November 24, 2020
Uncategorized

Tanda tanda duit nak terbang

RM! RM! RM!

Ringgit Malaysia, Ramli tM, Ramadan Mubarak, RedMummy semua pun RM kan. Kalau pergi shopping complex lagi banyak jumpa simbol ini di semua tempat. Waktu yang paling seronok adalah hujung bulan, banyak RM dalam akaun bank. Tapi yang tak bestnya baru sat duk dalam akaun, dah nak kene keluar bayar hutang piutang keliling pinggang hihihi!!

20130722-134736.jpg
Bedak Farmasi

Saya nak cerita tentang benda kelakar ni, so saya senyum dan korang pun mesti senyum jugak tengok gambar ni. Ni ha, nak tunjuk bedak compact saya ni. Saya pakai jenama Farmasi (FCC) tu. Hehehhe maaf, bukan nak menunjuk kat korang jenama bedak yang saya pakai, tapi benda kelakarnya ialah huruf yang timbul di compact powder tersebut.

20130722-134514.jpg
Muncul tanda RM di situ 🙂

Pada saya, kalau nampak huruf tu maksudnya, itu petanda kene beli bedak baru, sebab dah nampak dasar dia tu makanya bedak nak habis dah. Lagi satu elok pulak dia ngam-ngam muncul simbol RM kan, maksudnya kalau nak beli bedak baru RM pun terbang lah melayang. RM tu pulak merujuk kepada fulus, money, duit, ringgit malaysia. Elok pulak kedudukan RM tu di situ kan korang, macam tau-tau je suruh saya beli bedak baru :).

20130722-134751.jpg
Kombinasi terbaik 😉

Review tentang produk? Emmm dah sebulan lebih saya pakai wet & dry two way foundation FCC Farmasi ni. Harga sebekas ni RM45.90. Memang hasilnya tidak mengecewakan, nampak muka saya ni mulus je ;). Biasanya inilah kombinasi bedak muka harian saya. Kene ada BB Cream Elianto, Concealer Elianto (ni wajib nak tutup jeragat hihi) dan two way cake ni. Kalau beli cake sebiji tu makan sehari je dah abis :), tapi cake ni berbulan jugaklah hayatnya, pakai pun jimat-jimat je.

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

14 thoughts on “Tanda tanda duit nak terbang

  1. hahahaha mmg kelakar sgttt! blh plk dia guna simbol RM walhal brand farmasi..mmg itu petanda utk beli baru,,,hiks

  2. hahaha…elok pulak dia keluar tanda RM kat situ kan…pandai diorg buat produk…hahaha…

    setia betul aju dgn bb cream elianto tu…:)

  3. I love the way you write and share your niche! Very interesting and different! Keep it coming!………..Ramadan Mubarak 2018 Date – Happy Ramadan in 2018 Images SMS Greetings Wishes Status 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: