Ni cerita di ofis saya, tahun ini ramai betul rakan sekerja saya yang terkena penyakit berjangkit ini. Penyakit ini tidaklah berbahaya, malahan sesiapa sahaja yang menghidapinya akan berasa seronok tidak terperi. Boleh statement macam tu? Kekekkekeke. Saya?? Setakat entri ini dikarang belum lagi ada tanda-tanda penyakit ini berjangkit pada diri saya ni. Mungkin antibiotik yang saya gunakan dapat menyekat penyakit yang dimaksudkan.
Oklah takmo berteka teki penyakit apalah agaknya tu. Bukanlah penyakit berbahaya pun, yang saya maksudkan ialah hamil atau mengandung je uolss!! Jangan panik ye!! Saya dah siap lukis workstation di pejabat saya bekerja ini. Ok tak lukisan saya? Tak cantik kan Kak Tonnnnn? Hmm sebab tu saya tak jadi arkitek or graphic designer hehhee.
Ok cuba tengok no. 1 tu, rakan sekerja saya yang ni sudah bersalin anak ke 2 pada bulan 5 yang lepas, anaknya kini berusia 3 bulan, emmmm comel sangat baby girl dia macam auntie yang duduk di sebelah workstaion maknya tu hihi. Yang no 2 tu pulak, dah mengandung 6 bulan, hmmm tapi yang ini dah anak ke 4, umurnya sebaya saya ;). Yang no 3 tu pulak mengandung anak sulung yang kini kandungannya berusia 3 bulan, tahniah buat rakan sekerja saya ni aura pengantin baru ko!!! Yang no 4 ni juga hamil anak sulung, empphh seri pengantin baru jugak yang mana kandungan beliau baru sebulan lebih. Ok yang no 5 ni pula tengah ding dong ding dong lagi. Tapi periodnya dah lewat seminggu, saya agak positif lah ni, kalau ada rezeki ini adalah anaknya yang ke 3.
Ish ish ish ishhh!! Ramai rakan sekerja saya yang mengandung kan, produktif sungguhlah depa ni semua. Eh baguih apa kan Pekerja Produktif Negara Kompetitif hahaha. Itu produktif lain hokeyy!! Semua pakat suruh saya meneruskan jangkitan itu, owhh takpe-takpe korang jalan dulu nanti saya menyusul ekk. Dikelilingi orang yang mengandung ni korang kene cakap bertapis tau, maksud saya kalau korang makan sesuatu yang sedap janganlah cerita depan diorang. Kesian nanti teringin satu hal pulak nak pi cari kan. Kalau hidangkan kat depa takpelah.
Bos pulak jangan pening-pening, depa ni semua dah plan awal-awal taknak bagi mengandung serentak. Satgi bos tepuk dahi bila semua orang on maternity leave pastu takdak orang nak pi jumpa client hahahaha. Pastu akulah jadi mangsa kannnnnnn!!!! Takpe staff lelaki kat sini bagus-bagus belaka, memang boleh harap!!! Sangaattt!!!! #tangandidadamatakeatas ;).
Mengandung pun boleh berjangkit-jangkit jugak yer June.hehe
tunggu jew kawan pass baton kat aju… hahaha
Ramai bertul yg kena penyakit berjangkit ni yer. Next time kena planning. Nanti pening kpala bos bila staff cuti pantang secara berjemaah..hehehe…
cayalah siap ada plan workstation lg tu..ekekeke
kalo jgkit ngn akk kompom lah tggl bape kerat je staf ni..hbis semua pakat cuti bersalin..haha
Assalamualaikum Sis,
Saya baru view blog sis dan saya temui entri tentang anak Sis yang masuk Tadika Little Calpihs di Jalan Permai, Taman Seri Gombak. Saya nak tanya beberapa soalan lah, bolehkah kita berkomunikasi melalui email/whatsppa/sms/call? Email saya: rozailinabdulrahman@gmail.com. Whatsapp: 0193334454. Terima Kasih Sis. Wsalam…
ahhahahah duk bayangkan waajah aju masa lakar nie ..
adehh sungguh2 produktif !
Uuui! bahaya kalau mengandung ni berjangkit, jangan pi kat lelaki dah ler
eh aju..kat opis ema mmg ada jangkitan ni tau… tak putus-putus…lepas staf kami sendiri..sambung pula wife staf…ahaks…
wah..berjangkit-jangkit pulak ye…. lepas ni pakat bercuti selang seli la….
Jadi ingat di lingkungan tempat tinggal saya juga seperti itu, ibu muda pada hamil dan melahirkan, para ibu2 tua yang sudah memiliki anak pun kembali hamil
penyakit yang positif, bisa makin ramai dan meriah ya…
Salam,
Eh tapi ye juga kot, bukan takat kat ofis, kat dunia blogging pun sama heheee, takpe sakit berjangkit yang ni best, nak dapat Baby..bestnyeee.
Hahaha… ada antibiotik super ye .. berjangkit umur 3 series ni kira sangaaaat ok. Jgn dah tunggu 4,5 series baru nak biar berjangkit.. susahhh hihihi
Hah dah ada bunga2 tu Jun..
tul la jun.. mengandung pung leh berjangkit..hi..hi..
apa benda positi negatif nih. gua tak faham la..
kat tempat akak pun ramai yg kena penyakit ni…
haha..ingtkan apa tadi..sila berjnagkit dengan mereka semua..haha
moga berjangkit kat aju.. haha.. oklah tu.. boleh hantar anak gi sekolah sama2..