Alhamdulillah hari ini dapat bersama-sama mendengar kuliah agama yang telah disampaikan oleh Ustazah Zawiyah Hassan. Kaum lelaki pergi dengar khutbah dan solat Jumaat, jadi kaum muslimat pula mendengar majlis ilmu yang amat bermanfaat. Bila bertemu dan mendengar ceramah dari ustazah, rasa semangat dan seronok sebab biasa menonton kat tv je kan.
Tajuk yang dibincangkan bersama adalah tentang haid. Banyak sebenarnya yang saya tak tahu tentang tajuk ini. Apa yang boleh dan tak boleh, apa yang tak patut dilakukan. At least pendedahan sebegini menyedarkan semua tentang tanggungjawab terhadap suruhan agama.
Lelaki pun jangan ingat tak perlu tahu tau, anda juga wajib tahu. Bukan apa, kadang-kadang isteri atau anak-anak perempuan ni terlupa dan terleka, lalu sudah melewatkan untuk mandi hadas bila haid dah kering. So peranan suami atau ayah amat penting di situ, yelah melibatkan dosa dan pahala kan.
Segan pula nak kongsikan di sini, nanti korang google sendiri boleh ye ;). Saya tahu ilmu bermanfaat wajib dikongsi tetapi saya segan nak cerita directly kat blog. Ok serba sedikit tentang biodata Ust Zawiyah.
Biodata: Beliau adalah penceramah dan pendakwah bebas. Jawatan terakhir beliau adalah Penolong Pengarah Kanan Jakim Bahagian Keluarga Islam . Sebelum itu beliau ialah Ketua Penolong Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk (NCR) , Jabatan Agama Islam (JAWI), KL. Sering dijemput menjadi panel Forum Perdana dan program “Semanis Kurma” (TV9).
Seorang penulis buku bertajuk “501 Persoalan Fikah Wanita” dan “501 Persoalan Perkahwinan Dalam Islam” bersama Puan Rohayati Bakeri keluaran PTS. Menjadi salah seorang Mursyidah dalam program “Ustazah Pilihan” (Astro Oasis).
Pernah menjadi kolumnis ruangan Keluarga, Mingguan Wanita untuk tempoh lebih kurang 2 tahun. Sekarang beliau menjadi penceramah bebas mengendalikan kelas-kelas mingguan muslimat terutama di Selangor dan Wilayah Persekutuan.
pengisian bermakna di hari jumaat..
ok. kena ambil tahu. ok. ok..
seronok rasanya apabila ada usaha untuk mengisi jiwa dengan hal2 begini …
pengisian rohani yang perlu dimanfaatkan…
salam nuzul alquran dan salam ramadhan dari bunda…
Bestnye dapat dengar ceramah ustazah Zawiyah ni secara live..untung Aju..
Setakat ni tahu sikit2 je..kena ambik tahu jugak kan walaupun sedikit..
Hadir ke majlis ilmu di bulan ramadhan lebih banyak ganjarannya
terbaiklah!
bagi saya, suami org no 1 kena tau. wajiblah kiranya =)
Setuju tu, samada lelaki atau perempuan kena tahu pasal haid ni Semua akan terpaksa berhubungan dengan pasangan masing-masing, tak dapat mengelak. Ada belajar mengadah kitab pada tok tok guru agama di kampung dulu. Nasib baik buku rujukan masih ada, boleh rujuk bila perlu.
soal ilmu tolak tepi malu kerana jika berdiam diri boleh membawa padah..
Emm belum kawin dulu tak tahu langsung..tapi lepas kawin, semuanya akan tahu..haha…
selalu juga nampak kat tv ustazah ni.
Ustazah ni best dah kelakar sangat.
Thank u for sharing,
Salam Ramadhann, kalau turun Bangi singgah lah beraya hihi
Seronok kan kalau ada pengisian ilmu macam tu…
baguskan ajue dengar ceramah bolehla menambah ilmu kitakan…
yep..betul tu..lelaki juga kena ambil tahu.
ada x no tipon ustazah zawiah?
dulu saya ada no beliau, tapi maybe beliau dh tukar no kot psl sms tidak berbalas.