Categories: Umum

Pandangan jelas terang dengan Kanta Lekap

Kanta lekap.

Sebenarnya suami saya dah lama nak pakai kanta lekap ni, beliau sangat aktif bersukan, jogging, badminton dan naik motor. Aktif tapi tak kurus jugak hihihi maaf terkutuk di situ ;). Dah 2/3 kali juga buat spek baru.

Dulu tu spek kene langgar dengan kereta sebab jatuh waktu berlari dan lepas tu patah sebab tersepit kat helmet ketat kat pipi tu. Haishhh banyak juga belanjanya kalau bercermin mata ni.

Tapi kalau tak pakai, susah nak buat kerja ke sana kemari, dah namanya rabun kan, dah semestinya tak selesa langsung nak bergerak kalau deria penglihatan tidak jelas.

So suami kata sudah tiba masanya untuk abang berwajah baru. Echechehhhh tak menahan ayat suami saya ni. Sungguh geli kat pangkal rahim saya hihihihi. So masa singgah Giant minggu lepas, masuklah ke kedai Optikal yang dirahsiakan namanya ;).

bukan nak rahsia sangat pun, sebenarnya saya lupa nama kedai tu hihi. So belek-belek mana satu jenama yang bagus. Tak pernah beli kan, so macam-macam soalan keluar. Yang mana satu bagus, apa kelebihannya?, macamana nak menjaganya? berapa lama boleh pakai?

Akhirnya suami pilih kanta lekap yang berjenama. Ada 3 pasang untuk dipakai selama 3 bulan, maksudnya sepasang tu untuk sebulanlah ye. Harga RM130, dan kene beli air solution tu pulak untuk mencuci kanta lekap tu.

Saya yang beria sangat bertanya salesgirl tu sebab saya tahu saya yang akan jaga lens tu. Suami saya ni ala-ala manja kan #tangandidadamatakeatas hihi. So bila dah jelas dengan penerangan mereka, suami pun mencuba untuk memakainya.

Susah juga ye Jahh!! Kesian saya tengok suami saya sampai nangis-nangis nak masukkan lens tu. Rasa nak tolong je hehehe.

Cara nak pakai tu, korang letak lens tu hujung jari, tengok bukaannya tu leper ke melengkung. Kalau melengkung bulat tu maknanya lens dalam keadaan yang betul. Then buka mata dan sumbat je lens dalam mata.

Tutup mata, buka mata, tengok kiri, tengok kanan, tengok atas, dan tutup mata semula. Bila tutup mata, gosok perlahan kelopak mata untuk selesakan kedudukan lens di anak mata korang ye. Eh, lens tu pandai ekjas diri dia masuk dalam anak mata kita tu tau, hhehhehe first time uollsss!!!

Yang penting sebelum pakai dan cabut kanta lekap tu, tangan mestilah sentiasa bersih. Yelah mata kita ni very sensitive uolss, saya ada google beberapa tips untuk penjagaan kanta lekap ini. Antaranya ialah:-

1. Gosok dan bilas.
Gosok dan bilas kanta lekap selepas setiap kali korang memakainya.

2. Basuh tangan dengan air suam.
Sentiasa basuh tangan dengan air suam dan sabun sebelum kendalikan contact lens. Kesan daripada losyen, sabun atau bahan kimia yg boleh melekat pada contact lens akan menyebabkan kepedihan atau penglihatan yg akan kabur apabila contact lens berada dalam mata. Jadi, keringkan tangan korang dengan towel yg bersih dulu.

3. Jangan simpan lebih daripada seminggu.
Kalau korang dah menyimpan kanta lekap lebih daripada tujuh hari, rendam dahulu dengan disinfektan sebelum memakainya semula.

4. Jangan guna air paip.
Jangan gunakan air paip untuk menyimpan kanta lekap. Ia boleh merosakkan kanta lekap dan mengundang infeksi kepada mata.

5. Jangan letak berdekatan tandas dan bilik air.
Udara di sekitar tandas dan bilik air boleh menyebabkan kontaminasi kepada kanta lekap. Pastikan korang meletakkannya di dalam bilik tidur atau tempat lain yang selamat.

6. Jangan pakai ketika berenang.
Air di kolam renang juga berisiko memberi kontaminasi kepada kanta lekap. Seeloknya, gunalah goggle sekali kalau betul-betul korang tak nampak dan tak mahu tanggalkannya.

