Korang dah ke shopping baju raya?

20130718-080105.jpg
Dari SACC Mall nak ke Plaza Alam Sentral

20130718-080136.jpg

Ahad lepas kami sekeluarga ke Shah Alam untuk beli baju Melayu suami dan si Adam. Ha orang perempuan cepat bab shopping ni tau, lelaki kene ikut cara kami ni hehe. Saya dengan anak-anak perempuan dah ada baju raya. Senang kalau dah siap beli barang awal-awal kan ;). Shopping dan mencari barang di bulan puasa memang mencabar keimanan dan kesabaran. Nak pulak bawak anak-anak, memang pakat nak minta berbuka je semuanya ;).

20130718-080150.jpg

Dalam Plaza PKNS

Tempat yang kitorang selalu pergi nak cari baju melayu adalah sekitar Shah Alam, suke sangat environment kat situ, pilihan baju-bajunya menarik dan tertarik. Kat Jalan TAR pun banyak juga pilihannya tapi expectation saya mesti orang lagi ramai kat sana, so tu yang kami ke Shah Alam tu. Kat sini banyak juga shopping complex, SACC Mall, Plaza PKNS dan Plaza Alam Sentral. Banyak shopping complex, orangnya pun banyak juga, tapi keadaan masih terkawal, tak macam kat Sogo aritu hehehe.

20130718-080235.jpg
Apsal mata saya terbuntang tu ehehe

20130718-080203.jpg

Najwa pun tolong carikan 😉

Pada saya, antara 3 mall ni, baju melayu adalah banyak pilihannya di Plaza PKNS. Suami dah berkenan design satu baju ni, sedondon dengan si Adam. Harga baju abah adalah RM189 dan Adam pula RM89 untuk umur 3-4 tahun. Memang sedondon sangat!!!! ;). So mula-mula suami dah setuju nak beli baju tu, tetiba dia ubah fikiran pulak. Katanya suka yang ada sulam di poket dan leher baju, alahai cerewet sungguhhhhlaaahhh. Saya kata ikut suka abangla, tapi kalau bukan sekarang bila lagi nak shopping kan. Katanya nanti beliau akan cari baju tu sendiri. Owhh taste abang!!! Macam nak cari baju nikah ko!! Pui Pui Nauuzubillahhh 😉

BACA  Daun semambu mengubati chicken pox

20130718-080223.jpg

Takpelah taste masing-masing kan berbeza, lagipun raya setahun sekali, biaq pi lah nak baju lagu mana pun kan. Yang penting si Adam dah dapat songkok dan sampin yang beli kat Tesco tu. Comel ko!! Harga dia RM10 untuk songkok dan RM13 untuk sampin. Mak pak ceria, anak-anak gembira.

20130718-094019.jpg

Korang macamana pulak? Dah ke settle bab baju semua ni? Nak tanyalah korang pernah shopping online di Zalora? Saya belum pernah lagi, tapi biasalah cuci mata di website diorang ni. Bila bercerita tentang Zalora apa yang anda fikirkan? Baju? Kosmetik? Handbag? Kasut? aksesori? Semua pun ada di jual di sana kan. Saya selalu duk usha kasut peep toe tu. Macam-macam jenama dan design yang ada, dari harga yang murah hinggalah mahal. Ikut kemampuan poket masing-masing berbelanja kan.

20130718-094030.jpg

Nak raya ni saya tengok rekaan baju kurung moden dan peplum cantik sangat kan. Macam-macam bentuk dan warna. Sesuai dengan tema kaler untuk raya tahun ini. Mana tahu kalau korang berkenan kan, saya kan suka kongsi kecantikan bersama ni hehehe, bolehla korang ke Zalora untuk beli Baju Raya

19 thoughts on “Korang dah ke shopping baju raya?”

  1. akk awal2 dah settle dik
    baju2 mereka nie tempah aje ..
    baju lain awal2 sblm puasa dah beli 😉

    seronok anak2 kan .. ramai org tul ..
    nie yg x sanggup huhu

  2. oklah tu husband akk nk beli sdri..kalo husband sy nkkena ada sy jugak..mujur tk cerewet..pilihan color, jenis kain smua bg kepercayaan penuh pd bini dia..ekekeke

    color apa tu tahun ni? hiks

  3. baju anak tinggal nak jahit jer…baju jubah saya lum potong kain aduh malas pulok..bapanya kata sy nak baju lama tu jaga heee.awal shoping mem kita ni

  4. Dah lama akk x pegi pkns shah alam tu aju. Masa keje kat kompleks dulu dok ulang pi situ la. Memang meriah pun kat situ dulu kini dan selamanya. Entah bila la nak pi ke situ lagi. Tak dak orang nak bawak la.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: