Mak
Mak
Mak
Semua pun sayang mak masing-masing kan. Masa kecik-kecik nak buat apapun mesti minta kebenaran dari mak. Mulut memang tak pernah lekang dari menyebut nama mak. Sampailah dah besar ni, kalau ada hal apapun, mesti cerita dengan mak. Mak adalah pendengar paling baik, setia dan penyimpan rahsia paling dipercayai kekekeke. Sebelum saya pulang ke Gombak, mak tanya
Emmm boleh juga mak.
Ni ha, pilihlah yang mano kau nak, amik lobih pun takpo.
Uishhh mak ni, janganlah offer macam ni heheheh

Saya rembat 3 helai, buat basahan di rumah. Macam tulah mak kan. Kalau ada beli barang, mesti beli lebih. Beli untuk si polan, si polan dan si polan. Asyik teringat kat anak-anak je. Dan anak, janganlah lupa kat mak kalau beli apa-apa tu kan. Sekadar buah tangan, mak tak minta banyak pun, janji ada itupun dah buat mak senyum gembira.

Tak cukup dengan kain batik, mak bekalkan pula dengan telekung ni. Mak…mak…terima kasihlah mak. Saya tahu, dengan duit yang diberi setiap bulan tu yang mak belikan itu dan ini untuk saya. Mak buat belanja je mak, kalau sebut tentang pengorbanan mak memang tak ternilai harganya ;).
Hari ini sudah pun Syawal yang ke 5, tetapi jangan cemburui punnn sebab saya masih bercuti lagi hihihi. Macam-macam nak settlekan hari ini, nak pergi bank dan banyak tempat lagi ni ;). Alhamdulillah kereta suami yang accident tu dah siap dibaiki dan dapat claim insurance si pesalah tu.
P/S : Saya nak minta anda doakan adik saya yang hari ini genap 8 bulan kandungannya. Semalam dimasukkan ke wad kerana contraction yang kerap setiap 10 minit. Sepatutnya due beliau pada 6/10/2013. Saya pernah alami situasi begini ketika mengandungkan anak ke 2, tetapi selepas 3 hari di wad saya dibenarkan pulang sebab tiada tanda nak bersalin dan contraction tidak sekerap sebelumnya. Mungkin adik saya ni kepenatan berhari raya ni. Dugaan orang mengandung kan, so para suami, hargailah isteri anda seadanya ye ;).
Mak akan sentiasa sedia buat apa saja untuk kita kan… kita sendiri pun belum tentu dapat jadi sebaik itu. Tu pasal kena sayangi dan hargai dia sebaik-baiknya sementara dia masih ada
Memang pengorbanan mak tak ada tolok bandingnya. Moga adik selamat dalam peliharaan dan Rahmat Allah. Amin!
rezeki balik kampung.. ๐
Kalau apa-apa mak pasti lebihkan anak-anak dahulu. besar pengorbanan seorang mak.
Mak…akan sentiasa ingat kat anak.
Buat adik aju, smoga dipermudahkan olehNYA.
Bestnyer, banyak dapat hadiah dari Mak ๐
Apapun moga adik akak dipermudahkan urusan sehingga bersalin kelak ๐
Sejuk perut mak ada anak macam aju..
rindu kat mom di kampung…huhuhu
Banyak sekali kain batiknya, minta satu boleh ?? bercanda ๐
mak yang baik memang macam tu..mak saya pun sama gak..hahaha