Inilah yang dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga apabila Velfire kitaorang tu accident, sekarang Savvy pula meragam dan semput. Hihihi Velfire lah saaaaaangaaattt!!! Korang nak tau Savvy ni meragam dia macamana? Jap ye saya cerita dari awal-awal beli dulu ek.
Kereta ni saya beli tahun 2008 dengan kadar faedah waktu tu 3.99% mahal giler kan? Suami saya seorang yang sangat sibuk dengan tugasannya, nak pula banyak site visit di luar kawasan Lembah Klang. Ini menghadkan pergerakan saya dan anak-anak.
Penyelesaiannya kami perlukan kereta kedua untuk saya pergi kerja, hantar dan ambil anak-anak dari rumah pengasuh. Saya nak kereta yang comel sebab Kuala lumpur ni terlalu sibuk traffiknya, saya nakkan kereta comel dengan harapan menjimatkan perbelanjaan minyak dan senang saya nak mencilok waktu jem dan mudah nak parking. Muahahahahaha korang gelakkan saya eaaaa!! Janganlahhhh
So saya pilih savvy, sebab nak jimat minyak kan. Saya ambil Savvy AMT (Auto Manual Transmission) maskudnya boleh memandu dalam keadaan gear manual atau automatik. Dengar seakan hebat kan. So sepanjang 3 tahun bersama semuanya indah belaka, bila masuk tahun ke 4 dan ke 5, barulah terbongkar penyakit Savvy yang sebenar-benarnya. Penyakit tu buat saya tak tidur malam. Savvy meragam dan semput, tersengguk-sengguk dan enjin mati sewaktu memandu merupakan perkara biasa.

Bukan saya tak pergi service kereta tu. Buku manual dan rekod servis tu sentiasa saya update. Jaga sebaik mungkin. Tukar minyak hitam dan sebagainya. Kata orang, perkara dah jadi nak buat macamana kan? So saya reda, saya pasrah. Saya yakin ini ujian buat saya. Takpe saya terima segalanya dengan hati terbuka.
Tapi kali ini penyakitnya semakin teruk dan nazak. Susah nak hidupkan enjin tak kira pagi, petang mahupun malam. Temperature akan naik sewaktu tengah drive dan akan mati jika pedal minyak ditekan.
Ya Allah saya dan suami tertekan emosi seminggu ni sehhhh!!!! Macamana Kak Jah nak balik beraya di Pahang ni? Korang ade ke solusi untuk saya? Hehehheheheh takpe saya tak pressure sangat pikirkan hal ini, adik beradik ramai di KL ni, siapa yang bertuah nanti bolehla tumpangkan kami balik kampung ye, rumah tepi highway Karak je, kami lompat je masuk kete orang tu nanti hehehe.
P/S : Bila dengar radio tadi, ramai pulak yang keretanya meragam sebelum nak balik raya ni, saya paham perasaan anda, takpe Insha Allah ada penyelesaiannya nanti aaminnnn..
Sabar ye kak, pasti ada hikmahnya 🙂
@ cik Savvy mahu diganti?
Itulah dilema pengguna Proton kan, dulu MJ guna Wira pun lebih kurang camni gak, suka mati enjin / enjin takleh hidup 🙂
senasib la kita.. stress sgt kann.. kunun nak jimat tp lg mengabiskan duit yer la.. huhu
Dugaan nak raya. Sabar jer lah. Sewa keta jer lah aju ☺☺
Ada kawan pakai sawi ni mengalami masalah yang sama jugak…tekanan demi tekanan. Sabar aje lah
Assalamualaikum.. samalah kita, nak dekat raya ni kesayangan buat hal. heee mohon bersabar ye, kuatkan hati menghadapi dugaan ni. jangan tensi2 :p
Laaa siannye aju. Mcm mcm hal la pulk ye. Hbs tu dtg keje mcm mn ni. Sabar ye.
Bila start cuti. Cuti byk untung la….
nasib baik rosak sebelum raya lagi..kalau rosak masa perjalanan lagi naya kan aju…tak apalah ini dugaan kecil dari Allah…
Tu dia dah beri isyarat cari teman pengganti tu,itu sebab macam2 pe,el dibuatnya… Hihi. Dugaan berkereta ni memang macam tu Aju.. bawa bersabar bnyk2. Dugaan bulan puasa
faham sangat2 masalah tu.. bawa bersabar ye, in shaa allah dipermudahkanNya
Bila meragam camni, mmg pening kepala. Pernah jugak merasa masa pakai satria baja hitam dulu. Selalu jugaklah sengguk angguk angguk nak2 musim panas. Masa musim sejuk, ok plak.
Harap oklah savvy velfire aju ni….ameen
Kalau temprature naik kena cek dekat Radiator… Mungkin Radiator bocor atau kipas radiator tak berfungsi dengan baik…
Dia mintak tukar yg baru kot…
balik naik bas ajelah jawabnya..
Siannya Aju..sabar ya dik..
InsyaAllah ada jln penyelesaiannya….
Semput, tersengguk-sengguk dan enjin mati — ni memang standard masalah savvy, sila bersihkan Throttle body & TDC. Temperature akan naik –>> cuba check Temp Sensor…
Savvy ni kereta continental, cara jaganya bukan macam kereta jepun.. nak tahu lagi lanjut, wwww.savoc.net , atau cari savoc.net di Facebook…. banyak yang boleh didapati di web, dan ada pertanyaan, insya allah akan ada yang jawab di facebook… 🙂
Stress sangat kalau kereta meragam macam ni..nak gerak pun susah..haha