Ahad lepas misi mencari baju melayu abah dan Adam diteruskan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL a.k.a Jalan TAR. Misi minggu lepas di Kompleks PKNS Shah Alam tak tercapai, makanya diteruskan pembawakan misi tu ke minggu ini pula. Kami sampai di Jalan TAR jam 9 pagi, memang itulah rutinnya kalau nak ke sini, wajib datang awal untuk elakkan kesesakan.
Permulaannya saya bagi peluang pada suami untuk cari baju melayu. Saya dan anak-anak perempuan tunggu dalam kereta. Bukan taknak ikut tapi saya confirm kalau semua ikut, mesti tak jumpa benda yang nak dicari. Yelah kalau dah ramai-ramai tu macam-macamlah kerenahnya kan. Yang tu tak kena, yang ni letih haus, nak berbukalah apalah. So duduk dalam kereta dendiam ye korang. Tengoklah tu si Adam comel dengan abah jenjalan cari baju melayu ;).
Owh orang lelaki kalau cari barang tak lamalah uols, 40 minit macam tu. Tak sempat saya nak beradu, diorang dah sudah shopping. Emm bagus! bagus!! Sebab lepas tu giliran saya pulak cari barang hahahahahah!!! Saya nak cari tudung saya dan anak-anak perempuan. Yang bestnya saya pergi sensorang je, yang lain semuanya pakat tunggu dalam kereta ;). Sistem giliran macam ni memang bagus ;).
So saya kalau dah dapat lampu hijau, emmpphhh 2 jam pun tak cukup. Tak penat pulak rasanya jalan-jalan cuci mata di bulan puasa. Tak kering tekak macam hari biasa tu kekeke. Seronok tengok orang meniaga macam-macam dah dekat nak raya ni. Baju semuaaaaaa cantik-cantik!! Tudung, selendang, selipar budak, aksesori rumah langsir, telekung semua ada. Macam-macam warna!! Seronok!!!
So lihatlah kak Ton mencuba tudung ala-ala selendang ni. Saya suka mencuba, beli atau tak belakang kira. Yang saya pakai ni harganya RM45 lepas less harganya ialah RM40. Siyes cantik!! Senang nak bentuk lilitan tu, silang pangkah je uols!! Macam-macam kaler ada, rasa nak beli sekodi je tapi siapa pulak nak pakai banyak-banyak tu kan?? Kalau saya jual korang nak beli tak? muahahahahaha!!!!
So persiapan baju kurung dan baju melayu kami semua sudah siap sedia, kuih muih juga sudah siap ditempah, tinggal nak bayar je, huiishhh menggigil tangan nak hulur duitnya ;).
amboi.. cantiknya tudung.. hehe
cam nak ke sana gak la.. ๐
lizz tak nyopink lagi baju raya hujung2 puasa baru na gi nyopink…
Alahai dik, akak yg tengok gambar pun rambang mata…nasib baik tak pergi sana..kalau tidak mahunya memborong sakan..hihihi
Ye lah dik, cantik tudung tu…
cantiknya Aju pakai tudung tu..
memang comel macam kak Ton..
kak yus beju melayu/kurung semua pun dah ready, baju casual anak2 pun da ready, kasut dan kuih muih je belum.
Wah! Meriah raya Aju sekeluarga tahun ni ye..
lah diorang tggu dlm kete tu tk boring ke kakak kemain lama lg tggu mama dia soping..ke depa tido smbil tggu mama? sy tk daya nk pgi jln tar dgn anak2 dgn berdukung lg..haihh tringin sgt nak jln2 ngn suami kt jln tar smbil cri brg raya mcm tahun pertama kahwin..hiksss..
dulu selalu gak terjah jalan TAR setiap kali nak shopping raya , tapi sana memang sesak lah…sejak berkahwin tak pernah lagi ke sana…
Saya tak terfikir langsung teknik ikut giliran keluar beli barang kat situ. Memang bagus sangat idea tu. Selepas ni nak buat giliran mudah dan tak penat. Terima kasih bagi idea!
Betul la.. sistem gilir gilir mmg baik.. nmpk mcm smooth je aktiviti shopping tu.. ๐
aii..jumpa jugak cermin tuuu..
Banyaknya tudung-tudung…Kalau rajin kena jalan jalan jugak dekat Jalan TAR kan…Malas nak gi sini kalau sesak ramai-ramai. Terus pening tatau nak beli apa…Hehhe
Wah misi yg cukup seronok ni… biasa akak buat rombongan,semua ikut. Last2 akak punya yg belum dibeli …huhuhu ๐
Kalau isteri mesti dah rambang mata nak pilih….
saya baju raya, tudung raya homemade sndiri..cuma kasut saya akan beli 2 pasang mesti ada nghee..utk anak kena cari..
wah puan aju sempat berpose dopan cormin..dah tu tahun ni tema warna apa?
BAJU MELAYU HUBBY DGN FIRHAN DAH BERES,CUMA BAJU KITA DAN FILZAH JER BELOM LAGI..TGGU GAJI ESOK,BARU G BELI..HEHE
SELAMAT HARI RAYA AJU..MINTA MAAF JIKA ADA TERSILAP SELAMA BERKAWAN DI ALAM MAYA NI..^_^
Tiap-tiap nak raya memang shopping baju raya kat jalan TAR ni. tahun ni tak tahu lah, Tunggu Suami bagi kata putus.
tak pergi lagi ke Jalan TAR ni..ingat nak gir serbu malam raya..hehehe..ema pun nk cari macam selendang…. wah, baguslah ada sistem giliran camni
mcm tenang sikit g pagi2…aanie biasa g mlm…tp tau2 lah kan mcm mana orgnya time mlm….
untungla husband x cerewet….kalo husband aanie shopping, mengalahkan kita org pmpn ni….hohoho…
amboiii..shopping sakan..hehehe
kudungnya bagus-bagus sangat nih!!!