Alhamdulillah bulan puasa ni rezeki ada je, walau bukan hadiah yang bernilai ribuan ringgit namun keikhlasan orang yang sudi memberi tu sangat-sangat dihargai ;). Minggu lepas saya ada join giveaway suka-suka oleh blog ibulala. Nama pun suka-suka kan, memanglah yang join tu suka sangat nak dapat hadiah. Sapa tak suka beb dapat hadiah free, saya kalau orang bagi duit terpijak memang seronok sangat. Hari-hari saya pergi Sogo hehehehe.
Ha ni nak cerita, tak sangka nama saya boleh sangkut untuk hadiah di blog ibulala tu. Alhamdulillah terima kasih pada yang ucapkan tahniah tu, rasa macam Jah menang award pelakon terbaheekkk hehehhee. Saya punya suka tu, sampai balik sambil drive tu tersenyum sensorang. Teringat komen kak http://apacerita.com/, apa jampi serapah saya pakai? Hahahaha jampi ya insun matek aji semar nginseng…hehehe..Takdelah jampi apapun kak, ini namanya rezeki kan hihi.
Lepas tu, balik rumah pulak, si Najiha kata dia menang pertandingan mewarna, ish anak-anak saya memang suka sangat aktiviti mewarna ni. Korang boleh tengok entry di sini tentang pertandingan kaler yang diorang pernah join. Saya suka sangat bab-bab cenggini, naik syeh kata ko!! hehehe saja nak memupuk minat tu dalam diri diorang. At least kalau dapat hadiah, ada motivasi dalam diri untuk buat yang lebih baik pada masa akan datang kan. Najiha pulak dapat hadiah-hadiah ni, tshirt, tumbler tupperware, buku smurf, dan pin bulat macam-macam design. Cayalah Najiha!!!
Tengoklah!!!! Taraaaaaaa!!!!! Ibu dan anak menang hadiah tumbler Tupperware. Sama kan kan kan!!! Wink wink wink!!! Alhamdulillah ni nak suruh minum air banyak-banyak ni hehehe kan elok untuk kesihatan. Saya juga tidak berniat untuk menunjuk tapi hanya untuk berkongsi keriangan bersama korang, at least blog pun updated ;). Oklah kat bawah ini adalah gambar lukisan Najiha yang dimaksudkan ;).
rezeki dibulan ramadhan..:)
Tahniah dear…Alhamdulillah rezeki …
Bnyaknya hadiah yg Najiha dapat…Seronoknya..
Alhamdulillah rezeki
pink i loike….tahniah untuk najihah juga…comella la dia lukis…
coemlnya tumbler color pink tu kak..
btw comei anak akk.. hehe
Alhamdulillah..rezeki..Tahniah buat Aju & najiha..pandai Najiha mewarna..
Memang sonok bila menang sesuatu contest yg dijoinkan walaupun hadiah tak bernilai ribuat ringgit.. ๐
Alhamdulillah tahniah ye ๐
alhamdulillah..rezeki tu
semakin murah rezeki Jun..
tahniah aju dan najiha….kemain anak beranak jadik model tumbler…hehe….
Anak dapat aura ibunya tu..tahniah buat kedua-duanya ๐
Alhamdulillah…anak beranak menang nampaknya…hebat…:)
muka anak dg ubu mmg tak jauh beza he..tahniah ๐
wah, oklah tu.. kalau tak org bagi, tak beli punya.. kan..
tahniah najiha, nanti acik dtg rumah, bagi le ssatu dua smurfs tu ek. hehe
Tahniah buat ibu dan anak โบโบ
hoho..ibunya macam heppy lebih je ni.
tahniah…kalau dah rezeki mmg tak ke mana….
Akk susah nak bukak blog aju kat pc opis ni. Ni pun buka kat fon je. X tau la nape x boleh ek.
Perghh free2 aje dapat kan..hehe..tahniah2..
Alahmdulillah,,selamat ya.asyiknya dapat hadiah