Ingat lagi tak saya menang hadiah Avon pada bulan lepas? Takpe kalau tak ingat meh baca kat link entri ini. Saya dah beberapa kali “private message” pihak Avon tentang butiran diri saya untuk penghantaran hadiah yang dijanjikan. Ok kali pertama menghantarkan butiran diri adalah pada. So saya tunggu beberapa minggu dengan harapan mungkin pihak Avon sibuk dan mengambil masa untuk menghantar hadiah tu. Ishhh bila masuk minggu ke saya mula musykil, betul ke saya hantar alamat ke Avon atau salah orang ke?
Bila check semuanya betul dan ok. Dan sekali lagi saya comment di facebook Avon dan di atas tu adalah balasan komen mereka. Dan ini adalah kali ke 2 saya “pm” maklumat yang mereka kehendaki. Dan lagi setelah kita semua berpuasa dan berhari raya, hadiah Avon masih tak nampak batang hidungnya. Ingatkan bolehla nak melaram dengan make up Avon kan, jangankan hadiah, “pm” saya pun tak dibalasnya, at least jawablah “noted”, “yes”, “no” or “alright”.
Saya bukanlah jenis berkira, alahai barangan Avon RM50 apalah sangat hadiahnya kan. Tapi kalau beli lipstik, eyeliner, compact powder tu dapatlah juga sekeping dua, tapi sapa nak bagi kalau bukan Avon kan. Penat juga duk memerah otak nak bagi jawapan tu, bila menang tak “appreciate” pun. Ingat senang nak perah otak waktu bulan puasa?
Ada ke insan lain yang senasib dengan saya? Avon bukanlah nama yang kecil di industri kosmetik ini. Setanding juga dengan jenama kosmetik tempatan yang lain. Yang harunya saya ni member Avon, memang nak kene komplen ni, nanti dikatanya saya berkira pulak!!! So kalau taknak bagi hadiah janganlah buat giveaway, tapi hari-hari je saya tengok ada Giveaway kat Wall Facebook diorang tu, sabaarrrrrrrr jelah
tak cuba call pejabat avon ke aju
Harap2 pihak Avon cepat ambil tindakan.
p/s-tag2 entri ni mmg best! =)
Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com
diorang terlupa kot. hoho..
kalau dah menang mmng teruja nak dapatkan hadiah..apa agaknya masalah dia orang..
harap2 cepat dapat hadiah tu ya dik…
Ada baiknya anda menghubungi pihak Avon, Insya Allah anda akan mendapatkan kepastiannya..
Semangat 🙂
Banyak dah kes hadiah tak dapat macam ni. Emm, macam yg Aju cakap tu memang betul, AVON kena jaga nama baik..nanti hilang customer. Apapun, cuba la Aju call mereka terus
Dah la tak femes mana, lepas tu hati pemenang tak dijaga. Elok la banned je avon ni. Hehe
Boleh jadi terlupa ni. Terlepas pandang kot? Hehe.
La boleh gitu…dah menang tak nak bg hadiah lak..penat tau..saya lak yg geram…
eh company besar macam Avon pun lembab ke…tak patut…
Masalah jugak macam ni ye..
Memang ikutkan RM50 tu ‘kecil’ tapi bila dah kita menang mestilah kita nak tuntut kan 😀
Tak boleh lah buat mcm ni kan. Reputasi bley terjejas mcm ni.
Kalau hak kita memang kena tuntut..tambah2 make up pulak..hehe
kadang2 kena call selalu, baru diambil tindakan.. cepat aju, call dorang..