak. Bila yang keluar itu pemuda &&%%$### dan tiada kelibat orang lain, barulah suami saya keluar berdepan dengannya.
Umurnya masih awal 20an, katanya mengantuk! Baik punya alasan diberi, jika tahu mengantuk boleh tak berhenti tidur dulu daripada menyusahkan orang lain. Suami kata dari gayanya tu ada kemungkinan pemuda tu dalam keadaan mabuk. Geram saya melihat gelagatnya tu.
Syukur suami tidak cedera, tapi masih lagi trauma dan dalam keadaan terkejut. Laporan polis dibuat sejurus kemalangan, dan his wish was sent directly to the workshop. Katanya dalam masa seminggu segalanya akan siap. Sempat ke nak siap sebelum raya ni ye? Moga-moga segalanya dipermudahkan hendaknya. Dugaan bulan puasa tahun ini, terus diri ini memikirkan pasti ada kesalahan yang kami lakukan tanpa disedari. Semoga segalanya baik-baik sahaja dan mengikut perancangan yang kami jadualkan, semoga Allah merahmati kita semua amiinnn.
Dugaan nak raya. Sabar ye jun. Sedih la jugak kan bila dah jd camtu. Org lain punya pasal kita yg jdmangsa kan.
nasib baik takda pe2 yg berlaku..
alahai.. dah nak raya ni, sabar ya.. keta kami lak terkena sblm puasa, hampir 3 minggu baru siap
Sabar ya dear…
Sabar, ada hikmahnya tu…apa2 pun syukur, x de yg cedera. Hrp2 cepatlah dpt dibaiki
Banyak bersabar. Dugaan itu tentu ada hikmahnya, insyallah.
mengantuk tp baw laju…alasan tak logik… mujur suami aju tak apa-apa…
Insya-Allah sempat tuh siap sebelum raya , semoga semuanya dipermudahkan…amin…
aduhh sabar ye aju ..
mujurlahh semua selamat …
memang dugaan dik ..
dugaan Jun sabar jelah saya pun dah merasa pengalaman macam ni, memang sedih tapi kita claimlah insurans dia..
Assalamualaikum.. kesiannya, tak pepasal kereta awak jadi mangsa kan.. hhmm next time hati2 yaaa ๐
Salam Aju,Alhamdulilah,tiada kemalangan jiwa berlaku.Org muda klu bawak kete..mmmg la…laju bkn main,bkn nk fikir pengguna jlnraya yg lain.
Alhamdulillah suami Aju ok. Tgk wish tu pun dah boleh faham keremukan tuan keretanya. Harap2 cepat ler siapnya.
Bahaya betullah budak2 ni bawak kereta…harap budak tu kena saman kaw2 ngn polis utk pengajaran
wahh..siap ada reben lagi tu..
nasib baik suami ajue tak apa2…..banyakkan bersabar yer ajue…
alhamdulillah tak ada yang cedera..
syukur suami aju selamat.
Alhamdulillah semuanya selamat. Kejadian yang sama juga berlaku kat aku masa bulan puasa beberapa tahun lalu masa on the way nak balik kampung untuk berpuasa di kampung… Lagi teruk dari kes ni sbb kereta aku remuk teruk.. Insyaallah leh cepat siap sbb aku punya kereta yang teruk pun boleh siap dalam masa 2 minggu..
Alhamdulillah tiada yg buruk berlaku, tapi tula nak kena repair pula kereta tu, bukan makan masa yang singkat.. sabar ye kak
Alhamdulillah tak apa2. Remuk juga hati tgk keta mcm tu. Sama mcm kes saya tahun lepas. Accident dekat nak raya.
Emm kenapa kepala tu besar sangat?haha.betul2 tidur je kat tepi jalan daripada cium punggung kereta orang..apalah…