Siapa kata tak sayang kamu? Saya dah anggap Savvy ini macam anak ke 4 saya, apa taknya sebab hari-hari pun ke hulu ke hilir dengannya sehinggalah 5 tahun kami bersama. Saat nak berpisah tu memang berat sangat ;(, tapi takpe saya yakin Savvy akan selamat dan sentiasa bersih di bawah jagaan ibu mertuaku ;).
Alhamdulillah suami saya mendapat berita baik dari majikannya yang mana beliau dah dinaikkan pangkat dan layak mendapat ‘company car’. Jadi bila suami dah dapat kereta syarikat, kereta suami tu dah diserahkan kepada saya. Dan saya fikir, Allah memang sayangkan kami. Dugaan berat pada kesihatan Savvy telah dianugerahkan pula kereta yang lebih baik. Thank you Allah!!! Jadi buat apa kereta banyak-banyak di rumah yang kecil ini? Jadi keputusan dah dibuat, Savvy hitam diletakkan di rumah mak mertua di Pahang. Untuk pengetahuan korang mak mertua saya baru dapat lesen kereta di umur beliau 64 tahun, korang mampu?? Hehehhehe
Baru letak sehari di kampung, Savvy saya dah dibasuh dan dilap berkilat-kilat. Hihihi hati sedih jadi gembira. Owh ye, minggu lepas kan saya cerita Savvy meragam kan? Suami dah hantar kereta saya tu ke bengkel, dah check dengan sistem komputer bagai, enjin dah dicuci, Alhamdulillah masa diserahkan kepada mak mertua, enjinnya elok saja dan tidak meragam sepanjang perjalanan dari Gombak ke Pahang.
Kalau lelaki anggap kereta atau motor tu macam bini nombor 2 diorang, saya tak ye, tak sanggup pulak nak mengaku Savvy ni laki saya no 2, haram hehehhe. Emosi saya nak berpisah dengannya, tapi depan mak mertua saya happy-happy je, karang kata tak ikhlas pula kan huhuuhuhu, saya memang sensitif, nak nangis je kerjanya isk isk isk isk.
Saya tak pula berniat nak tukar atau trade in my Savvy sebab korang bayangkan, hutang ada lagi RM23,000 tapi trade in value RM8K ke RM10k je, ajeeeee… So simpan ajelah bebaik kat umah mak hihi.
savvy nih tahan lasak.. tp nak tukar brg bila dia sakit tuh yg menyenakkan poket.. sabar jew la.. huhu
Takda value betul savvy ni ye. Banyak betul beza hutang dengan value kereta ni. Hehe
itulah nasib kereta begini…sama kes macam kereta satria aku dulu…
harga trade in 8-9k jer…hohoho
Okaylah suami pun gaji dah besar.. boleh belikan kereta lain…
kagum dengan mak mertua yang dapat lesen pada usia yang agak tua…:)
Alhamdulillah rezki ! mungkin ada doa pada salah satu malam di bulan puasa baru-baru ini. Tahniah!
Wah…dasyat tu mak mertua dpt lesen diusia 64 tahun โบโบ
Takpe kak, at least terubat kerinduan dapat gak menatap kalau balik ke rumah mertua ๐
Dan tahniah buat asben akak dinaikkan pangkat ๐
Wah lepas ni kalau nak tumpang aju naik kete besar la pulak ye. Akk pun dah nak jual viva tu. Tp x tau kedai ambik brp.
Wah kagum dgn Mil aju yg dapat lesen umo 64. Berani ke nak drive tu.
Sedihakan nak berpisah dgn savy yg byk jasa tu.
Oklah.. ada banyak-banyak kereta kena fikir servis tuk setiap kereta lagi… Sekurang-kurangnya satu beban dah hilang
savvy..dapat dalam 10k? kira mahal la tu maa kalau trade. BUkan senang nak dapat tu..
Tahniah utk suami aju…janji kereta savvy masih di tangan kaum kerabatkan
semua itu Tuhan telah tentukan.syurlahkan ๐
wah…tahniah utk suami aju…
rezeki Allah ngam2 tepat jer kan…tahniah2…
nampaknya, savvy jugak pasti akan merindui aju jugak tu =)
Hahaha..untung dapat menantu dan anak yang baik mcm ni…semoga dimurahkan rezeki selalu..
rugi kalau trade in tu..hihi.. tak pe lah, mudah2an lebih berkat rezeki yg diterima, berbakti pada ibu bapa..