7. Pakai cermin mata hitam.
Pakai contact lens boleh menyebabkan mata korang menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari. Pakai cermin mata gelap dengan jumlah perlindungan UV atau topi tepi luas apabila dibawah cahaya matahari.

8. Jangan pakai ketika tidur.
Jangan tidur dengan contact lens di mata korang. Ketika mata ditutup, air mata tak dapat bawa oksigen yg sihat ke dalam mata, seperti semasa waktu korang terjaga. Ditambah lagi, waktu tidur korang tak tahu apa yang berlaku kan. Better buang sebelum tidur.

Jadi setelah seminggu memakai kanta lekap ni, suami kata macam diberi mata baru je. Sedih saya dengar isk isk isk.. Selesa dia nak bersukan bagai, tapi sayalah yang akan memakaikan dan menanggalkan lens tu dari mata suami.

Saya juga akan cuci dan simpan lens dalam bekasnya. Seronok juga sebab terasa kemesraan kami di situ, hihihi. Siapa lagi nak jaga suami kalau bukan si isterinya kan kan kan!!! Larikkssss!

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View Comments

  • Kalau dah dewasa bolehlah sebab tahu nak jaga.

    Anak dara sulung kakak dulu pakai contact lens ini Aju. Tapi dah setahun kakak tak benarkan sebab di asrama bimbang tak ada penjagaan rapi. terpaksa pakai cermin mata (ta cantik tak apa janji selamat)

  • dapat mata baru ye.. hehe..

    dulu2 terigin jugak nak pakai, tapi tgk kengkawan susah je, seriau pulak nak pakai, pakai cermin mata lah..

  • hihi...bujang2 dulu koi pernah pakai...nak melawa punya pasal asyik kena tinggal bas nak pegi kuliah jer...apa taknya...lama betul nak masukkan menda alah tu dalam mata

  • akak ada juga rasa teringin nak pakai, maklumlah mata pun nak masuk kategori tua dah..hu hu hu tapi rasa macam tak berani jer nengokkan org masukkan dlm mata...sakit

  • leceh jugak yek nak jaga kanta ni teringin gak pakai Kanta lekap ni tapi tak menjadi tak tahan pedih giler mata..tak biasa hehe...tapi biler nengok org pakai cam best lawa lak tu...

  • Heheee sweet jugak tu kak Aju :)

    Akan mengeratkan kemesraan :)

    Selalu yg pakai lens akan buat sndiri, ini kak Aju yg buatkan ;D

  • AMBOIII..UNTUNG LA SOMI..HAHA
    BUI SEKARANG TGH TRY ELAK PAKAI LENS SEBAB MCM ADA KESAN BURUK JER
    NOW,TGH BERJINAK2 BALIK PAKAI SPEK..HEHE

  • siap dipakai dan dibukakkan kanta lekap tuh..?? agak melampau di situ...haha tak pernah dengar lagi customer PM diperlakukan begitu...manja betul...haha

Recent Posts

Pengalaman jual kereta terpakai online di Mudah.my

Pengalaman jual kereta terpakai online di Mudah. Selepas 12 tahun bersama Savvy, barulah terasa nak…

January 5, 2021

PG Mall Countdown Sales serendah RM1 dan penghantaran PERCUMA!

PG Mall Countdown Sales.  Year End Sales memang waktu yang ditunggu-tunggu setiap hujung tahun. Semua…

December 30, 2020

Riadah Taman Tasik Perdana KL, makin cantik tempatnya

Riadah Taman Tasik Perdana. Dah lama betul tak beriadah ke sini. Dah 3 ke 4…

December 27, 2020

3 tips simpan telur supaya segar dan tahan lama

3 tips simpan telur supaya segar dan tahan lama. Sejak-sejak berdiet ni, memang saya amalkan…

December 18, 2020

Aplikasi Islamik Qalby dari Mizz Nina. Jom pakat download

Aplikasi Islamik Qalby dari Mizz Nina. Sejak dah uninstall Aplikasi Muslim Pro, memang tercari-cari aplikasi…

December 10, 2020

Rak periuk bawah sinki, versi jimat tapi kemas

Rak periuk bawah sinki. Versi jimat tapi kemas. Bertemu lagi dalam tips dekorasi. Don’t forget…

December 8, 2020