menu rumah terbuka aidilfitri simple
Semalam sempat saya mengadakan majlis rumah terbuka konsep sederhana untuk kita-kita sahaja ;). Suami saya dah plan nak ajak kawan bikersnya dalam 3/4 keluarga untuk datang ke rumah.
Saya ni puas pikir nak masak apa, last-last menunya ialah spagethi, rendang daging dan nasi impit yang dimasak sendiri, manakala lemang dibeli siap sahaja.
Saya dalam memasak tu duk pikir cukup ke tidak makanan untuk depa ni, takpelah redha jelah kan.
Menu Rumah Terbuka Aidilfitri
Majlis rumah terbuka ini memang tak dirancang langsung, suami saya konsep dia, abang sebut memang abang nak. Aaaaa????? Ternganga sekejap dowhh. Saya memang tak bersedia mental dan fizikal apatah lagi barang nak dimasak tu.
So suami diarahkan ke pasar segera dan senarai barang nak dibeli saya bagi siap-siap. Saya mula memasak jam 11 pagi, Alhamdulillah siap jam 2 petang. Syukurlah rumah dah dikemas sebaik pulang dari Pahang aritu.
Kebetulan mak saudara sebelah suami datang secara mengejut dari Kuala Selangor.Haaaa dia punya berdebor kata ko!!! Syukurlah saya dah siap masak, sempatlah diorang makan kenyang-kenyang sebelum berangkat pulang.
Tapi tak sempat pula nak snap gambar diorang. Dalam hati berdoa moga hidangan cukuplah hendaknya ;).
Kemudian jam 5 petang, 2 buah keluarga bikers datang menyusul. Hmmm seronoklah suami saya dan kawan-kawannya berborak. Mak-mak borak pasal anak-anak, pak-pak berborak pasal motor.
Oklah kenelah topik tu, memasing rancak bercerita di selang seli gelagat anak-anak yang sangat baik budi pekerti ;).
Sejam kemudian datang pula kawan sekolah menengah kami, kata sekampung kan #tangandidadamatakeatas ;), hmm kekdahnya lagilah rancak berborak. Kawan lama kan, macam-macamlah cerita keluar.
Suami isteri ni adalah senior masa di sekolah saya dulu, suami pun samalah. Hehehe bercinta dengan senior, ingatkan kan cinta monyet rupanya cinta manusia ngeeee.
Anak member kitaorang dah 4 orang, semua pakat tanya bila kami nak tambah?? Nasi tambah memang sedap diulang-ulang tapi menambah bilangan ahli keluarga belum difikirkan lagi, insha allah jika ada rezeki pasti tak menolak ;).
Ok malamnya pula adalah tetamu dari jauh iaitu jiran rumah sebelah menyebelah kekeke. Jauhlah sangatttt kannnnn!!! Depa datang jam 8 malam. Serentak jugak, jadinya ini adalah hidangan yang terakhir, ngam-ngam je dan adalah lebih sikit untuk kami jamah pula.
Hehehhe ha itulah bang, lenkali kalau nak buat open house kecik besar mana pun kene rancang awal-awal. Takdelah risau cukup ke tidak makanan untuk tetamu tu ;). Apapun yang penting niat ikhlas, insha Allah semua go smoothly. Syukur…;)
tak jemput akakpun..
Hehe.. dia punya debor.. nasib cukup.. bab-bab bagi makan ni memang kena lebihkan. kalau tak cukup boleh mendatangkan malu kak. hehe
Bestnya makan makan
nanti kalau open house besar-besar..jemputlah…hehehe..
comeynya set tmpt letak makanan kak ton tu…..
nasib baik pandai masak…kalo aanie, mau pengsan berkali2 kalo org ckp nak dtg umah….
ehem, bila nak ajak kitorang pulak??? hehe…
tak jemput den sekeluarga pun…hehe
cer buat open house utk blogger2 plak…espc.blogger2 ujung dunia nih…mana aci geng bikers jer hihihi
alhamdulillah selesai sudah OH ye aju .. walau simple .. janji dpt raikan kawan2 beraya kan .. suasana masih hanggat dgn OH merata2 nie ..
akk insyaallah buat sabtu nie sekali dengan BDY amanina ..
jemput kerumah akk AJU ๐
TERLIUR BUI TENGOK SPAGETTI TU TAW..HEHE
Assalamualaikum kak, bestnya open house. nak rasa rendangggg. lapor kita. hihi. selamat hari raya. maaf zahir dan batin ๐
Wah aju dah buat open house..bestnya…mesti sedap ajue msk…seronok dapat jumpa kenkawan sekolah kan…ehhh jom la ajue kita nambah lagi…hehe
Terbaik..seronok membacanya..hehe..untung cik abang tu daoat isteri yang tak banyak komplen..haha
wah, tak jemput.. hehe.. kami dok fikir2 nak buat, mmg tak cukup oo.. sbb en suami tu ahli krt kat rumah tu, situ je dah 20 keluarga.. mau tak cukup makanan tu. hehe. tapi mmg de hati nak buat pun, tunggu masa kot..
debornya mesti selalu pandang ke atas mejakan? hehe
alhamdulillah…tertunai hajat en abang yer? =)
keren sekali itu wadahnya .