Semalam saya ikut suami berbuka puasa di Palace of the Golden Horses. Ini syarikat beliau bekerja tu yang menganjurkannya ye. Saya ni terpaksa mengekor beliau je sebab kereta suami masih di workshop, so suami terpaksa meminjam kereta saya untuk kemana-mana. Bagus jugak tu, seminggu ni saya ada driver yang hantar pergi keje dan menjemput balik kerja, heavennya!! Hihi tak tahulah apa perasaan beliau kan, 5 tahun saya bekerja ni baru dapat peluang macam ni, thank you Allah, kan ada hikmahnya tu kan. Boleh borak lama-lama dalam kereta, pegang-pegang tangan, dengar lagu raya sama-sama, soooooo sweeettt!!
So sementara nak tunggu waktu berbuka, sebab pukul 6:00 ptg lagi dah terpacak kat sana, suami ajak singgah kejap di The Mines, Seri Kembangan. Bertahun saya tak datang ke sini tau!! Dah banyak perubahan kat sini, kedai baju makin banyaklah. Uishhh rambang mata jap. Sementara suami duk massage kat kerusi urut tu, saya masuk satu butik ni nama dia Shopping Laura, di tingkat 3 tepi FOS. Uishhh baju dia cantik saaangaaattt!!! Potongan loose dengan warna menarik tertarik memng da boommm!! Saya sempat acu kat badan yang saya berkenan tu. Isshh geram tgk, sebab sweet warna dia tu.
Tu belum korang tengok harga dia lagik. Mau pengsan gakla tengok harga dia tu. RM90, saya pikir 2/3 kali nak beli ke tak. emmm takpelah, cancel sebabnya kalau beli pun saya tunggu ada jualan cheap dulu barulah pertimbangkan. Kalau tak takpelah cari pilihan yang lainlah dulu ;).
Makanan kat sini sedap sangat!! Apatah lagi makan free bertambah sodap ehh. 4/5 ulang alik jugalah dari luar ke dalam mengambil makanan. Kat luar pun view dia cantik sebab ada rumput yang menghijau kat situ. Budak-budak siap boleh lari-lari je kat tepi tu sambil mak paknya tengah menikmati hidangan berbuka. Saya takdelah nak ambil gambar makanan kat situ, seganlah sebab ramai yang tengah beratur nak ambil makanan. Lagi pulak duduk semeja dengan kawan opismate husband, so as a wife kenelah behave hehehe.
wahh bestnyeee
rambang mata tgk menu .. sobs2 ..
Assalamualaikum perghh lawa baju. hehehe wahh mahal tapi berbaloi dengan hidangan yang diberikan ๐
Amboi tak merasalah nak makan kat situ, mahalnya
POGH mmg tempat yg high class..dah dekat sangat dgn rumah..selalu opis buat kursus kat sana..skrg dah tak lagii..
Mesra betul naik kereta dengan suami…pegang-pegang tangan, layan lagu raya…alhamdulillah. Moga beroleh rahmat Allah.
fuh tempat mewah tuh haruslah sedap kan…:)
Sedapnya.
Cantik blouse tu.
Amboiii sedapnya…terliur tgk
waa mestila sedap kan situ kan…blaus biru tu cantik u…
Lahhh sempat lagu snap gambar yer..haha